Obesiti boleh buatkan haid berhenti.
Apa yang berlaku pada kitaran haid ketika berat badan menurun dengan ketara/drastik sangat bergantung pada berapa berat badan sebelumnya. Contohnya, jika berat badan normal, kemudian berlaku kenaikan atau penurunan berat badan, ini boleh menyebabkan haid berubah. Walau bagaimanapun, ketika badan overweight/obese atau underweight, kenaikan berat badan atau penurunan berat badan dapat mulakan kembali kitaran haid yang normal.
Jika BMI normal pada awal dan kemudian berat badan bertambah, kemungkinan haid seterusnya akan jadi lewat. Simpanan lemak badan yang bertambah (dikenali sebagai tisu adiposa) membawa kepada ketidakseimbangan hormon yang dapat menghentikan ovulasi. Tidak ada jumlah kenaikan berat badan yang tertentu untuk kami sebutkan tetapi semakin banyak berat naik, atau semakin drastik kenaikan berat badan, semakin besar kemungkinan kitaran haid terjejas. Semakin besar BMI anda (obesiti melebihi 35), semakin besar kemungkinan haid jadi lambat atau terhenti terus.
Sama seperti kenaikan berat badan, semakin banyak berat badan menurun atau semakin drastik berat berkurangan, maka semakin besar potensi haid terjejas. Membataskan pengambilan makanan secara tiba-tiba atau bersenam dengan intense juga boleh menyebabkan stress pada badan yang kemudian mengubah tahap hormon, mengganggu ovulasi, dan menyebabkan haid lambat. Bukan itu sahaja, tahap estrogen juga menjadi rendah yang boleh membahayakan tulang untuk jangka masa panjang.
Sekiranya berlebihan berat badan terutamanya jika BMI melebihi 35, kemungkinan haid jadi sangat tidak konsisten (3-5 bulan sekali). Lemak yang meningkat menghasilkan estrogen berlebihan. Ini penyebab masalah haid yang tidak dapat dijangkakan. Lebihan estrogen yang berkaitan dengan kegemukan dapat meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara dan rahim juga. Menurunkan berat badan akan memulihkan kitaran haid dan memperbaiki estrogen yang berlebihan.
Haid yang konsisten (regular) adalah petunjuk keseimbangan hormon dalam badan. Overweight dan underweight menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menghentikan haid dan dari masa ke masa boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ketidakseimbangan hormon ini boleh diperbetulkan dengan menambah atau menurunkan berat badan hingga mencapai BMI yang sihat. Ovulasi dan haid akan lebih teratur selepas itu, insyallah.