Mas Cotek, Kacip Fatimah, dan Manjakani dalam tempoh berpantang.
Dalam budaya tradisional tertentu, penggunaan herba Mas Cotek, Kacip Fatimah, dan Manjakani dalam tempoh berpantang telah menjadi amalan yang umum. Mas Cotek membantu membuang toksin dalam darah dan meningkatkan peredaran darah. Oleh itu, dalam amalan tradisional, herba ini digunakan untuk membantu pemulihan selepas bersalin. Ia juga dipercayai dapat membantu penyembuhan organ reproduktif dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru melahirkan.
Itu dari sudut kepercayaan. Bagaimana pula dari sudut sains?
Mas Cotek (Ficus deltoidea) mengandungi beberapa bahan aktif yang telah dikenalpasti dalam kajian saintifik:
(i) Flavonoid
Mas Cotek mengandungi pelbagai flavonoid seperti kaempferol, quercetin, dan fisetin. Flavonoid membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif dan merangsang aktiviti sistem imun.
(ii) Tanin
Mas Cotek mengandungi tanin. Tanin dikaitkan dengan sifat anti-radang dan antioksidan. Tanin juga diketahui mempunyai sifat antiseptik dan mengecutkan tisu, yang dapat membantu dalam pemulihan luka dan pengetatan tisu selepas bersalin.
(iii) Asid Organik
Mas Cotek mengandungi asid organik seperti asid malik dan asid tartarik. Asid organik memainkan peranan penting dalam pemulihan dan penyeimbangan pH dalam badan. Asid organik juga dapat memberikan kesan menyejukkan dan melegakan dalam kes sakit dan keradangan selepas bersalin.
Kacip Fatimah (Labisia pumila) seperti Mas Cotek, juga mengandungi flavonoid. Selain dari itu, ia ada:
(i) Saponin
Saponin merupakan plant compounds yang dikaitkan dengan pelbagai aktiviti farmakologi. Saponin mempunyai potensi untuk meningkatkan pengeluaran estrogen, yang boleh memberikan kesan positif pada kesihatan reproduktif dan hormonal wanita.
(ii) Alkaloid
Kacip Fatimah juga mengandungi alkaloid. Alkaloid diketahui mempunyai aktiviti biologi seperti anti-bakteria, anti-radang, dan antioksidan.
Selain Mas Cotek dan Kacip Fatimah, Manjakani juga ada bahan aktif yang telah dikenalpasti dalam kajian saintifik:
(i) Tannin
Manjakani mengandungi tannin. Tannin memberikan manjakani sifat astringen, anti-radang, dan antioksidan. Tannin juga mengecutkan tisu dan memberikan kesan menyejukkan pada kawasan yang terjejas.
(ii) Galotanin
Manjakani juga mengandungi galotanin. Galotanin diketahui mempunyai aktiviti anti-radang, anti-bakteria, dan antioksidan yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif.
Kesemua Mas Cotek, Kacip Fatimah dan Manjakani ada dalam kapsul Herba Rahsia Rimba. Sebab itulah kami sangat berhati-hati dalam memberikan kebenaran kepada wanita yang ingin mengambilnya. Wanita hamil TIDAK boleh mengambil Herba Rahsia Rimba kerana mungkin berpotensi untuk menyebabkan komplikasi atau mempengaruhi keseimbangan hormon semasa kehamilan. Setiap individu memiliki keadaan kesihatan yang unik. Pengambilan herba-herba ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah wanita yang mempunyai masalah kesihatan tertentu. Pengambilan Herba Rahsia Rimba haruslah mengikut syarat-syarat yang telah kami tetapkan.