Perkara-perkara yang biasa berlaku setiap hari yang boleh melambatkan kedatangan haid

Sekiranya terlepas tempoh haid atau tempoh haid lebih pendek atau lebih lama daripada biasa, kita mudah meletakkan 'kesalahan' pada benda lain - makanan atau produk supplement. Sebenarnya, sebahagian besar perkara yang boleh mempengaruhi kitaran haid berpunca dari hal-hal biasa yang berlaku setiap hari.


Stress
Tekanan adalah penyumbang nombor satu perubahan kitaran haid. Ketika mengalami tekanan, badan akan menghentikan hormon yang diperlukan untuk ovulasi. Tekanan yang berbeza seperti tekanan fizikal [senaman] dan tekanan emosi boleh mengubah kitaran haid.


"Berjangkit" dengan kitaran haid orang lain
Pernah tak tiba-tiba kitaran haid berubah menjadi sama dengan rakan sebilik? Ini bukan kebetulan. Kitaran haid kita boleh dipengaruhi oleh haid orang lain. Susah untuk diterangkan secara bahasa mudah, tetapi dari segi saintifik, penyebabnya adalah feromon [sejenis bahan kimia]. Feromon yang dirembeskan boleh mencetuskan tindak balas sosial pada anggota spesies yang sama, terutama yang berdekatan.


Terlalu banyak senaman
Pertamabahan amaun dan rutin senaman boleh menjadikan haid tidak teratur. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan lambat haid atau haid yang singkat. Ini kerana badan memerlukan a certain amount of fat untuk ovulasi. Terlalu kurang lemak dalam badan boleh menjadi punca menopaus awal [!!].


Ubat-ubatan
Ubat dapat mengubah kitaran haid, bahkan ia sangat mudah berlaku. Apa jenis ubat, termasuk Herba Rahsia Rimba, steroid, ubat tiroid, dan antipsikotik boleh mempengaruhi atur kitaran haid kerana ia melibatkan tindakbalas pada hormon. Kelebihan pada Herba Rahsia Rimba, ia adalah produk tradisional, menggunakan raw herbs, jadi sekiranya berlaku haywire pada haid, ia bersifat sementara.


Produk kecantikan tertentu
Kosmetik dan produk kecantikan dapat menyumbang kepada perubahan dalam kitaran haid. Ini kerana beberapa produk mengandungi bahan kimia yang dianggap sebagai gangguan pada endokrin. Bermaksud ia mempengaruhi kesihatan hormon. Ini termasuk pewarna rambut tertentu, moisturizers dan syampu.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart