Bagaimana hormon mempengaruhi kulit

Top things to know :

[1] Kulit anda berubah akibat tindak balas terhadap hormon (seperti estrogen dan testosteron).
[2] Sekiranya kulit jenis berminyak, muka akan jadi lebih berminyak sebelum dan semasa haid.
[3] Jerawat yang mengganas semasa pra-menstrual dan haid adalah perkara biasa.

Sebilangan besar perubahan kulit adalah disebabkan oleh kelenjar sebum. Kelenjar sebum mengeluarkan zat berminyak yang disebut sebum. Bermula dari akil baligh, kelenjar sebum meningkat dan mula mengeluarkan sebum. Sebum yang paling banyak dirembeskan antara usia 15-35 tahun.

Kelenjar sebum ada reseptor yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Androgen akan meningkatkan pengeluaran sebum semasa akil baligh pada kedua-dua jantina. Apabila banyak androgen mengikat pada reseptor kelenjar sebum, lebih banyak sebum dihasilkan. Ini menyebabkan kulit berminyak, dan menjadi jerawat.

Apabila tahap androgen yang tinggi mendorong pengeluaran sebum yang berlebihan, sebum akan bergabung dengan sel kulit mati dari dalam liang, menyebabkan liang tersumbat. Penyumbatan liang memerangkap semua lebihan sebum yang kemudian menjadi jerawat.

Kenapa sebelum haid, jerawat tumbuh dengan banyak?

Kerana sebelum haid bermula, badan tidak cukup estrogen untuk mempromosikan kesan "anti-sebum". Tanpa estrogen yang tinggi, androgen meningkatkan pengeluaran sebum yang menyebabkan peningkatan penyumbatan liang kulit.

Wanita yang mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi, seperti penghidap PCOS lebih cenderung dapat jerawat, serta pertumbuhan bulu berlebihan dan rambut gugur (female pattern hair loss).

Salah satu kaedah nak kurangkan jerawat adalah dengan mengambil birth control. Dalam birth control, estrogen sintetik akan menghentikan ovulasi. Apabila ovulasi tak berlaku, hormon androgen tidak dihasilkan, jadi sebum juga kurang terhasil. But, dengan menggunakan birth control, you win some, you lose some. Jadi, terpulanglah.

Walau bagaimanapun, tak semua jerawat ada kaitan dengan haid atau hormon. Jerawat mempengaruhi orang dari semua jantina dan semua peringkat umur. Genetik, diet, dan stress juga mempengaruhi jerawat. Merawat jerawat dapat membantu meningkatkan harga diri dan kualiti hidup. Kadangkala jerawat bukan persoalan tentang ebersihan, tetapi bagaimana kita peka terhadap sensiviti kulit.

GreenAard tidak ada produk untuk merawat (secara directly). Tetapi GreenAard ada :

[1] Cleansing Gel - membantu merawat kulit sensitif
[2] Herba Rahsia Rimba - memperbaiki/meneyimbangkan hormon wanita
[3] Gloei - merangsang penghasilan kolagen oleh badan (estrogen meningkatkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit, melembapkan kulit, mempercepatkan penyembuhan parut/luka)

Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart