Apa yang perlu diketahui mengenai lendir serviks dan tanda-tanda kesuburan.

Sepanjang kitaran haid, lendir serviks berubah. Lendir serviks sering disalah ertikan sebagai keputihan. 

Salah!

Lendir serviks adalah sihat dan petanda ovulasi. 

Salah satu kaedah pemantauan kesuburan adalah dengan melihat perubahan lendir serviks untuk meramalkan waktu subur. Ketika seseorang subur, cairan serviks yang cair dan licin keluar [seakan-akan cair putih telur].

Sepanjang kitaran haid, perubahan hormon mempengaruhi jumlah, tekstur, dan kemunculan lendir serviks. Adakalanya lendir ini boleh menembusi seluar dalam [kerana terlalu banyak]. Berbeza dengan keputihan, lendir serviks tidak gatal dan tidak berbau. Ia hadir dalam tempoh tertentu dan hilang dengan sendirinya.

Lendir serviks yang jernih dan licin, adalah petanda waktu subur semakin hampir. Lendir serviks berfungsi membantu sperma berenang ke telur wanita. Ia juga menjaga sperma semasa perjalanannya ke telur.

Secara amnya, kitaran kesuburan adalah seperti ini :

[1] Kitaran awal (hari 1–5) : Ini adalah ketika haid berlaku.

[2] Hari 6-10 : Cecair melekit mungkin keluar Ini adalah masa kesuburan rendah.

3] Hari 10-14 : Badan mula menghasilkan lebih banyak estrogen. Cecair melekit mula menipis dan berwarna keruh. Slowly, berubah menjadi licin dan mula kelihatan seperti putih telur.

[4] Hari 15-22 : Adalah tempoh paling subur. Ovulasi bermula pada ketika ini. cecdair serviks keluar dengan banyak.

Ovulasi memainkan peranan penting dalam menentukan konsistensi cecair serviks. Seseorang yang tidak berovulasi [subur] mungkin hanya ada sedikit atau tiada cecair serviks. Kalau haid anda melebihi 10 hari, waktu kesuburan datang lebih lambat. Ini yang anda kena pantau sendiri bilakah tempoh kesuburan anda.

Sesiapa yang cuba untuk hamil mesti melakukan hubungan seks ketika mula nampak perubahan pada lendir serviks [hari 10-14]. Telur hanya hidup 12-24 jam setelah ovulasi, tetapi sperma dapat hidup lebih lama, selalunya 3-5 hari dalam cairan serviks yang subur.

Ini bermaksud, waktu terbaik untuk melakukan seks adalah sebelum ovulasi, kerana sperma dapat hidup di saluran pembiakan selama beberapa hari. Bila ovulasi berlaku, sperma dapat masuk ke telur dengan segera.

JADI, APA KAITANNYA DENGAN HERBA RAHSIA RIMBA?

Lendir serviks dirembeskan oleh serviks dan pengeluarannya dirangsang oleh hormon estrogen. Ketika menghampiri ovulasi, kadar estrogen mula meningkat, menyebabkan serviks mengeluarkan lebih banyak lendir yang disebut "fertile quality". Herba Rahsia Rimba bukan ubat untuk menjamin anda boleh hamil, tetapi ia memperbaiki tahap hormon estrogen.

Pengambilan Herba Rahsia Rimba juga harus ikut jadual :

[1] Wanita yang baru bersalin, mulakan HRR pada hari ke-30 berpantang. Ambil setiap hari selama 14 hari, kemudian ambil selang sehari.

[2] Wanita berkahwin mulakan HRR pada hari ke-7 haid. Amalkan setiap hari selama 7 hari, kemudian ambil selang sehari hingga ke tempoh haid seterusnya.

[3] Anak dara, ambil pada hari ke-7 haid, ke-9, ke-11.....[tak perlu setiap hari]

[4] Bila haid seterusnya datang, berhenti. Kemudian ulang cara ini pada hari ke-7.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart