Apakah tanda-tanda ovulasi?
Oleh kerana ovulasi menyebabkan banyak perubahan hormon, ia mempengaruhi badan dengan pelbagai cara. Fungsi ovulasi adalah untuk membantu kita membiak, jadi ada banyak tanda-tanda ovulasi yang dapat dilihat secara fizikal, yang bermanfaat sekiranya ingin mengandung.
Perlu diingat bahawa tidak ada dua rahim yang sama, setiap orang mengalami ovulasi berbeza, jadi jangan risau jika ada di antara tanda-tanda ovulasi ini tidak ada pada diri. Ovulasi boleh berlaku tanpa ada tanda-tanda.
[1] Lendir serviks berubah.
Keputihan berubah sekitar waktu ini. Ini kerana lendir serviks berubah semasa ovulasi. Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah lendir serviks yang dihasilkan oleh badan. Keputihan jadi melekit dan tebal. Ini memudahkan sperma masuk ke rahim sehingga meningkatkan kemungkinan untuk hamil.
[2] Sedikit sakit pada pelvik.
Sakit yang mencucuk-cucuk ini adalah kerana folikel melepaskan telur. Apabila folikel matang, sebelum melepaskan telur, ia mengandungi cecair seperti cyst. Apabila telur dilepaskan, folikel pecah, melepaskan cecair tersebut. Ini menyebabkan rasa sakit.
[3] Libido meningkat.
Keinginan seks adalah tanda ovulasi. Terdapat hubungan yang kuat antara ovulasi dan libido. Peningkatan testosteron berlaku tepat pada masa ovulasi, ini membuatkan keinginan seks meningkat. Kepada yang merancang untuk hamil, pastikan suami maklum tentang tanda ini.
[4] Ada spotting.
Sekiranya melihat ada bintik-bintik darah atau keputihan, jangan risau. Perkara ini agak biasa. Ketika ovulasi terjadi, folikel pecah dan mengakibatkan sedikit pendarahan. Darah ini berubah menjadi coklat ketika ia semakin tua, sebab itulah kenapa keputihan can be red to dark brown.
[5] Payudara terasa sakit
Oleh kerana ovulasi melibatkan banyak aktiviti hormon, payudara jadi lebih sensitif dan membengkak di sekitar pertengahan kitaran haid.
"Apa yang berlaku jika tidak berlaku ovulasi?"
Secara normal, kita ovulasi sebulan sekali, tetapi ini tidak berlaku 100% setiap masa. Kalau ada ambil birth control, ovulasi tidak akan berlaku sama sekali. Sekiranya haid tidak regular, itu juga petanda ovulasi tidak berlaku dengan normal.
Walau bagaimanapun, jika terus-menerus tidak ada ovulasi, this could be cause for concern. Ovulasi adalah penting kerana ia mempengaruhi turun naik hormon dalam badan. Hormon tidak hanya penting untuk kesuburan tetapi kesihatan secara keseluruhan. Boleh jadi disebabkan oleh stress, senaman atau diet yang melampau, PCOS, atau penyakit lain.
Herba Rahsia Rimba boleh membantu menyeimbangkan tahap hormon wanita. Nak cuba? Whatsapp 012-7728976.