Tiada Discharge, Hanya Gatal

Faraj gatal memang sangat irritating, tetapi tidak selalunya bermaksud ada jangkitan yis.

Sesiapa sahaja dari usia apa pun boleh mengalami gatal faraj dari tahap ringan hingga teruk, samada kadang-kadang atau berterusan. Penyebab gatal faraj yang biasa adalah yis dan bakteria, selalunya disertai dengan discharge yang berbau dan berwarna. Jika faraj tiada discharge tetapi gatal yang beterusan, boleh jadi ada punca lain.

Kutu kemaluan
Kesan kutu kemaluan boleh dilihat pada bintik-bintik biru kecil atau bintik-bintik darah pada kulit di bawah perut atau paha anda akibat gigitan kutu. Mesti berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini kerana mungkin perlu treatment seluruh badan.

Lichen sclerosus
Kawasan kulit pada faraj dan dubur berwarna putih/cerah dan kelihatan lebih nipis daripada kulit normal. Penyebabnya tidak diketahui tapi dipercayai akibat ketidakseimbangan hormon. Keadaan ini sering berlaku pada wanita selepas menopaus. Tanda-tanda lichen sclerosus adalah:
- Gatal yang teruk tanpa vaginal discharge
- Tompok putih dan halus pada kulit
- Kulit di kawasan faraj berkedut
- Melecet/Berdarah
- Seks yang menyakitkan

Doktor mungkin mencadangkan kortikosteroid.

Dermatitis atau Alahan
Dermatitis adalah ruam gatal dan merah yang berlaku akibat reaksi alahan terhadap bahan tertentu. Gejala dan tanda adalah:
- Ruam berwarna merah
- Gatal yang teruk tanpa vaginal discharge
- Kulit pecah-pecah, bersisik, kering
- Lepuh dan lebam, kadang-kadang dengan kerak
- Bengkak

Jika ruam tidak lebih baik selepas tiga minggu, sila berjumpa doktor.

Ekzema
Keradangan yang menyebabkan kulit pada faraj retak/pecah-pecah, tompok-tompok merah dan berkerak. Pada vulva, ekzema menyebabkan kegatalan yang teruk lantas membentuk lichen simplex kronik (kulit jadi tebal dan sangat gatal). Sekiranya ada ekzema pada vulva (antara uretra dan bukaan faraj), selalunya menyebabkan rasa pedih dan menyengat. Tiada rawatan untuk ekzema, hanya boleh kurangkan simptom gatal.

Gatal akibat bercukur
Luka cukur dari mencukur bulu kemaluan boleh menyebabkan infection dan gaatl-gatal seterusnya kawaasn terbabit menjadi lebam, sakit, dan gatal tanpa ada vaginal discharge. Luka cukur boleh baik dengan sendiri. Elakkan bercukur di kawasan yang terjejas sehingga belum sembuh sepenuhnya.

 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart