Mengapa haid saya begitu sedikit?
Banyak faktor boleh mengubah aliran haid seseorang dan menjadikan haid sedikit. Berat badan, kerap bersenam [extreme], dan stress semuanya boleh menyebabkan haid menjadi sedikit. Haid yang lebih sedikit daripada biasa biasanya tidak menimbulkan kebimbangan. Dalam kes tertentu, ia ada kaitan dengan hormon.
Perhatikan simptom di bawah :
- tempoh haid tiba-tiba lebih pendek daripada biasa.
- tak memerlukan pad yang banyak seperti selalu.
- aliran heavy pada 1-3 hari pertama tidak lagi berlaku. Haid keluar dengan sangat sedikit tetapi konsisten.
- haid keluar dalam bentuk spotting selama beberapa hari, instead of heavy flow.
Ada banyak faktor boleh menyebabkan tempoh haid menjadi lebih sedikit daripada biasa, antaranya umur. Aliran period boleh berubah sepanjang hayat. Pada akhir 30an dan 40an, wanita mula mengalami haid yang lebih pendek. Adakalanya melangkau beberapa bulan tanpa haid, dan bila haid datang, ia datang dengan sangat heavy pula. Ini adalah perubahan biasa akibat pre-menopause.
Kadang-kadang seorang wanita mengalami haid yang tidak teratur kerana tubuhnya tidak melepaskan telur, yang dikenali sebagai anovulasi. Ini boleh menyebabkan haid yang sedikit atau tidak teratur.
Kurang berat badan atau berat badan turun mendadak boleh menyebabkan haid berubah menjadi sedikit atau berhenti sama sekali. Perubahan ini berlaku kerana body fat turun begitu rendah sehingga ovulasi tidak boleh berlaku.
Bersenam dengan terlalu banyak juga punca haid sedikit atau tak datang sama sekali. Ini ada kaitan dengan bodyfat yang sangat kurang. Ingat! Lemak penting untuk hormon menjalankan fungsinya. Jika badan terlalu kurang lemak, kita mungkin tidak dapat penyakit obesiti tetapi sistem hormon wanita menjadi haywire.
Masalah kesihatan yang mempengaruhi hormon dalam badan, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan tiroid, boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang. Begitu juga dengan stress. Stress mempengaruhi keseimbangan hormon yang boleh mengganggu kitaran haid biasa.
Mengambil birth control juga menjadikan haid sedikit. Pengurangan aliran darah ini mungkin kerana dos hormon dalam birth control adalah rendah dan tak merangsang rahim untuk membina lapisan tebal. [lapisan ini akan keluar sebagai haid]. Akibatnya, haid menjadi sedikit.