Haid yang konsisten setiap bulan petanda hormon sihat

Kitaran haid wanita dikawal oleh sistem hormon yang melibatkan interaksi antara otak, kelenjar pituitari, dan ovari. Sekiranya hormon-hormon yang terlibat bermasalah, PASTI kitaran haid menjadi kacau-bilau. Sebab itulah HERBA RAHSIA RIMBA diformulasikan khusus untuk menyeimbangkan hormon-hormon ini. Proses kitaran haid yang normal mestilah melalui fasa hari pertama haid dan berakhir dengan ovulasi. Semasa fasa ini, hormon merangsang beberapa folikel di ovari untuk berkembang. Salah satu folikel ini akan menghasilkan hormon estrogen. Peningkatan mendadak hormon menyebabkan folikel ini pecah dan melepaskan telur. Ini berlaku sekitar hari ke-14 (dalam kitaran 28 hari).

Selepas telur dilepakan, hormon progesteron pula dihasilkan. Progesteron mengekalkan lapisan endometrium sekiranya berlaku persenyawaan. Jika persenyawaan tidak berlaku, hormon progesteron dan estrogen turun dengan mendadak. Ini menyebabkan lapisan endometrium luruh dan dikeluarkan sebagai haid. Konsistensi kitaran haid tadi menunjukkan bahawa SEMUA HORMON berfungsi dengan baik dan seimbang. Ketidakseimbangan dalam mana-mana hormon boleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan masalah seperti haid tidak teratur, haid yang terlalu heavy atau terlalu ringan, atau ketiadaan haid sama sekali. Sebab itulah Herba Rahsia Rimba direka untuk membantu masalah dalam wanita, khususnya yang melibatkan haid tidak teratur dan menopaus.

Diana Ishak
Read more

Kenapa semasa heavy flow period, wanita senang buang air besar

Perasan tak, hari-hari terawal haid, wanita lebih mudah buang air besar. Sebab pertama, semasa haid, badan wanita menghasilkan hormon prostaglandin. Hormon ini menyebabkan otot rahim berkontraksi untuk membantu meluruhkan lapisan endometrium (yang menjadi darah haid). Prostaglandin ini juga mempengaruhi otot-otot di sekitar sistem pencernaan, terutama usus. Ketika hormon prostaglandin tinggi, ia boleh menyebabkan kontraksi pada usus, yang membuatkan wanita lebih mudah buang air besar.

Sebab kedua, sebelum haid bermula, paras hormon progesteron dalam badan adalah tinggi. Hormon progesteron yang tinggi boleh menyebabkan masalah sembelit kerana ia memperlahankan pergerakan usus. Tetapi apabila haid bermula, paras progesteron menurun dengan cepat, yang menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih aktif. Perubahan drastik ini boleh menyebabkan lebih mudah buang air besar, terutamanya semasa aliran haid yang berat.

Sebab ketiga, semasa haid terutamanya dengan aliran yang berat, rahim menjadi lebih besar kerana pengumpulan darah berlaku. Rahim yang membesar ini menekan usus, menyebabkan rasa ingin buang air besar. Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita mungkin merasa lebih kerap perlu ke tandas semasa tempoh ini.

Sebab keempat, pada sesetengah wanita, cairan yang terkumpul di dalam badan semasa haid boleh menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih lancar. Ini mungkin menjadi penyebab lebih mudah untuk buang air besar semasa haid. Haid juga kadang-kadang membawa kepada tekanan fizikal dan emosi, yang boleh mempengaruhi sistem saraf dan usus. Stres boleh membuatkan usus bergerak dengan lebih cepat, menyebabkan lebih mudah buang air besar atau mengalami cirit-birit ringan.

Jika anda menyangka Herba Rahsia Rimba penyebab kerap ke tandas dalam tempoh haid, anda salah. Kekerapan buang air besar adalah tindak balas biologi yang normal ketika haid.

Diana Ishak
Read more

Obesiti boleh buatkan haid berhenti.

Kitaran haid adalah interaksi antara ovari dan otak. Pertambahan dan penurunan berat badan boleh menyebabkan haid datang lambat...atau berhenti sama sekali. Perubahan tahap hormon menyebabkan ovulasi. Jika tidak hamil dalam tempoh ovulasi, lebih banyak perubahan hormon akan mempengaruhi haid. Apa-apa yang mengganggu interaksi ini dapat menghentikan badan dari ovulasi. Sekiranya terlepas ovulasi, boleh mengganggu kitaran haid.

Apa yang berlaku pada kitaran haid ketika berat badan menurun dengan ketara/drastik sangat bergantung pada berapa berat badan sebelumnya. Contohnya, jika berat badan normal, kemudian berlaku kenaikan atau penurunan berat badan, ini boleh menyebabkan haid berubah. Walau bagaimanapun, ketika badan overweight/obese atau underweight, kenaikan berat badan atau penurunan berat badan dapat mulakan kembali kitaran haid yang normal.

Jika BMI normal pada awal dan kemudian berat badan bertambah, kemungkinan haid seterusnya akan jadi lewat. Simpanan lemak badan yang bertambah (dikenali sebagai tisu adiposa) membawa kepada ketidakseimbangan hormon yang dapat menghentikan ovulasi. Tidak ada jumlah kenaikan berat badan yang tertentu untuk kami sebutkan tetapi semakin banyak berat naik, atau semakin drastik kenaikan berat badan, semakin besar kemungkinan kitaran haid terjejas. Semakin besar BMI anda (obesiti melebihi 35), semakin besar kemungkinan haid jadi lambat atau terhenti terus.

Sama seperti kenaikan berat badan, semakin banyak berat badan menurun atau semakin drastik berat berkurangan, maka semakin besar potensi haid terjejas. Membataskan pengambilan makanan secara tiba-tiba atau bersenam dengan intense juga boleh menyebabkan stress pada badan yang kemudian mengubah tahap hormon, mengganggu ovulasi, dan menyebabkan haid lambat. Bukan itu sahaja, tahap estrogen juga menjadi rendah yang boleh membahayakan tulang untuk jangka masa panjang.

Sekiranya berlebihan berat badan terutamanya jika BMI melebihi 35, kemungkinan haid jadi sangat tidak konsisten (3-5 bulan sekali). Lemak yang meningkat menghasilkan estrogen berlebihan. Ini penyebab masalah haid yang tidak dapat dijangkakan. Lebihan estrogen yang berkaitan dengan kegemukan dapat meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara dan rahim juga. Menurunkan berat badan akan memulihkan kitaran haid dan memperbaiki estrogen yang berlebihan.

Haid yang konsisten (regular) adalah petunjuk keseimbangan hormon dalam badan. Overweight dan underweight menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menghentikan haid dan dari masa ke masa boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ketidakseimbangan hormon ini boleh diperbetulkan dengan menambah atau menurunkan berat badan hingga mencapai BMI yang sihat. Ovulasi dan haid akan lebih teratur selepas itu, insyallah. 


Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart