Fibroid dan Cysts


Kedua-dua fibroid dan cysts adalah normal pada wanita, terutamanya sebelum menopaus.

Fibroid adalah tumor bukan kanser yang terbentuk di dinding otot rahim. Sebaliknya, cysts ialah kantung berisi cecair yang membesar di dalam atau pada ovari.

Fibroid dan cysts selalunya tidak menunjukkan simptom. Seseorang mungkin tidak menyedari mempunyainya sehingga doktor mengesannya semasa ujian pelvic. Tetapi, jika seseorang mempunyai banyak fibroid aau cysts, atau sekiranya ia sudah menjadi besar, ia boleh memberikan pelbagai gejala. Masalah pendarahan haid yang banyak selakunya berkemungkinan berpunca daripada fibroid rahim.


Fibroid dan cysts boleh berlaku pada bila-bila masa. Fibroid paling biasa berlaku semasa 40-an dan awal 50-an. Kebanyakan cysts adalah biasanya tumbuh pada mereka yang belum mencapai menopaus. Sehingga ke hari ini, masih tidak jelas apa yang menyebabkan fibroid dan cysts, tetapi dikatakan tahap hormon seks wanita dan genetik (keturunan) memainkan peranan. Fibroid dan cysts semakin biasa selepas umur 30 tahun hinggalah menopaus. Bermaksud, sesiapa pun boleh mendapat fibroid atau cysts pada bila-bila masa.

Faktor lain yang mungkin menjadi punca fibroid dan cysts adalah:

  • sejarah keluarga fibroid (genetik)
  • obesiti
  • diet yang terdiri daripada banyak daging merah
  • masalah hormon
  • PCOS
  • jangkitan pelvis yang teruk


Fibroid dan cysts selalunya tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika ia cukup besar dan menyebabkan gejala yang teruk, pilihan yang paling biasa adalah surgical removal.

Yang penting untuk anda tahu adalah MAKANAN BUKANLAH PENYEBAB FIBROID ATAU CYSTS.

Walau bagaimanapun, sekiranya sudah ada fibroid atau cysts, elakkan makanan manis dan karbohidrat (both simple & refined carbs). Ini kerana, makanan-makanan tersebut meningkatkan paras gula dalam darah menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak insulin.

Insulin berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan menyuburkan pertumbuhan fibroid. Elakkan juga makanan yang meningkatkan estrogen. Sesetengah makanan mengandungi bahan semula jadi yang meniru estrogen dalam badan, dipanggil phytoestrogens. Sebab itu, kami tidak benarkan sesiapa yang ada fibroid atau cysts mengambil Herba Rahsia Rimba. 
Bukan kerana Herba Rahsia Rimba merbahaya tetapi kerana dalam Herba Rahsia Rimba ada bahan aktif phytoestrogens.

Phytoestrogens tidak merbahaya malah ia meningkatkan aktiviti sel untuk membina tulang baru. Sebab itulah Herba Rahsia Rimba dicadangkan untuk wanita menopaus. Phytoestrogens secara semula jadi wujud dalam setiap tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan beberapa bijirin. Cuma, kandungan phytoestrogens dalam Herba Rahsia Rimba lebih banyak untuk mengurangkan simptom-simptom masalah dalaman wanita.

Sekiranya anda SUDAH ADA fibroid atau cysts, jangan ambil Herba Rahsia Rimba. Just to be on the safe side. Walau bagaimanapun, seseorang tidak dapat mencegah fibroid dan cysts tidak kira apa langkah berjaga-jaga yang diambil.

Jika mempunyai fibroid dan cysts, doktor akan menentukan jenis rawatan terbaik. Perubahan diet dan gaya hidup yang sihat adalah langkah pertama untuk merawat fibroid dan melegakan simptom. Doktor mungkin mengesyorkan natural remedies, stress management dan suplemen tertentu untuk membantu meredakan simptom

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart