Benarkah SUPLEMEN HERBA penyebab penyakit hati?
Hati menapis semua yang masuk ke dalam badan. Ia membersihkan bahan kimia daripada darah. Hati kemudiannya memproses bahan yang tidak diingini supaya boleh keluar melalui air kencing atau hempedu.
Kadangkala semasa hati memproses darah, toksin terbentuk. Toksin ini boleh merosakkan hati. Penyakit hati ada pelbagai punca. Antaranya:
- Pain reliever/pain killer
- Aspirin dan ibuprofen (jika diambil dengan kerap)
- Statin (ubat kolesterol)
- Antibiotik
- Steroid
- Ubat untuk arthritis
- Ubat gout
Ubat-ubatan tadi ada bukanlah suplemen herba tapi ada potensi menaikkan bacaan toksin dalam hati. Ini bermakna, bukan semua suplemen herba menjadi penyebab bacaan toksin hati meningkat.
Walau bagaimanapun memang ada beberapa herba yang diketahui boleh memberi kesan kepada hati. Antaranya:
- black cohosh
- cascara (kulit buah kopi)
- chaparral
- comfrey (bahan dalam ubat kumur)
- ephedra
- kava
- aloe vera
"What? Aloe vera boleh menyebabkan kerosakan hati?"
Mesti anda tertanya-tanya how could something natural be bad for our liver, right? Yang sebenarnya, apa juga ubatan be it vitamin, food, herbs atau medication, jika diambil dengan banyak dan overdose, semuanya berisiko menyebabkan penyakit.
Dalam hal toksin hati, seseorang lebih berkemungkinan mendapat penyakit hati sekiranya anda seorang perempuan dan umur semakin meningkat. Why? Kerana, hormon seks wanita, terutamanya estrogen, memainkan peranan dalam patogenesis fatty liver disease.
Selain dari itu, punca seseorang mendapat penyakit toksin hati adalah akibat mutasi gen yang mempengaruhi keberkesanan hati. Mutasi gen boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Salah satu punca mutasi gen adalah terdedah kepada cahaya matahari dengan kerap (UV exposure).
Toksin hati yang meningkat tidak boleh diletakkan sepenuh kesalahan kepala suplemen herba kerana bukan semua herba menjadi sebab peningkatan toksin dalam hati. Apa juga suplemen yang anda ambil, ambillah dengan mengikut arahan yang betul.