Obesiti boleh buatkan haid berhenti.

Kitaran haid adalah interaksi antara ovari dan otak. Pertambahan dan penurunan berat badan boleh menyebabkan haid datang lambat...atau berhenti sama sekali. Perubahan tahap hormon menyebabkan ovulasi. Jika tidak hamil dalam tempoh ovulasi, lebih banyak perubahan hormon akan mempengaruhi haid. Apa-apa yang mengganggu interaksi ini dapat menghentikan badan dari ovulasi. Sekiranya terlepas ovulasi, boleh mengganggu kitaran haid.

Apa yang berlaku pada kitaran haid ketika berat badan menurun dengan ketara/drastik sangat bergantung pada berapa berat badan sebelumnya. Contohnya, jika berat badan normal, kemudian berlaku kenaikan atau penurunan berat badan, ini boleh menyebabkan haid berubah. Walau bagaimanapun, ketika badan overweight/obese atau underweight, kenaikan berat badan atau penurunan berat badan dapat mulakan kembali kitaran haid yang normal.

Jika BMI normal pada awal dan kemudian berat badan bertambah, kemungkinan haid seterusnya akan jadi lewat. Simpanan lemak badan yang bertambah (dikenali sebagai tisu adiposa) membawa kepada ketidakseimbangan hormon yang dapat menghentikan ovulasi. Tidak ada jumlah kenaikan berat badan yang tertentu untuk kami sebutkan tetapi semakin banyak berat naik, atau semakin drastik kenaikan berat badan, semakin besar kemungkinan kitaran haid terjejas. Semakin besar BMI anda (obesiti melebihi 35), semakin besar kemungkinan haid jadi lambat atau terhenti terus.

Sama seperti kenaikan berat badan, semakin banyak berat badan menurun atau semakin drastik berat berkurangan, maka semakin besar potensi haid terjejas. Membataskan pengambilan makanan secara tiba-tiba atau bersenam dengan intense juga boleh menyebabkan stress pada badan yang kemudian mengubah tahap hormon, mengganggu ovulasi, dan menyebabkan haid lambat. Bukan itu sahaja, tahap estrogen juga menjadi rendah yang boleh membahayakan tulang untuk jangka masa panjang.

Sekiranya berlebihan berat badan terutamanya jika BMI melebihi 35, kemungkinan haid jadi sangat tidak konsisten (3-5 bulan sekali). Lemak yang meningkat menghasilkan estrogen berlebihan. Ini penyebab masalah haid yang tidak dapat dijangkakan. Lebihan estrogen yang berkaitan dengan kegemukan dapat meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara dan rahim juga. Menurunkan berat badan akan memulihkan kitaran haid dan memperbaiki estrogen yang berlebihan.

Haid yang konsisten (regular) adalah petunjuk keseimbangan hormon dalam badan. Overweight dan underweight menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menghentikan haid dan dari masa ke masa boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ketidakseimbangan hormon ini boleh diperbetulkan dengan menambah atau menurunkan berat badan hingga mencapai BMI yang sihat. Ovulasi dan haid akan lebih teratur selepas itu, insyallah. 


Diana Ishak
Read more

Punca kenapa berlaku SPOTTING sebelum tempoh haid

Pil perancang
Spotting adalah kesan sampingan yang biasa jika seseorang mengambil, menghentikan atau menukar pil perancang. Estrogen menjaga lapisan rahim. Mengubah atau mengganggu aktiviti estrogen dengan pil perancang boleh menyebabkan spotting. Walaupun spotting ini tidak berpanjang lebih dari 3 bulan. Terapi penggantian hormon yang digunakan untuk rawatan simptom menopaus juga boleh menyebabkan spotting.

Awal kehamilan
Spotting adalah perkara biasa pada awal kehamilan - ini dinamakan implantasi spotting. Implantasi spotting berlaku ketika telur yang disenyawakan menempel pada dinding bahagian dalam rahim. Apabila embrio terbentuk, saluran darah kecil koyak menyebabkan keluar keputihan berwarna merah jambu atau coklat. Implantasi spotting biasanya berlaku sebelum tempoh haid ATAU 5-10 hari selepas conception.

Ovulasi
Spotting semasa ovulasi adalah biasa dan tak perlu dibimbangkan. Wanita boleh notice spotting ini selama 1-2 hari. Spotting biasanya berwarna merah muda pucat. Ada beberapa sebab spotting berlaku, antaranya:

i. apabila folikel matang dan pecah, boleh menyebabkan pendarahan ringan.
ii. peningkatan tahap estrogen semasa ovulasi

Perimenopaus
Apabila menghampiri menopaus, badan mula spotting merah jambu atau coklat dan sedikit pendarahan ringan sebelum haid bermula. Semasa peringkat peralihan ini, haid jadi tidak teratur, kadang-kadang heavy, dan mungkin lebih lambat dari kebiasaan. Ini kerana semasa perimenopause, tahap hormon tidak teratur. Sebaik sahaja menopaus, haid berhenti.

Stress
Tekanan boleh menyebabkan banyak ketidakseimbangan dalam badan dan haid tidak terkecuali. Tekanan emosi (kemurungan, kegelisahan, kebimbangan, insomnia) dan tekanan fizikal (penurunan berat badan atau kenaikan, penyakit, diet yang buruk, terlalu banyak bersenam) boleh mempengaruhi kitaran haid. Stress yang melampau dapat menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol (hormon stress), yang kemudian menyebabkan badan hanya mengeluarkan sedikit estrogen dan progesteron. Ketidakseimbangan hormon ini mengacaukan kitaran haid, menjadikannya tidak teratur atau terlambat, dan berlaku spotting/stain sahaja. Walaupun bersenam adalah stress-reliever, terlalu banyak bersenam menyebabkan spotting.

Penurunan estrogen
Satu daripada sepuluh wanita mengalami spotting akibat penurunan estrogen. Jenis spotting ini biasanya berlaku kira-kira 10-14 hari sebelum tempoh haid yang seterusnya. Jenis spotting ini berlaku kerana perubahan jumlah estrogen yang merangsang endometrium. Penurunan estrogen menyebabkan wanita mengalami keputihan coklat, atau spotting. Kadang-kadang spoting datang bersama cramp dan sedikit kesakitan.

Tiroid
Ketidakseimbangan hormon adalah salah satu sebab spotting sebelum haid. Salah satunya, penghasilan estrogen yang terlalu banyak kerana masalah tiroid. Tiroid yang rendah (hipotiroidisme) boleh menyebabkan perubahan dan ketidakseimbangan dalam metabolisme. Ini menyebabkan gejala keletihan berterusan, suhu badan tidak teratur, kenaikan berat badan yang ketara, keguguran rambut, dan sakit leher.

PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon yang mengganggu ovulasi normal dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, atau spotting between periods. Ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan jerawat. PCOS menyebabkan ovari tidak mendapat isyarat hormon yang betul dari kelenjar pituitari. Tanpa isyarat ini, badan tidak boleh ovulasi setiap bulan, yang mempengaruhi kitaran haid. Ini menyebabkan haid tidak teratur, dan berlalu spotting.

GreenAard mempunyai produk yang membantu mengurangkan simptom-simptom di atas, iaitu HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah rawatan kepada masalah anda, tetapi satu fungsi HERBA RAHSIA RIMBA adalah menyeimbangkan tahap hormon wanita. Siapa yang dicadangkan untuk ambil HRR:

- yang ada masalah haid tidak teratur
- yang ada simptom menopos
- yang berusia 40 tahun ke atas
- untuk mengurangkan simptom PMS

Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart