Perlu tahu kenapa mask bio cellulose akan mengubah kulit anda selamanya!

Pernah dengar bio-cellulose mask? Well, chances are anda pernah dengar atau pernah guna tetapi tak tahu apa beza bio-cellulose mask dengan mask yang lain. Boleh jadi anda merasa bio-cellulose is just another sheet mask in the market. NO. Bio-cellulose adalah bahan yang dihasilkan dari selulosa tumbuhan atau bakteria. Mask selain dari bio-cellulose dihasilkan dari pulpa. Harganya jauh lebih murah kerana kosnya rendah.

GreenAard Bio-Cellulose mahal? Ya, agak mahal. Tetapi tidak terlalu mahal. 
Kenapa harganya begitu?

Kerana GreenAard memilih untuk menghasilkan bio cellulose mask melalui kultur bakteria. Bakteria bio-cellulose bukanlah penemuan baru. Sudah digunakan bidang perubatan untuk merawat luka terbakar kerana bio-cellulose ada fungsi antibacterial effects.

"Rawat luka terbakar dengan bio cellulose? Kenapa?"

Kerana bio cellulose adalah penghalang yang hebat terhadap external irritants. This makes it great untuk pada kulit sensitif atau luka. Kerana fungsi antibacterial effects inilah, GreenAard memilih bacteria bio-cellulose untuk dijadikan mask. Kebanyakan bio cellulose mask di pasaran dalah dari plant cellulose. Kami gunakan bio-cellulose bacteria kerana keupayaannya untuk merawat kulit sensitif.

Jangan risau dengan word BACTERIA itu. Bacteria bio-cellulose kandungannya unik, biokompatibiliti, tidak toksik, dan antimikrob. Oleh kerana sifat-sifat unik inilah kos menghasilkan mask dari bacteria bio-cellulose secara beransur-ansur meningkat. Salah satu sifat unik bio-cellulose adalah seratnya halus dan menakung air. Umpama span, ia menyerap serum dengan sangat baik. Sifat fiber bio cellulose adalah halus, malah 1000 kali lebih halus dari rambut. Kehalusan serat bio-cellulose GreenAard membuatkan ia melekap rapat pada liang-liang kulit sehingga membolehkan serum di dalamnya diserap ke bahagian kulit paling dalam dengan lebih efisien.

GreenAard Bio-Cellulose Mask ditambah dengan serum yang mengandungi bahan-bahan untuk merawat kulit, terutamanya kulit kering. Kepada yang baru selesai rawatan laser pada wajah, cuba pakai GreenAard Bio Cellulose mask kerana boleh mempercepatkan pemulihan post-laser injuries. Jika anda ada masalah kulit, come and try our Bio-cellulose mask.
Diana Ishak
Read more

Gunakan mask setiap hari adalah rahsia kulit cantik?

Di Korea, ada kaedah yang disebut "satu hari, satu pek". Di sana, hampir semua orang menggunakan sheet mask setiap hari. Tidak hairanlah sheet mask di Korea dijual dalam bentuk borong. Memakai sheet mask setiap hari adalah salah satu cara bagi mereka [Korean] untuk menjaga kulit supaya sentiasa lembut, berseri, dan bebas jerawat.

Pasti ada yang berkata "I can't imagine doing one sheet mask every day, let alone two. Buat facial seminggu sekali selama sebulan pun dah cukup meletihkan".

Memakai sheet mask setiap hari, tujuh hari seminggu nampaknya seperti akan merengsakan kulit. Actually, not necessarily yet kerana seseorang boleh memakai mask setiap hari, tetapi ada beberapa syarat. Syaratnya, kulit tidak berjerawat. Kenapa?

Kerana, dalam mask ada beberapa bahan aktif. Kulit yang sedang merengsa boleh menyebabkan pengelupasan jika menggunakan mask setiap hari. Kadang-kadang boleh memburukkan lagi jerawat kerana liang boleh tersumbat dan menyebabkan bakteria tumbuh di kulit. Sebagai ganti, gunakan mask hanya sekali seminggu. Bagaimana pula dengan kulit yang tidak mudah berjerawat?

Golongan ini boleh menggunakan sheet mask setiap hari kerana dapat membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit. Bila kulit terhidrat, it helps push the ingredients into the skin ketika memakai serum atau krim muka. Sebahagian besar mask yang berada di pasaran diperbuat dari pulpa kayu atau serat kasar.

Bio Cellulose Mask GreenAard dihasilkan dari aktiviti bakteria dalam persekitaran makmal yang sangat terkawal. Aktiviti bacteria tadi menghasilkan 'lendir' yang dinamakan cellulose. Cellulose inilah yang menjadi mask untuk Bio Cellulose Mask GreenAard. Mask dari cellulose lebih lembut dan lebih lama menakung air membuatkan pemakai boleh memakai lebih dari 30 minit. Kebolehannya menakung air dengan lebih lama menjadikan serum dan bahan aktif boleh meresap dari mask ke dalam kulit wajah dengan lebih efektif.

Diana Ishak
Read more

Selulosa Bakteria Bukan Sekadar Untuk Kosmetik Tetapi Juga Penyembuhan Luka.

Selulosa wujud secara semula jadi dalam dinding sel tumbuhan dan dalam beberapa bakteria. Di hospital, ciri-ciri unik selulosa bakteria menjadikannya digunakan untuk menyembuhkan luka. Selulosa bakteria mendapat banyak permintaan untuk penggunaan terapeutik, terutamanya dalam industri farmaseutikal. Selulosa bakteria diperolehi melalui proses fermentasi bakteria.

Dalam proses ini bakteria menghasilkan sejenis lendir yang dinamakan selulosa. Sifat utama selulosa bakteria adalah menakung air dengan lebih lama. Oleh sebab itulah, selulosa bakteria juga digunakan dalam industri makanan untuk penyediaan pencuci mulut. Selulosa bakteria yang ditambah ke dalam makanan dapat mengekalkan bentuk makanan tersebut. Serat selulosa bakteria adalah 100 kali lebih nipis daripada rambut. Disebabkan sifat tersebut, selulosa bakteria lebih melekap pada kulit. Lekapannya rapat ke liang kulit. Sebab itulah ia digunakan di hospital sebagai medium penyembuhan luka.

Lekapan selulosa bakteria yang kemas mampu memindahkan antibiotik, serum dan ubat ke kulit. Selulosa bakteria telah lama digunakan dalam perubatan sebagai sebagai bandage. Bandage tersebut membolehkan luka bernafas, dan mencegah pembentukan kudis dan parut. Sifat selulosa bakteria yang menakung air tidak menyebabkan kehilangan cecair dari badan pesakit ketika memakai bandage tersebut. Ciri unik selulosa bakteria inilah yang membuatkan GreenAard memilihnya sebagai bahan utama dalam bio-cellulose mask. Bio-mask ini jika dipakai 20-30 minit menyumbang kepada peningkatan ketegangan kulit. Kesan tersebut adalah disebabkan oleh kandungan air pada bio-cellulose mask yang meningkatkan penyerapan air oleh kulit.

Bio-Cellulose Mask ini melekat dengan lebih baik pada kulit kerana serat selulosa bakteria yang 100 kali lebih nipis dari rambut. Selepas penggunaan pertama, kulit menjadi lebih berseri. Selepas 4 minggu penggunaan, kedutan dan garis halus berkurangan. Telah terbukti secara klinikal bahawa bio-cellulose mask dari selulosa bakteria membantu meningkatkan penghidratan kulit. Serat bio-cellulose mask yang nipis membolehkan bahan berfaedah seperti serum meresap jauh ke dalam kulit. Hasilnya, serum dari mask dapat diserap oleh kulit dengan lebih efisien.
Diana Ishak
Read more

Panduan memilih MASK mengikut keadaan kulit.


Dengan begitu banyaknya facial mask di pasaran, sukar untuk memilih jenis yang hendak digunakan. Memilih facial mask yang betul adalah penting terutamanya jika mengalami masalah kulit. Walaupun kulit bebas daripada masalah, penting untuk menggunakan facial mask yang sesuai dengan kulit.

Mask Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak kelihatan berkilat terutamanya selepas menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Kulit berminyak boleh berasa kasar, kerana pori-pori besar muncul pada pipi dan hidung. Bintik-bintik jerawat sering terjadi pada kulit berminyak. Solekan juga meresap ke dalam kulit dengan cepat.

Untuk kulit jenis berminyak, sebaiknya pilih facial mask berasaskan arang (charcoal), lumpur atau tanah liat. Jenis facial mask begitu membantu menghilangkan minyak berlebihan, serta mencegah bintik hitam.

Mask Untuk Kulit Kering

Kulit kering selalunya menyebabkan muka terasa tegang. Kadangkala berasa berpasir atau kasar. Kulit kering mudah menggelupas dalam cuaca sejuk, dan bertompok-tompok. Kulit boleh berdarah dan menjadi gatal.

Jika kulit jenis kering, cari facial mask yang membantu menghidrat kulit, seperti Bio Cellulose Mask GreenAard. Boleh juga memakai facial mask dengan elemen brightening kerana ia memperbaiki penampilan kulit kering dan kusam.

Mask Untuk Kulit Sensitif

Jika mempunyai kulit sensitif, kulit mudah bertindak balas terhadap produk tertentu. Kulit sensitif jadi cepat mengelupas dan mudah mendapat jerawat. Kulit sensitif juga mudah merasa pedih (burns) dan gatal-gatal akibat kerengsaan.

Untuk kulit jenis ini, gunakan facial mask yang boleh membantu menenangkan kulit supaya keradangan dapat dikurangkan. Bio Cellulose Mask merupakan facial mask yang menakung air dengan lebih lama, sesuai untuk kulit sensitif.

Mask Untuk Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi biasanya lebih kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian dahi, hidung dan dagu (T zone). Facial mask dan skin care yang betul boleh membantu mengawal pengeluaran minyak di zon T sambil mengekalkan muka terhidrat dan segar. Facial mask boleh mengecilkan liang muka dan menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dari zon T.

Untuk jenis kulit ini kami mengesyorkan menggunakan mask jenis peel-off yang direka khas untuk masalah zon T anda. Ini kerana, pipi biasanya lebih kering daripada bahagian muka yang lain. Peel off mask sesuai untuk masalah ini.

Diana Ishak
Read more

Hydrator vs Moisturizer: Apa perbezaannya?

 

Adakah air pelembap yang baik?

Air bukan bahan yang cukup kuat untuk menjaga kelembapan kulit. Sejurus selepas membasahkan wajah dengan air, ia akan tersejat bersama-sama minyak semulajadi kulit. Semakin kerap membasuh muka tanpa menggunakan pelembap atau hydrator, semakin besar potensi kulit menjadi kering.

 Moisturizer adalah bahan berasaskan minyak seperti minyak mineral dan minyak tumbuhan.  Moisturizer melindungi permukaan kulit dengan cara mencegah air dari keluar. Moisturizer juga menjadikan kulit terasa lebih licin dan kurang kering. 

Hydrator pula adalah bahan yang disebut humectants seperti gliserin dan asid hyaluronik. Hydrator menyerap air dari atmosfera dan mengekalkan air tersebut pada kulit.

Penting untuk memahami bahawa kedua-dua hydrator dan moisturizer berfungsi dengan sangat berbeza. Salah pilih boleh merosakkan kulit. Walaupun tujuan kedua-duanya sama iaitu untuk menjadikan kulit lebih terhidrat, but the game plan bergantung pada jenis kulit. 

Sekiranya kulit kering secara semula jadi SEPANJANG MASA dan cenderung mengelupas, ini adalah tanda-tanda bahawa kulit susah mengekalkan kelembapan. Untuk itu, perlu gunakan moisturizer untuk lock kelembapan. Bahan-bahan yang boleh dicuba adalah minyak tumbuhan seperti minyak jojoba dan minyak kelapa. 

Sekiranya kulit kering SEKALI SEKALA, cari serum yang mengandungi asid hyaluronik. Bahan-bahan yang boleh dicuba adalah asid hyaluronik, aloe vera, glycerin. Ini adalah senarai produk GreenAard yang mempunyai bahan-bahan moisturizer atau hydrator:

 Bahan  Moisturizer/Hydrator  Produk GreenAard
Hyaluronic acid Hydrator Gloei
Glycerin Hydrator Cleansing Gel, Bio Cellulose Mask, Makeup Remove
Aloe Vera  Hydrator Cleansing Gel & Makeup Remover
Lactic Acid Hydrator  Nil
Citric Acid  Hydrator Gloei
Coconut Oil Moisturizer Cleansing Gel
Nut Oil Moisturizer Makeup Remover
Shea Butter Moisturizer  Nil
Tea Tree Moisturizer Cleansing Gel & Bio Cellulose Mask

 

 Tidak ada salahnya menggunakan moisturizer dan hydrator sekaligus. Jika mahu gunakan kedua-duanya, guna hydrator terlebih dahulu, diikuti dengan moisturozer untuk lock kelembapan. 

Bio Cellulose Mask adalah produk GreenAard yang memiliki manfaat kedua-duanya. Di dalamnya ada serum untuk melembapkan kulit. Microfiber yang digunakan dalam mask ini juga mampu menahan air lebih lama bagi menghidratkan wajah.

Diana Ishak
Read more

Sejak work from home akibat PKP, jarang guna skin care. Jimat!"

JIMAT??

Wait.

Bangun tidur lewat, bebas dari solekan, rambut tak dirapikan dengan baik - telah menjadi norma baru dan mungkin akan berterusan sehingga beberapa bulan lagi. While it is okay to take a break from makeup, perkara yang TIDAK BOLEH dihentikan adalah penjagaan kulit. Penjagaan kulit mesti tetap diteruskan tanpa mengira lockdown.

Sekiranya ingin mengelakkan kerosakan kulit, jangan tinggalkan:
  • cuci muka.
  • guna srub sesekali.
  • guna mask seminggu sekali.
  • toner + moisturiser + sunscreen JANGAN TINGGAL!
Tidak keluar rumah atau tidak terdedah pada terik matahari tidak menjamin kulit kekal sihat atau bebas jerawat. Terdapat banyak faktor lain seperti pollution, perubahan suhu, dan juga kekurangan udara segar yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Perubahan dalam diet, aktiviti, dan udara juga dapat menyebabkan jerawat, kekeringan, dan reaksi kulit yang lain. Itulah sebabnya JANGAN BERHENTI menggunakan skin care.

Walaupun duduk dalam rumah, jika cahaya matahari boleh masuk, anda tetap perlu menggunakan sunscreen. Tingkap kaca bukan pelindung dari sinar UV. Sinar UV dapat menembusi kaca dan mempengaruhi kulit lantas menyebabkan kedutan, garis halus, dan kerosakan kulit yang lain. Selain dari sinar UV, cahaya biru (blue lights) juga membahayakan. Gelombang cahaya biru yang dipancarkan dari alat elektronik boleh merosakkan kulit anda. Jadi, perlu guna sunscreen tanpa mengira samada duduk di rumah atau luar.

Mask selalu dipandang sebagai optional skincare. Padahal mask memberi fungsi penghidratan yang jauh lebih tinggi dari moisturiser selain menyembuhkan kulit. The right ingredients membantu decongest pori-pori dan supply nutrien pada kulit. Jadi, jangan jimat-jimat sangat penggunaan skincare. Kosmetik boleh jimat, skincare jangan.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana GreenAard menghasilkan Bio-Cellulose Mask.

Untuk memahami apa itu bio-cellulose mask, pertama kita perlu memahami bio-cellulose. Teknologi bio-cellulose adalah teknologi paling maju untuk sheet mask. Sebilangan besar sheet mask yang dipasarkan hari ini diperbuat daripada pulpa kayu atau serat kasar. Mask sebegini dihasilkan secara besar-besaran (mass manufactured).

Bio-cellulose juga disebut sebagai bacteria cellulose. Serat semula jadi bio-cellulose adalah 1000 kali lebih tipis daripada rambut manusia, dengan diameter hanya 20 nanometer. Bio-cellulose mask yang GreenAard dihasilkan di persekitaran makmal yang terkawal - oleh strain bakteria Acetobacter Xylinum. Bakteria ini berfungsi seperti penenun kain. Ia menukar substrat organik termasuk gula, menjadi bebenang cellulose yang kemudiannya membuat lembaran kain (sheet mask).

Serat bio-cellulose empat kali lebih kuat daripada sheet mask berasaskan tumbuhan. Ia juga mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk menahan cecair. Bagaimana caranya kami membuat bio-cellulose mask?

Proses pembuatan bio-cellulose mask GreenAard melalui banyak tahap fermentasi. Teknik fermentasi menghabiskan banyak masa dan kos yang tinggi. Diperlukan sepuluh hari untuk bakteria tumbuh sebelum serat bio-cellulose dapat dihasilkan. Walaupun begitu, this extra effort sangat berbaloi dengan hasilnya. Our bio-cellulose mask lebih tebal dan lebih lama menakung air.

Tahap kristaliniti sangat tinggi dalam bio-cellulose. Ini bermaksud, dalam mask bio-cellulose, gentian mikro (serat) saling berkait dengan kuat. Serat yang terhasil sangat halus menjadikan mask melekap dengan lebih rapat ke liang kulit dan dapat menyalurkan bahan aktif (serum) masuk ke setiap bahagian kecil wajah.

Kelebihan GreenAard bio-cellulose mask itulah menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, bio-cellulose mask ini tidak mengering semasa digunakan. The transpiration rate hanya 32% dari sheet mask biasa. Ini memastikan pengguna memperoleh faedah optimum semasa menggunakan mask kami. GreenAard bio-cellulose mask bebas toksin kerana dihasilkan dalam persekitaran makmal. Memandangkan ia dihasilkan oleh bakteria, ia tidak mengandungi polimer kasar seperti hemiselulosa dan lignin seperti mask dari tumbuhan.
Diana Ishak
Read more

Tidur dengan Biomask GreenAard

Perkara yang paling disalah fahami mengenai facial mask adalah sukar untuk mendisiplinkan diri memakai facial mask. "Selalu terlupa pakai" adalah antara alasan biasa. Sedangkan facial mask adalah set penjagaan kulit yang paling senang diaplikasi, tak perlu waktu yang tertentu. Wanita Korea sering memakai facial mask. Kadangkala sehari 2 kali. Mereka pakai semasa menonton TV, membaca buku, atau menghadap laptop. Pakai mengikut keselesaan di rumah dengan cara tersendiri.

Bergantung pada masalah kulit, pilihlah facial mask yang mempunyai ramuan khusus untuk target kekeringan, kusam, atau jerawat. Sebahagian facial mask direka khusus untuk dipakai semalaman, sebagai contoh Bio Cellulose Mask GreenAard. Facial mask lain mungkin terlalu kering untuk dibiarkan sepanjang malam.

Tidur dengan menggunakan Bio Cellulose Mask (atau facial mask yang direka untuk dipakai semalaman), memberi manfaat kepada kulit. Facial mask GreenAard pada dasarnya sama dengan moisturiser kerana mengandungi banyak bahan aktif yang mempunyai fungsi yang sama. Serum dalam Bio Cellulose Mask mengandungi bahan aktif dari sumber glycolic dan haluronic acid yang mensasarkan masalah kulit, sementara bio cellulose itu sendiri adalah seperti air yang membentuk mask atau membantu fungsi bahan aktif.

Bahan-bahan dalam Bio Cellulose Mask menjadikannya sangat menghidrat. Komposisi serat bio cellulose yang sangat halus (microfiber) membuatkan bahan-bahan dalam mask mudah menyerap ke dalam kulit. Ini sangat bermanfaat untuk orang tua kerana kulit kehilangan kelembapan bila usia bertambah. Sel kulit mereplikasi dan diperbaharui sekitar 11pm-2pagi. Tidur pada waktu ini menjadikan proses pemulihan sel berlalu dengan optimum. Sekiranya facial mask dipakai sewaktu tidur, ini membantu sel ini melakukan replikasi dengan lebih baik (boleh apply night moisturiser kalau tak ada mask yang sesuai).

Bukan semua facial mask sesuai dipakai semalaman untuk jenis mask begitu, "longer is not necessarily better". Sheet mask biasa tidak melekap sebaik bio cellulose juga tidak menakung air sebaik bio cellulose. Akibatnya, mask begitu cepat kering. Sheet mask biasa tidak dapat disuntik dengan bahan aktif seperti penghidratan dan anti-penuaan (walaupun ia ditulis anti-aging mask). Sheet mask biasa yang dipakai melebihi 20 minit akan muka mula menyedut kelembapan dari kulit. Kalau anda guna facial mask biasa (sheet pulp atau clay mask), gunakan maksimum 20 minit. Dan jangan sekali-kali tidur dengannya.

 

Diana Ishak
Read more

Bahan tambahan yang perlu diberi perhatian ketika membeli facial mask.

Walaupun facial mask mengandungi banyak bahan bermanfaat, beberapa bahan boleh menyebabkan kerengsaan. Pastikan kenal sensitiviti kulit sendiri dan periksa senarai ramuan facial mask sebelum membeli, kerana yang bagus untuk ramai orang belum tentu bagus untuk kita. Orang yang mempunyai kulit sensitif seperti psoriasis perlu berhati-hati ketika menggunakan facial mask. Jangan gunakan terlalu banyak bahan yang boleh mengeringkan kulit kerana akan menyebabkan kulit menggelupas dengan lebih teruk.

Selalunya bahan penyebab adalah asid salisilik atau retinoid. Walaupun retinoid membantu mengurangkan garis halus dan kedutan dengan meningkatkan penghasilan kolagen, ia tidak sesuai untuk kulit psoriasis. Lagi satu bahan, kortikosteroid. Walaupun ia adalah ubat yang kerap diberikan kepada penderita eczema, penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan kulit menipis. Bayangkan jika bahan ini ada dalam facial mask. Lama-kelamaan kulit boleh rosak.

Sekiranya ingin membuat mask sendiri di rumah, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Jauhi apa-apa yang berasid seperti apple cider vinegar, lemon, dan jus limau kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan juga burns.
Walaupun mask sheet di pasaran ada campuran bahan-bahan itu, ia telah melalui proses extraction dan penapisan. Berbeza dengan DIY, mask akan jadi sangat berasid dan tak bagus untuk kulit. Meletakkan putih telur di wajah also a bad idea kerana boleh menyebabkan jangkitan terutama jika ada luka (open wound).

Seberapa kerap perlu memakai facial mask bergantung pada formula facial mask dan jenis kulit:
  • yang mempunyai kulit sensitif, cukup pakai seminggu sekali.
  • facial mask yang ada formula penghidratan (tanpa serum) boleh digunakan 3-4 kali seminggu.
  • facial mask dengan formula anti-penuaan hanya boleh digunakan seminggu sekali untuk mengelakkan kegatalan.
Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask penghidratan. Walaupun ia menghidrat (sepatutnya boleh guna 3-4 kali seminggu), mask kami mengandungi serum dengan formula anti-aging. Penggunaan dengan kerap akan mengeringkan kulit. Sebab itulah kami sediakan 4 keping dalam setiap kotak. Gunakan hanya sekali seminggu.


Diana Ishak
Read more

Adakah Kain Microfiber dan GreenAard Cellulose Mask menggunakan jenis fiber yang sama?

Oh! Ini adalah dua perkara yang SANGAT berbeza. Cellulose adalah molekul semula jadi yang dihasilkan secara semula jadi atau sintetik. Sedangkan, microfiber pada kain adalah dari bahan sintetik (plastik/poliester).

Walaupun kedua-duanya adalah MIKRO FIBER yang bermaksud serat halus, GREENAARD BIO CELLULOSE MASK dihasilkan oleh bakteria. Kebanyakkan cellulose dihasilkan dari tumbuhan.

Cellulose dari bakteria, mempunyai sifat yang berbeza dari cellulose tumbuhan kerana ia lebih kental/kuat dan lebih berupaya menahan air. Kerana strukturnya yang unik, bio cellulose telah diapplikasikan di bidang perubatan sebagai pembalut luka dan proses cantuman tulang.

Serat halus yang ada pada bio cellulose membolehkan ia melekat pada permukaan kulit dengan lebih rapat. Ini menjadikan bio cellulose salah satu bahan penting dalam proses penyembukan luka.

Konsep inilah yang digunakan pakai dalam GreenArd Bio Cellulose Mask. Disebabkan ia adalah dari jenis microfiber yang seratnya 1000 kali lebih halus dari rambut, menjadikan ia melekap dengan lebih rapat ke liang kulit. Serum pada mask dapat diserap dengan lebih baik hingga ke bahagian kulit yang dalam.

Ciri-ciri yang ada ini menjadikan GreenAard Bio Cellulose Mask mampu menyalurkan banyak bahan berkhasiat kepada kulit yang kering. Ia sangat berkesan, malah anda mungkin perlu guna beberapa keping sheetmask biasa untuk mencapai kesan yang sama dari satu mask bio cellulose GreenAard!

Cuba sekarang. 4 keping mask dalam satu kotak. Guna seminggu 1-2 kali selama 30 minit. Selepas mask ditanggalkan, tak perlu bilas. Sapukan lebihan serum pada mask ke seluruh muka dan leher dan biarkan ia kering dengan sendiri.

RM72/kotak
Whatsapp 012-7728976
Diana Ishak
Read more

Apakah Bio Cellulose Mask dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Pernah dengar bio-cellulose mask?

Well, chances are anda pernah dengar atau pernah guna tetapi tak tahu pun apa beza bio-cellulose mask dengan mask yang lain. Boleh jadi anda merasa bio-cellulose is just another sheet mask in the market.

Bio-cellulose adalah bahan semua jadi yang dihasilkan dari selulosa tumbuhan atau bakteria. Sheet mask selain bio-cellulose dihasilkan dari pulpa, jadi harganya jauh lebih murah kerana kosnya juga rendah. GreenAard Bio-Cellulose mask memilih untuk menghasilkan mask melalui kultur bakteria.

Bakteria bio-cellulose bukanlah penemuan baru. Ia telahpun digunakan di bidang perubatan untuk merawat luka terbakar, kerana bio-cellulose ada fungsi antibacterial effects.

Kerana fungsi antibacterial effects itulah, GreenAard memilih bacteria bio-cellulose untuk dijadikan mask, dan bukannya plant cellulose seperti kebanyakkan bio-cellulose mask di pasaran. Kami gunakan bio-cellulose bacteria ini kerana keupayaannya untuk merawat kulit sensitif.

Jangan risau dengan word BACTERIA itu. Bacteria bio-cellulose terkenal dengan kandungannya yang unik, biokompatibiliti, hidrofilik, tidak toksik, antimikrob dan hemostatik. Oleh kerana sifat-sifat unik inilah kosnya bacteria bio-cellulose di pasaran global secara beransur-ansur meningkat.

Salah satu sifat unik bio-cellulose adalah ia menempel pada kulit dengan erat. Ini kerana serat bio-cellulose adalah 1000 kali lebih halus dari rambut.

Kehalusan serat bio-cellulose membuatkan ia melekap rapat pada liang-liang kulit dan membolehkan bahan anti-bacteria di dalamnya diserap ke bahagian kulit paling dalam dengan lebih efisien.

GreenAard Bio-Cellulose Mask ditambah dengan serum yang mengandungi bahan-bahan untuk merawat kulit, terutamanya kulit kering. Jika anda ada masalah kulit, come and try our Bio-cellulose mask.

Diana Ishak
Read more

Penghasilan Bio-Cellulose dari Bakteria dan Kegunaannya dalam Mask

Selulosa bakteria yang dihasilkan oleh bakteria aerobik mempunyai sifat fisiokimia yang unik berbanding selulosa tumbuhan.

Walaupun tumbuhan adalah penyumbang utama selulosa, pelbagai bakteria juga mampu menghasilkan selulosa sebagai sumber alternatif.

Selulosa bakteria telah lama digunakan dalam pembuatan nata de coco, yang berfungsi sebagai kiub agar-agar. Nata de coco mempunyai sifat tekstur seperti permukaan yang kenyal, lembut dan licin.

Semasa penghasilan nata de coco, selulosa bakteria disintesis dalam kultur air kelapa. Air kelapa berfungsi sebagai sumber "makanan" untuk bakteria menghasilkan selulosa.

Oleh kerana struktur selulosa bakteria hanya terdiri daripada monomer glukosa, ia memberikan banyak sifat hebat seperti :

- struktur yang unik [kenyal]
- menakung air dengan banyak
- daya tahan
- kekuatan mekanikal

Atas sifat-sifat hebat inilah, bio-cellulose digunakan dalam penghasilan GreenAard Bio-Cellulose Mask. Mask menakung air dan serum dengan lebih lama. Walaupun selepas penggunaan 30 minit, mask tidak kering.

Struktur fiber bio-cellulose yang 100x lebih halus dari rambut membuatkan ia melekap dengan rapat pada lapisan kulit, membenarkan serum meresap dengan lebih mudah ke lapisan dalam kulit.


Diana Ishak
Read more
14 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart