Kenapa semasa heavy flow period, wanita senang buang air besar

Perasan tak, hari-hari terawal haid, wanita lebih mudah buang air besar. Sebab pertama, semasa haid, badan wanita menghasilkan hormon prostaglandin. Hormon ini menyebabkan otot rahim berkontraksi untuk membantu meluruhkan lapisan endometrium (yang menjadi darah haid). Prostaglandin ini juga mempengaruhi otot-otot di sekitar sistem pencernaan, terutama usus. Ketika hormon prostaglandin tinggi, ia boleh menyebabkan kontraksi pada usus, yang membuatkan wanita lebih mudah buang air besar.

Sebab kedua, sebelum haid bermula, paras hormon progesteron dalam badan adalah tinggi. Hormon progesteron yang tinggi boleh menyebabkan masalah sembelit kerana ia memperlahankan pergerakan usus. Tetapi apabila haid bermula, paras progesteron menurun dengan cepat, yang menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih aktif. Perubahan drastik ini boleh menyebabkan lebih mudah buang air besar, terutamanya semasa aliran haid yang berat.

Sebab ketiga, semasa haid terutamanya dengan aliran yang berat, rahim menjadi lebih besar kerana pengumpulan darah berlaku. Rahim yang membesar ini menekan usus, menyebabkan rasa ingin buang air besar. Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita mungkin merasa lebih kerap perlu ke tandas semasa tempoh ini.

Sebab keempat, pada sesetengah wanita, cairan yang terkumpul di dalam badan semasa haid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih lancar. Ini mungkin menjadi penyebab lebih mudah untuk buang air besar semasa haid. Haid juga kadang-kadang membawa kepada tekanan fizikal dan emosi, yang boleh mempengaruhi sistem saraf dan usus. Stres boleh membuatkan usus bergerak dengan lebih cepat, menyebabkan lebih mudah buang air besar atau mengalami cirit-birit ringan.

Jika anda menyangka Herba Rahsia Rimba penyebab kerap ke tandas dalam tempoh haid, anda salah. Kekerapan buang air besar adalah tindak balas biologi yang normal ketika haid.

Diana Ishak
Read more

Saya berumur 45 tahun. Haid saya masih panjang, sekitar 10 hari. Datang setiap bulan tanpa gagal. Adakah ini bermakna saya masih jauh dari menopaus?

Haid yang masih panjang dan teratur, serta datang setiap bulan tanpa gagal pada usia 45 tahun menunjukkan bahawa anda masih jauh dari menopaus. Menopaus adalah proses di mana ovulasi dan menstruasi berhenti secara semula jadi. Dan biasanya berlaku pada wanita antara usia 45 hingga 55 tahun.

Setiap wanita mengalami perubahan badan dan kitaran haid yang berbeza-beza. Penting untuk mengambil kira faktor-faktor seperti hot flashes, gangguan tidur, perubahan mood, dan lain-lain. Jika anda mengalami gejala-gejala tadi, ia merupakan petunjuk anda berada dalam fasa pra-menopaus. Sejarah menopaus dalam keluarga boleh memberi petunjuk tentang bila anda akan mengalami menopaus.

Jika ibu atau kakak anda mengalami menopaus pada usia tertentu, anda cenderung mengalami menopaus pada usia yang sama atau berdekatan. Jika anda berusia 40-an, perhatikan gejala pra-menopaus seperti perubahan kitaran haid, hot flashes, gangguan tidur, dan perubahan mood. Semua itu boleh membawa petunjuk jika anda semakin hampir ke fasa pra-menopaus.

Pada umumnya, menopaus berlaku antara usia 45 hingga 55 tahun. Jika anda berusia 45 tahun dan masih mengalami haid secara teratur dan panjang, ini menunjukkan bahawa anda masih belum mencapai fasa pra-menopaus.
Diana Ishak
Read more

Kenapa ketika datang haid, wanita kerap buang air besar?

Adalah fenomena biasa bagi wanita untuk kerap buang air besar semasa datang haid. Ini adalah kejadian semula jadi dan dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan wanita. Hormon estrogen dan progesteron yang berubah ketika haid boleh menyebabkan otot dalam usus dan rektum mengecut atau mengendur secara berbeza daripada biasa. Ini boleh menyebabkan perubahan dalam kekerapan, konsistensi, dan mendesak pergerakan usus (untuk buang air besar).

Faktor lain yang boleh mempengaruhi kekerapan ke tandas ialah prostaglandin yang dihasilkan oleh rahim semasa haid. Tahap prostaglandin yang tinggi semasa haid boleh merangsang otot usus dan meningkatkan pergerakan usus, yang boleh mengakibatkan cirit-birit atau najis lembut. Najis yang lembut menyebabkan kekerapan membuang air besar. 

Sesetengah wanita mungkin mengalami tekanan (stress) semasa haid, yang boleh menjejaskan sistem penghadaman mereka juga. Tekanan boleh mencetuskan pembebasan hormon kortisol yang mengubah pergerakan usus. Secara keseluruhan, kekerapan buang air besar semasa haid adalah gejala haid yang biasa, cuma kurang selesa. Nasib baik terdapat beberapa tips yang boleh membantu mengurangkan gejala ini. Elakkan kafein dan makanan pedas ketika haid kerana ia boleh merengsakan sistem penghadaman dan memburukkan lagi pergerakan usus.

Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang diproses (fast food atau ready-to-eat food) untuk membantu mengekalkan pergerakan usus yang normal. Minum teh herba, atau electrolyte-enhanced drinks. Kenapa teh herba? Penyelidikan mencadangkan herba berkesan dalam mengurangkan kekerapan membuang air besar semasa haid. Dipercayai bahawa ciri-ciri anti-radang dan anti-kejang pada herba memberi manfaat mengurangkan pergerakan usus yang luar biasa ketika haid.

Ciri-ciri pada herba membantu melegakan senggugut dan gejala haid yang lain. Herba boleh dimakan sebagai teh atau ditambah kepada makanan sebagai makanan tambahan. GreenAard ada Herba Rahsia Rimba yang sememangnya bertujuan membantu mengurangkan simptom ketika haid. Masalah kejang perut, senggugut, haid kurang lancar, PMS, dan kekerapan ke tandas dapat dikurangkan dengan Herba Rahsia Rimba. Herba Rahsia Rimba is generally considered safe, tetapi pengguna MESTI mengikut cara pengambilan yang telah kami tetapkan. Jangan derhaka!

Diana Ishak
Read more

Stress dan Hormon: Kesannya kepada Haid dan Kesuburan

Stress adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi kesannya sering diabaikan. Paras hormon wanita turun naik setiap bulan, dan stress boleh memburukkan lagi perubahan ini, membawa kepada ketidakteraturan haid dan juga ketidaksuburan. Apabila stress, badan mengeluarkan hormon seperti kortisol dan adrenalin, yang boleh mengganggu kitaran haid. Kajian mendapati, wanita yang mengalami stress tinggi lebih berkemungkinan mengalami kitaran haid yang tidak teratur, kitaran yang lebih pendek atau lebih lama, malah haid berisiko berhenti sepenuhnya. Kenapa agaknya? 

Perubahan hormon yang berkaitan dengan stress boleh memberi kesan kepada tahap hormon estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon tadi penting untuk mengekalkan kitaran haid yang teratur. Jadi, ketika seseorang mengalami stress yang berpanjangan, sudah pasti berlaku ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron, lantas menjejaskan kedatangan haid pada bulan itu. Selain itu, stress boleh menyumbang kepada sindrom ovari polikistik (PCOS) dan endometriosis, yang mengganggu kitaran haid dan mengurangkan kesuburan.

PCOS dikaitkan dengan tahap hormon kortisol yang lebih tinggi, yang boleh mengganggu ovulasi. Stress boleh menjejaskan kesuburan melalui pelbagai cara, termasuk mengubah tahap hormon dan mengganggu ovulasi. Bukan sahaja pada wanita, stres boleh mempengaruhi kualiti dan motiliti sperma pada lelaki, menyumbang kepada masalah kesuburan. Penting untuk ambil perhatian bahawa kesan stress terhadap hormon dan kesihatan reproduktif boleh berbeza-beza di antara seorang dengan seorang yang lain. Menguruskan stress kadangkala perlu kombinasi pelbagai teknik seperti senaman, amalan bertenang, kaunseling dan perubahan gaya hidup.

Dalam Herba Rahsia Rimba ada herba yang dinamakan Urena lobata dan Kwao Krua putih. Kedua-dua herba ini telah terbukti secara saintifik dalam membantu mengekalkan kitaran haid yang teratur. Kwao Krua putih adalah bahan yang dianggap sebagai pengganti hormon semulajadi yang sangat bermanfaat kepada wanita dalam peringkat menopaus. Kedua-dua herba ini adalah herba hutan. Maka sebab itulah penggunaan Herba Rahsia Rimba mesti mengikut aturan yang betul.
Diana Ishak
Read more

Wanita! Kenapa Estrogen Memainkan Peranan Penting.

Kontraseptif hormon merujuk kepada kaedah kawalan kelahiran yang menggunakan hormon untuk mencegah kehamilan. Kaedah ini termasuk pil, tampalan, suntikan, dan peranti dalam rahim (intrauterine) yang melepaskan hormon. Hormon yang digunakan dalam kontraseptif biasanya versi sintetik. Ia berfungsi menghalang ovulasi atau memekatkan lendir serviks, yang menjadikan sperma sukar untuk mencapai sel telur.

Salah satu kesan paling ketara kontraseptif hormon adalah keupayaannya untuk mengawal aliran dan kekerapan haid. Bagi sesetengah wanita, kontraseptif hormon boleh mengakibatkan tempoh haid yang lebih ringan dan lebih pendek. Ada juga yang mengalami pendarahan yang tidak teratur atau sekadar spotting. Dalam sesetengah kes, kontraseptif hormon mungkin menghentikan haid sama sekali. Sebab itu setiap kali ada yang bertanya "Saya ambil birth control. Haid dah lama tak datang. Boleh tak Herba Rahsia Rimba keluarkan haid?" Sebenarnya, birth control memang akan membuatkan kitaran haid terganggu. Cara mudah, berhenti ambil birth control. But this may not be ideal for everyone.

Herba Rahsia Rimba ini tidak mengandungi sebarang hormon aktif. Ketika orang yang mengambil birth control, mengambil Herba Rahsia Rimba juga, tahap hormon dalam badannya berkurang. Akibatnya badan merangsang pengeluaran darah yang serupa dengan haid. Penting untuk ambil perhatian bahawa darah yang keluar ini bukanlah haid semula jadi. Sebaliknya, ia adalah darah yang dikeluarkan kerana penurunan mendadak tahap hormon. Pendarahan ini biasanya lebih ringan dan lebih pendek berbanding dengan haid biasa.

Tetapi secara peribadi, GreenAard tidak mencadangkan wanita yang mengambil birth control untuk mengambil Herba Rahsia Rimba. Kerana, mengganggu fungsi kontraseptif hormon secara tiba-tiba boleh menyebabkan pendarahan tidak teratur dan komplikasi lain. Sebaiknya, pilih salah satu. Jika mahu datang haid, berhentilah ambil birth control sekejap.
Diana Ishak
Read more

3 Fasa Menopaus

Menopaus adalah proses biologi semula jadi yang menandakan berakhirnya zaman pembiakan wanita. Ia biasanya berlaku pada wanita berumur antara 45 dan 55. Menopaus mempunyai tiga fasa yang berbeza, setiap satu dicirikan oleh perubahan hormon dan gejala tertentu.

Fasa 1: Perimenopaus
Perimenopaus ialah fasa pertama menopaus dan boleh bertahan selama beberapa tahun sebelum menopaus sebenar bermula. Ia biasanya bermula pada akhir 30-an atau awal 40-an wanita, tetapi ia boleh berbeza-beza mengikut individu. Semasa fasa ini, ovari wanita secara beransur-ansur menghasilkan kurang estrogen, yang membawa kepada turun naik hormon. Gejala biasa termasuk:
  • haid tidak teratur
  • hot flash
  • berpeluh waktu malam
  • perubahan mood
  • keletihan
  • gangguan tidur
Kesuburan merosot semasa perimenopaus, tetapi masih boleh hamil.

Fasa 2: Menopaus 
Menopaus berlaku apabila seorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut. Ia biasanya berlaku sekitar umur 51 tahun, tetapi boleh berlaku lebih awal atau lewat. Semasa menopaus, ovari berhenti mengeluarkan telur, dan tahap estrogen dan progesteron menurun dengan ketara. Gejala yang dialami semasa perimenopaus mungkin berterusan semasa menopaus tetapi selalunya menjadi kurang dirasai. Gejala biasa ketika menopaus:
  • hot flash
  • kekeringan faraj
  • penurunan keinginan seks
  • perubahan mood
  • rambut menipis
Fasa 3: Selepas menopaus
Postmenopaus adalah fasa selepas menopaus dan berlangsung SEPANJANG HAYAT wanita. Pada peringkat ini, kebanyakan gejala menopaus telah reda atau hilang sepenuhnya, kerana badan sudah menyesuaikan diri dengan tahap hormon yang lebih rendah. Ketika ini wanita tidak lagi subur, dan risiko keadaan kesihatan seperti osteoporosis dan penyakit jantung, mungkin meningkat. Terapi penggantian hormon (HRT) adalah pilihan untuk mengurangkan beberapa gejala menopaus.

Kerana itu, wanita yang sudah melepasi usia 35 tahun, sudah boleh berjaga-jaga dengan kebarangkalian mendapat simptom perimenopaus. Ketika ini, simptom perimenopaus sudah bermula, antara ketara atau tidak sahaja.

Wanita yang sedang melalui fasa menopaus dan postmenopaus pula,  banyakkan bertenang ketika melalui fasa ini. Stress hanya akan memburukkan lagi gejala menopaus yang sedang dilalui. 

GreenAard cadangkan wanita berusia 35 dan ke atas, untuk mencuba Herba Rahsia Rimba bagi membantu bersiap-sedia menghadapi fasa menopaus.
Diana Ishak
Read more

Saya pakai IUCD. Boleh tak saya ambil Herba Rahsia Rimba?

Sebagaimana yang selalu kami jelaskan, sesiapa yang mengambil pil hormon perancang, tidak digalakkan mengambil Herba Rahsia Rimba. Kerana yang membuatkan haid anda terhenti adalah pil hormon tersebut. Mengambil Herba Rahsia Rimba demi untuk mendatangkan haid, mungkin tidak membantu. Walau bagaimanapun, IUCD TIDAK mengganggu fungsi hormon dalam badan. Ini kerana kebanyakan IUCD, seperti IUD tembaga dan IUD hormon, berfungsi dengan mekanisme setempat dalam rahim dan tidak menjejaskan tahap hormon.

IUD tembaga berfungsi dengan melepaskan sejumlah kecil tembaga ke dalam rahim. Itu akan mewujudkan persekitaran yang toksik kepada sperma dan telur, menghalang persenyawaan. IUD tembaga tidak mengandungi sebarang hormon dan tidak mengganggu keseimbangan hormon badan.

IUD hormon pula mengeluarkan hormon progestin dos rendah. Hormon progestin ini memekatkan lendir serviks, menjadikan sperma sukar untuk mencapai telur. Ia juga menipiskan lapisan rahim, mengurangkan kemungkinan persenyawaan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan hormon adalah minimum, dan tidak mempunyai kesan ketara ke atas keseimbangan hormon keseluruhan badan.

"Kalau IUCD tidak kacau hormon, kenapa sejak pakai IUCD haid jadi tak teratur?"

Penting untuk tahu bahawa sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan seperti perubahan pendarahan haid ketika menggunakan IUCD. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak berkaitan dengan perubahan hormon sebaliknya pengaruh IUCH secara langsung pada rahim. Dalam erti kata lain, berbeza dengan pil perancang kehamilan, yang menggunakan IUCD BOLEH mengambil Herba Rahsia Rimba.
Diana Ishak
Read more

Mas Cotek, Kacip Fatimah, dan Manjakani dalam tempoh berpantang.

Dalam budaya tradisional tertentu, penggunaan herba Mas Cotek, Kacip Fatimah, dan Manjakani dalam tempoh berpantang telah menjadi amalan yang umum. Mas Cotek membantu membuang toksin dalam darah dan meningkatkan peredaran darah. Oleh itu, dalam amalan tradisional, herba ini digunakan untuk membantu pemulihan selepas bersalin. Ia juga dipercayai dapat membantu penyembuhan organ reproduktif dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru melahirkan. 

Itu dari sudut kepercayaan. Bagaimana pula dari sudut sains? 

Mas Cotek (Ficus deltoidea) mengandungi beberapa bahan aktif yang telah dikenalpasti dalam kajian saintifik:

(i) Flavonoid
Mas Cotek mengandungi pelbagai flavonoid seperti kaempferol, quercetin, dan fisetin. Flavonoid membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif dan merangsang aktiviti sistem imun.

(ii) Tanin
Mas Cotek mengandungi tanin. Tanin dikaitkan dengan sifat anti-radang dan antioksidan. Tanin juga diketahui mempunyai sifat antiseptik dan mengecutkan tisu, yang dapat membantu dalam pemulihan luka dan pengetatan tisu selepas bersalin.

(iii) Asid Organik
Mas Cotek mengandungi asid organik seperti asid malik dan asid tartarik. Asid organik memainkan peranan penting dalam pemulihan dan penyeimbangan pH dalam badan. Asid organik juga dapat memberikan kesan menyejukkan dan melegakan dalam kes sakit dan keradangan selepas bersalin.

Kacip Fatimah (Labisia pumila) seperti Mas Cotek, juga mengandungi flavonoid. Selain dari itu, ia ada:

(i) Saponin
Saponin merupakan plant compounds yang dikaitkan dengan pelbagai aktiviti farmakologi. Saponin mempunyai potensi untuk meningkatkan pengeluaran estrogen, yang boleh memberikan kesan positif pada kesihatan reproduktif dan hormonal wanita.

(ii) Alkaloid
Kacip Fatimah juga mengandungi alkaloid. Alkaloid diketahui mempunyai aktiviti biologi seperti anti-bakteria, anti-radang, dan antioksidan. 

Selain Mas Cotek dan Kacip Fatimah, Manjakani juga ada bahan aktif yang telah dikenalpasti dalam kajian saintifik:

(i) Tannin
Manjakani mengandungi tannin. Tannin memberikan manjakani sifat astringen, anti-radang, dan antioksidan. Tannin juga mengecutkan tisu dan memberikan kesan menyejukkan pada kawasan yang terjejas.

(ii) Galotanin
Manjakani juga mengandungi galotanin. Galotanin diketahui mempunyai aktiviti anti-radang, anti-bakteria, dan antioksidan yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.

Kesemua Mas Cotek, Kacip Fatimah dan Manjakani ada dalam kapsul Herba Rahsia Rimba. Sebab itulah kami sangat berhati-hati dalam memberikan kebenaran kepada wanita yang ingin mengambilnya. Wanita hamil TIDAK boleh mengambil Herba Rahsia Rimba kerana mungkin berpotensi untuk menyebabkan komplikasi atau mempengaruhi keseimbangan hormon semasa kehamilan. Setiap individu memiliki keadaan kesihatan yang unik. Pengambilan herba-herba ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah wanita yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Pengambilan Herba Rahsia Rimba haruslah mengikut syarat-syarat yang telah kami tetapkan.

Diana Ishak
Read more

Depo, boleh memberi kesan sampingan pada berat badan.

Pil perancang, termasuk Depo, boleh memberi kesan sampingan yang berbeza pada berat badan setiap individu. Sesetengah orang mungkin mengalami penambahan berat badan sementara, sementara yang lain tidak mengalami perubahan ketara atau mengalami penurunan berat badan. Mengenai mengapa Depo mungkin menyukarkan sesetengah orang untuk menurunkan berat badan, ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Sesetengah orang mendapati badan mereka menahan air semasa mengambil Depo. Ini boleh membuatkan mereka berasa badan membengkak dan berat, walaupun tidak ada peningkatan sebenar lemak badan. Kesan ini boleh menyukarkan untuk melihat perubahan berat badan yang diingini. Depo juga mengandungi hormon progestin, yang boleh menjejaskan metabolisme badan. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pil kawalan kelahiran tertentu boleh menyebabkan peningkatan selera makan, perubahan dalam pemendapan lemak, atau perubahan dalam metabolisme. Ini boleh menjejaskan perubahan berat badan seseorang.

Selain daripada faktor hormon, perubahan berat badan juga dipengaruhi oleh diet dan gaya hidup. Sesetengah orang merasakan mereka lebih lapar atau mempunyai keinginan untuk makan dengan banyak apabila mengambil Depo. Jika diet dan aktiviti fizikal tidak seimbang, ini boleh menyebabkan penambahan berat badan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa setiap individu bertindak balas secara berbeza terhadap penggunaan Depo atau pil perancang yang lain. Sesetengah orang mungkin tidak mengalami perubahan berat badan sama sekali. Jadi, kesan ke atas berat badan boleh berbeza dari individu ke individu.

GreenAard sejak dari awal tidak mencadangkan sesiapa yang mengambil Depo untuk mengambil GC Plus. Kerana gangguan hormon yang disebabkan oleh Depo telah secara semula jadi membuatkan hormon badan menjadi tunggang-langgang. Mengambil GC Plus ketika ini tidak akan membantu banyak, melainkan anda mahu mengamalkan extreme diet. Tetapi, selepas berhenti mengambil Depo, anda boleh memulakan diet dengan GC Plus. Itupun, bukan right away. Selepas berhenti menggunakan Depo, setiap individu akan bertindak balas secara berbeza terhadap pemberhentian tersebut. 

Perubahan kitaran haid boleh mengambil masa yang berbeza-beza untuk pulih sepenuhnya. Dalam sesetengah kes, badan mungkin kembali kepada keadaan biasa dalam beberapa bulan selepas menghentikan penggunaan Depo. Sebaiknya, setelah selesai kitaran pertama haid, bolehlah mula mengambil GC Plus.
Diana Ishak
Read more

"Kak, saya selalu letih. Apa produk GreenAard sesuai untuk saya?"

Tidak dinafikan ada beberapa produk GreenAard yang memberi kesan tambah tenaga. Walau bagaimanapun, kesan itu hanyalah bonus. GreenAard TIADA produk khusus untuk menambahkan tenaga. Keletihan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dan selalunya disebabkan oleh gabungan faktor fizikal, psikologi dan gaya hidup. Beberapa punca biasa keletihan termasuk:
  • Kurang tidur
  • Gangguan tidur
  • Faktor psikologi
  • Pemakanan yang kurang baik
  • Keadaan kesihatan yang kronik
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Stress yang berterusan
  • Ketidakseimbangan hormon
Turun naik hormon wanita, terutamanya yang berkaitan dengan kitaran haid, boleh menyumbang kepada keletihan. Bila kitaran haid adalah punca, keletihan akan membawa kepada mood swing dan keinginan seks yang menurun. Sebab itulah ketika keinginan seks berkurangan, jangan terus mengambil supplement khusus untuk meningkat daya seks. Sebaliknya, kenal pasti punca terlebih dahulu. Boleh jadi haid tidak teratur.

Semasa kitaran haid, paras hormon estrogen dan progesteron, turun naik. Perubahan hormon ini boleh menjejaskan tahap tenaga dan menyebabkan keletihan pada sesetengah wanita. Contohnya, semasa fasa pra-haid, ramai wanita mengalami gejala keletihan, perubahan mood dan gangguan tidur, yang boleh dikaitkan dengan perubahan hormon. Selain itu, kehamilan juga melibatkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan keletihan, terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga. Ketidakseimbangan hormon, seperti yang dilihat dalam penghidap PCOS atau gangguan tiroid, juga boleh menyebabkan keletihan.

Adalah penting untuk tahu bahawa keletihan kadangkala boleh menjadi simptom keadaan kesihatan. Jika seseorang mengalami keletihan yang berterusan atau teruk, pergilah berunding dengan doktor. Jika anda kerap merasa letih dan ada masalah haid tidak teratur, mungkin itulah puncanya.
Diana Ishak
Read more

Sindrom Ovari Polikistik (PCOS): Memahami Gangguan Hormon Biasa

PCOS adalah gangguan hormon yang memberi kesan kepada ramai wanita dalam usia reproduktif. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, daripada ketidaksuburan hingga kepada masalah metabolik. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang punca PCOS, cara ia memberi kesan kepada badan, dan pilihan rawatan yang tersedia. PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon, khususnya lebihan hormon lelaki (androgen) dalam tubuh wanita. Wanita dengan PCOS mungkin mengalami:
  • haid tidak teratur
  • rambut/bulu pada muka dan badan yang berlebihan
  • jerawat
Selain itu, PCOS boleh membawa kepada pertumbuhan beberapa cyst pada ovari, yang boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan meningkatkan risiko keguguran. Selain masalah kesuburan, PCOS juga boleh menyebabkan masalah metabolik seperti rintangan insulin, yang boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes dan penyakit jantung. Wanita dengan PCOS juga selalunya bergelut dengan masalah berat badan, apnea tidur, dan kemurungan. Penambahan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan adalah simptom PCOS yang paling mengganggu.

Kenapa PCOS menyukarkan proses penurunan berat badan?

Jawapannya terletak pada cara PCOS menjejaskan badan anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi. Insulin adalah hormon yang membantu mengawal gula dalam darah. Tahap insulin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kesukaran menurunkan berat badan. Jika anda menghidap PCOS, anda pasti tahu betapa sangat mengecewakan melihat nombor pada skala kekal sama, walaupun telah berusaha sedaya upaya.

Yang menjadikan penurunan berat badan satu cabaran bagi wanita dengan PCOS ialah ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon membawa kepada peningkatan selera makan, penurunan metabolisme, dan penurunan jisim otot - semuanya boleh menyumbang kepada penambahan berat badan. Walaupun tiada ubat untuk PCOS, terdapat pilihan rawatan untuk menguruskan simptom PCOS. Ubat-ubatan seperti pil perancang dan metformin boleh membantu mengawal hormon dan meningkatkan kesuburan. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin diperlukan untuk merawat cyst pada ovari.

"GreenAard ada produk untuk menurunkan berat badan seorang penghidap PCOS?"

Sebenarnya, tidak ada masalah penghidap PCOS nak ambil GC Plus untuk menurunkan berat badan. Cuma, progress penurunan berat badan mungkin lebih perlahan dari biasa kerana PCOS bergelut dengan masalah ketidakseimbangan hormon. Kekacauan pada hormonlah yang mengganggu progres penurunan berat badan ini.
Diana Ishak
Read more

Phytoestrogens dalam produk GreenAard. Apa tujuannya?

Estrogen adalah hormon yang mengawal fungsi kedua-dua wanita dan lelaki. Phytoestrogens pula adalah sejenis estrogen tumbuhan, berfungsi sama seperti estrogen pada manusia. Apabila kita makan phytoestrogens, badan bertindak balas seolah-olah estrogen kita sendiri hadir. Diet berasaskan tumbuhan sangat kaya dengan phytoestrogens semula jadi dalam jumlah yang sihat, terutamanya daripada soya.

Dalam rangkaian produk GreenAard, GLOEI, GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA mempunyai kandungan phytoestrogens yang agak tinggi. Kami akan jelaskan di sini kenapa tiga produk ini kandungan phytoestrogens tinggi. Oleh kerana phytoestrogens meniru estrogen badan kita sendiri, bermakna ia juga mampu melakukan beberapa perkara yang estrogen lakukan.

Perimenopaus adalah peringkat dalam kehidupan wanita yang biasanya bermula pada lewat 40-an. Pada masa ini, badan wanita berhenti membuat banyak hormon termasuk estrogen. Perimenopaus membawa banyak gejala yang tidak selesa termasuk hot flashes, perubahan mood, dan penurunan seks. Gejala ini berterusan selepas menopaus. Phytoestrogens telah dibuktikan secara saintifik memberi kelegaan dari hot flashes ketika perimenopaus.

Selain dari itu, phytoestrogens membantu mencegah osteoporosis pada wanita yang semakin tua. Apabila wanita semakin berusia, tahap estrogen menurun, menjadikan mereka lebih terdedah kepada osteoporosis. Oleh kerana phytoestrogens bertindak seperti estrogen, pengambilannya membantu menghalang osteoporosis daripada berlaku. Tahap estrogen juga menurun pada kitaran haid tertentu, menyebabkan simptom yang tidak selesa (PMS). Jika estrogen boleh digantikan, gejala ini boleh lega. Maka phytoestrogens telah diesktrak dan dimasukkan ke dalam GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA.

Phytoestrogens adalah ubat semula jadi untuk melegakan masalah ketidakteraturan haid. Sebab itulah GC PLUS juga boleh memperbaiki kitaran haid. Tetapi kami hasilkan Herba Rahsia Rimba kerana ia lebih khusus membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita. Masalah kulit berjerawat juga boleh diselesaikan dengan phytoestrogens. Konsepnya adalah, estrogen melawan androgen (hormon lelaki). Androgen menyumbang kepada jerawat pada wanita. Oleh kerana phytoestrogens bertindak sama seperti estrogen, pengambilannnya boleh menentang androgen dan melegakan atau mencegah jerawat.

Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil HERBA RAHSIA RIMBA khusus untuk merawat masalah jerawat, kami tidak syorkan. Ini kerana, Herba Rahsia Rimba bukan mengandungi phytoestrogens semata-mata tetapi bahan-bahan lain untuk masalah dalaman wanita. Menyelesaikan masalah jerawat hanyalah 'bonus'. Kebelakangan ini, penggunaan hormon estrogen sintetik menerima bad rap kerana dikatakan kesan sampingan negatif. Tetapi risiko sedemikian belum terbukti dengan phytoestrogens. Satu contoh bahan aktif dari kumpulan phytoestrogens adalah ISOFLAVON. Isoflavon ada di dalam GLOEI. Sebab itulah GLOEI membantu memberikan kulit yang lebih glowing. Kami gunakan ekstrak Isoflavon (phytoestrogens) dari soya.
Diana Ishak
Read more
61 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart