Bagaimana hormon mempengaruhi kulit

Top things to know :

[1] Kulit anda berubah akibat tindak balas terhadap hormon (seperti estrogen dan testosteron).
[2] Sekiranya kulit jenis berminyak, muka akan jadi lebih berminyak sebelum dan semasa haid.
[3] Jerawat yang mengganas semasa pra-menstrual dan haid adalah perkara biasa.

Sebilangan besar perubahan kulit adalah disebabkan oleh kelenjar sebum. Kelenjar sebum mengeluarkan zat berminyak yang disebut sebum. Bermula dari akil baligh, kelenjar sebum meningkat dan mula mengeluarkan sebum. Sebum yang paling banyak dirembeskan antara usia 15-35 tahun.

Kelenjar sebum ada reseptor yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Androgen akan meningkatkan pengeluaran sebum semasa akil baligh pada kedua-dua jantina. Apabila banyak androgen mengikat pada reseptor kelenjar sebum, lebih banyak sebum dihasilkan. Ini menyebabkan kulit berminyak, dan menjadi jerawat.

Apabila tahap androgen yang tinggi mendorong pengeluaran sebum yang berlebihan, sebum akan bergabung dengan sel kulit mati dari dalam liang, menyebabkan liang tersumbat. Penyumbatan liang memerangkap semua lebihan sebum yang kemudian menjadi jerawat.

Kenapa sebelum haid, jerawat tumbuh dengan banyak?

Kerana sebelum haid bermula, badan tidak cukup estrogen untuk mempromosikan kesan "anti-sebum". Tanpa estrogen yang tinggi, androgen meningkatkan pengeluaran sebum yang menyebabkan peningkatan penyumbatan liang kulit.

Wanita yang mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi, seperti penghidap PCOS lebih cenderung dapat jerawat, serta pertumbuhan bulu berlebihan dan rambut gugur (female pattern hair loss).

Salah satu kaedah nak kurangkan jerawat adalah dengan mengambil birth control. Dalam birth control, estrogen sintetik akan menghentikan ovulasi. Apabila ovulasi tak berlaku, hormon androgen tidak dihasilkan, jadi sebum juga kurang terhasil. But, dengan menggunakan birth control, you win some, you lose some. Jadi, terpulanglah.

Walau bagaimanapun, tak semua jerawat ada kaitan dengan haid atau hormon. Jerawat mempengaruhi orang dari semua jantina dan semua peringkat umur. Genetik, diet, dan stress juga mempengaruhi jerawat. Merawat jerawat dapat membantu meningkatkan harga diri dan kualiti hidup. Kadangkala jerawat bukan persoalan tentang ebersihan, tetapi bagaimana kita peka terhadap sensiviti kulit.

GreenAard tidak ada produk untuk merawat (secara directly). Tetapi GreenAard ada :

[1] Cleansing Gel - membantu merawat kulit sensitif
[2] Herba Rahsia Rimba - memperbaiki/meneyimbangkan hormon wanita
[3] Gloei - merangsang penghasilan kolagen oleh badan (estrogen meningkatkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit, melembapkan kulit, mempercepatkan penyembuhan parut/luka)

Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.

Diana Ishak
Read more

Perimenipose

Perimenopos wanita bermula pada usia yang berbeza. Walaubagaimanapun, tanda-tanda ini dapat dilihat lebih awal, seperti haid yang tidak teratur pada usia 40 tahun. Tetapi sebilangan wanita menunjukkan perubahan seawal usia 35 tahun. Ketika ini, tahap estrogen dalam badan naik dan turun. Kitaran haid boleh memanjang atau memendek dan anda mula mengalami kitaran haid yang tak teratur di mana ovari tidak melepaskan telur (ovulasi). Sebaik sahaja anda melalui 12 bulan berturut-turut tanpa haid, anda secara rasmi mencapai menopaus, dan tempoh perimenopause sudah berakhir.

Sepanjang peralihan menopaus, beberapa perubahan yang [mungkin anda tidak sedari] sedang berlaku. Anda mungkin mengalami :

1. Jangka masa haid mungkin lebih lama atau lebih pendek, aliran darah mungkin light hingga heavy, boleh jadi haid melangkaug beberapa bulan.

2. Masalah tidur sering disebabkan oleh kilat panas atau berpeluh malam, tetapi kadang-kadang tidur menjadi tidak dapat diramalkan walaupun tanpa mereka.

3. Perubahan mood, mudah marah dan risiko kemurungan. Penyebab gejala ini mungkin akibat gangguan tidur yang berkaitan dengan hot flashes.

4. Apabila tahap estrogen berkurang, tisu faraj kehilangan pelinciran dan keanjalan, menjadikan hubungan seks menyakitkan.

5. Estrogen rendah boleh menyebabkan terdedah kepada jangkitan kencing atau vagina. Kehilangan keanjalan tisu menyebabka kerap kencing.

6. Oleh kerana ovulasi menjadi tidak teratur, keupayaan untuk hamil berkurang. Tapi, selagi masih ada haid, kehamilan masih boleh berlaku.

7. Semasa pre-menopos, keinginan seksual berubah. Tetapi jika anda aktif dalam hubungan seks sebelum menopaus, the desire mungkin berterusan walaupun pre-menopos.

8. Dengan penurunan kadar estrogen, badan mula kehilangan kekuatan tulang lebih cepat, meningkatkan risiko osteoporosis.

9. Penurunan estrogen menyebabkan perubahan tahap kolesterol, termasuk peningkatan kolesterol dalam darah.

Adakah anda mencari penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk :

  • Hof flashes
  • Mood swings
  • Sleep disturbances
  • Loss of libido
  • Vaginal dryness

  • Night sweats
  • Loss of energy
  • Bone health?

Whatsapp kami di 012-7728976 sekarang.

 

Diana Ishak
Read more

Mengapa haid saya begitu sedikit?

Banyak faktor boleh mengubah aliran haid seseorang dan menjadikan haid sedikit. Berat badan, kerap bersenam [extreme], dan stress semuanya boleh menyebabkan haid menjadi sedikit. Haid yang lebih sedikit daripada biasa biasanya tidak menimbulkan kebimbangan. Dalam kes tertentu, ia ada kaitan dengan hormon.

Perhatikan simptom di bawah :

  • tempoh haid tiba-tiba lebih pendek daripada biasa.
  •  tak memerlukan pad yang banyak seperti selalu.
  • aliran heavy pada 1-3 hari pertama tidak lagi berlaku. Haid keluar dengan sangat sedikit tetapi konsisten.
  • haid keluar dalam bentuk spotting selama beberapa hari, instead of heavy flow.

 

Ada banyak faktor boleh menyebabkan tempoh haid menjadi lebih sedikit daripada biasa, antaranya umur. Aliran period boleh berubah sepanjang hayat. Pada akhir 30an dan 40an, wanita mula mengalami haid yang lebih pendek. Adakalanya melangkau beberapa bulan tanpa haid, dan bila haid datang, ia datang dengan sangat heavy pula. Ini adalah perubahan biasa akibat pre-menopause.

Kadang-kadang seorang wanita mengalami haid yang tidak teratur kerana tubuhnya tidak melepaskan telur, yang dikenali sebagai anovulasi. Ini boleh menyebabkan haid yang sedikit atau tidak teratur.

Kurang berat badan atau berat badan turun mendadak boleh menyebabkan haid berubah menjadi sedikit atau berhenti sama sekali. Perubahan ini berlaku kerana body fat turun begitu rendah sehingga ovulasi tidak boleh berlaku.

Bersenam dengan terlalu banyak juga punca haid sedikit atau tak datang sama sekali. Ini ada kaitan dengan bodyfat yang sangat kurang. Ingat! Lemak penting untuk hormon menjalankan fungsinya. Jika badan terlalu kurang lemak, kita mungkin tidak dapat penyakit obesiti tetapi sistem hormon wanita menjadi haywire.

Masalah kesihatan yang mempengaruhi hormon dalam badan, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan tiroid, boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang. Begitu juga dengan stress. Stress mempengaruhi keseimbangan hormon yang boleh mengganggu kitaran haid biasa.

Mengambil birth control juga menjadikan haid sedikit. Pengurangan aliran darah ini mungkin kerana dos hormon dalam birth control adalah rendah dan tak merangsang rahim untuk membina lapisan tebal. [lapisan ini akan keluar sebagai haid]. Akibatnya, haid menjadi sedikit.

 

Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu diketahui mengenai lendir serviks dan tanda-tanda kesuburan.

Sepanjang kitaran haid, lendir serviks berubah. Lendir serviks sering disalah ertikan sebagai keputihan. 

Salah!

Lendir serviks adalah sihat dan petanda ovulasi. 

Salah satu kaedah pemantauan kesuburan adalah dengan melihat perubahan lendir serviks untuk meramalkan waktu subur. Ketika seseorang subur, cairan serviks yang cair dan licin keluar [seakan-akan cair putih telur].

Sepanjang kitaran haid, perubahan hormon mempengaruhi jumlah, tekstur, dan kemunculan lendir serviks. Adakalanya lendir ini boleh menembusi seluar dalam [kerana terlalu banyak]. Berbeza dengan keputihan, lendir serviks tidak gatal dan tidak berbau. Ia hadir dalam tempoh tertentu dan hilang dengan sendirinya.

Lendir serviks yang jernih dan licin, adalah petanda waktu subur semakin hampir. Lendir serviks berfungsi membantu sperma berenang ke telur wanita. Ia juga menjaga sperma semasa perjalanannya ke telur.

Secara amnya, kitaran kesuburan adalah seperti ini :

[1] Kitaran awal (hari 1–5) : Ini adalah ketika haid berlaku.

[2] Hari 6-10 : Cecair melekit mungkin keluar Ini adalah masa kesuburan rendah.

3] Hari 10-14 : Badan mula menghasilkan lebih banyak estrogen. Cecair melekit mula menipis dan berwarna keruh. Slowly, berubah menjadi licin dan mula kelihatan seperti putih telur.

[4] Hari 15-22 : Adalah tempoh paling subur. Ovulasi bermula pada ketika ini. cecdair serviks keluar dengan banyak.

Ovulasi memainkan peranan penting dalam menentukan konsistensi cecair serviks. Seseorang yang tidak berovulasi [subur] mungkin hanya ada sedikit atau tiada cecair serviks. Kalau haid anda melebihi 10 hari, waktu kesuburan datang lebih lambat. Ini yang anda kena pantau sendiri bilakah tempoh kesuburan anda.

Sesiapa yang cuba untuk hamil mesti melakukan hubungan seks ketika mula nampak perubahan pada lendir serviks [hari 10-14]. Telur hanya hidup 12-24 jam setelah ovulasi, tetapi sperma dapat hidup lebih lama, selalunya 3-5 hari dalam cairan serviks yang subur.

Ini bermaksud, waktu terbaik untuk melakukan seks adalah sebelum ovulasi, kerana sperma dapat hidup di saluran pembiakan selama beberapa hari. Bila ovulasi berlaku, sperma dapat masuk ke telur dengan segera.

JADI, APA KAITANNYA DENGAN HERBA RAHSIA RIMBA?

Lendir serviks dirembeskan oleh serviks dan pengeluarannya dirangsang oleh hormon estrogen. Ketika menghampiri ovulasi, kadar estrogen mula meningkat, menyebabkan serviks mengeluarkan lebih banyak lendir yang disebut "fertile quality". Herba Rahsia Rimba bukan ubat untuk menjamin anda boleh hamil, tetapi ia memperbaiki tahap hormon estrogen.

Pengambilan Herba Rahsia Rimba juga harus ikut jadual :

[1] Wanita yang baru bersalin, mulakan HRR pada hari ke-30 berpantang. Ambil setiap hari selama 14 hari, kemudian ambil selang sehari.

[2] Wanita berkahwin mulakan HRR pada hari ke-7 haid. Amalkan setiap hari selama 7 hari, kemudian ambil selang sehari hingga ke tempoh haid seterusnya.

[3] Anak dara, ambil pada hari ke-7 haid, ke-9, ke-11.....[tak perlu setiap hari]

[4] Bila haid seterusnya datang, berhenti. Kemudian ulang cara ini pada hari ke-7.

 

Diana Ishak
Read more
64 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart