Apa yang anda perlu tahu tentang payudara kendur.


Payudara wanita terdiri daripada tisu lemak dan kelenjar yang menghasilkan susu. Tisu dan kelenjar ini dilitupi dengan kulit yang secara semula jadi fleksibel kerana kehadiran protein yang dipanggil elastin. Tetapi apabila keanjalan kulit payudara mendapat tekanan, payudara cenderung kendur.

Payudara wanita yang merokok lebih cepat kendur kerana rokok memusnahkan protein elastin. Tidak kira sama ada satu atau sepuluh batang rokok sehari, merokok mengurangkan bekalan darah ke permukaan kulit, lantas melemahkan dan menuakan kulit.

Pertambahan berat badan yang ketara dan penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan payudara kendur. Turun naik dalam berat menyebabkan regangan yang tidak perlu pada payudara. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mengelakkan regangan yang tidak perlu.

Penurunan berat badan haruslah secara beransur-ansur. Menurunkan berat badan berlebihan dalam tempoh yang singkat menyebabkan payudara hilang keanjalannya. Oleh itu, daripada melakukan diet yang melampau, lakukan pelan pemakanan yang seimbang, yang boleh membantu payudara mengekalkan bentuknya.

Memakai coli yang tidak memberikan sokongan yang sewajarnya boleh menjadi sebab besar untuk payudara jatuh. Semakin kerap payudara melantun, kulit semakin tertekan. Memandangkan saiz payudara mungkin berbeza dari semasa ke semasa, coli sebaik-baiknya ditukar baru setiap 6 bulan.

Kadang-kadang kenduran ini ada kaitan dengan genetik. Gen memainkan peranan penting dalam menentukan kekuatan ligamen dan keanjalan kulit.

Semasa menopaus, ovari berhenti menghasilkan hormon estrogen, yang bertanggungjawab untuk keanjalan kulit. Akibat kekurangan estrogen, kulit menjadi kendur dan berkedut. Dan ini berlaku di seluruh badan, termasuk pada payudara. Sama ada payudara kendur atau tidak, bergantung kepada nisbah tisu payudara dan lemak.

Payudara berkemungkinan akan kurang jatuh jika badan mempunyai ketumpatan payudara yang tinggi - bermakna ada banyak tisu payudara berbanding lemak. In short, payudara kecil pun boleh cepat kendur!

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart