Punca seseorang mendapat SENGGUGUT.
Apa yang menyebabkan senggugut? Ramai wanita bertanya soalan ini kenapa kami. Kekejangan pada perut dan kekembungan - semuanya sudah dijangka ketika haid. Walau bagaimanapun, senggugut adalah sakit yang lebih berat. Senggugut menyebabkan kekejangan perut yang teruk berterusan selama beberapa hari. Sakit senggugut menangkap dari bahagian pinggang, ke punggung dan peha selain berdenyut pada bawah perut. Tetapi apakah yang menyebabkan senggugut?
Senggugut disebabkan oleh peningkatan pengeluaran prostaglandin, iaitu hormon yang yang menyebabkan rahim mengecut. Ketidakseimbangan tahap prostaglandin merangsang rahim untuk mengecut semasa haid. Apabila seseorang mengalami pengecutan rahim yang kuat, bekalan darah ke rahim terhenti seketika, menyebabkan saluran darah berdekatan otot rahim kehilangan oksigen dan sekaligus menyebabkan kekejangan dan ketidakselesaan yang menyakitkan.
Rahim wanita yang mengalami senggugut yang teruk mengecut lebih kuat daripada ketika melahirkan anak. Perasan tak setiap kali haid, kebiasaan buang air besar berubah? Ada yang sehari sampai 3-4 kali. Perubahan corak ini adalah kerana usus dipengaruhi oleh perubahan prostaglandin. Prostaglandin merangsang pengecutan otot di usus yang dekat dengan rahim, menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih kerap. Hormon ini membuatkan badan kurang menyerap air dan menjadikan najis lebih lembut lalu meningkatkan risiko cirit-birit atau kerap ke tandas.
Agak sukar untuk membezakan antara kekejangan rahim dan kekejangan perut/usus ketika haid. Kedua-duanya sama-sama menyakitkan. Bagi sesetengah orang, progesteron mempengaruhi saluran gastrousus sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Prostaglandin juga menyebabkan sakit kepala. Pada wanita yang mengalami masalah gangguan usus, haid boleh memburukkan lagi gejala. Ini juga berlaku untuk orang yang ada masalah endometriosis, fibroid rahim, dan ovarian cyst.
Progesteron juga meningkatkan rasa lapar dan menambahkan keinginan pada makanan tinggi lemak dan gula, seperti ais krim atau coklat, sedangkan badan sukar mencerna makanan ini. Memakan banyak makanan berlemak dan manis boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang. Perubahan tabiat pemakanan ketika haid (yang disebabkan oleh perubahan hormon) menyumbang kepada perbezaan konsistensi, keteraturan, atau bau najis sebelum atau selama tempoh haid.
Bagi membantu anda manage gangguan pencernaan ketika haid, banyakkan bergerak. Bergerak boleh melegakan kembung dan membantu usus bergerak. Jangan lupa makan HERBA RAHSIA RIMBA ikut peraturan. HERBA RAHSIA RIMBA membantu mengurangkan kekejangan dan inhibit prostaglandin.