Gunakan mask setiap hari adalah rahsia kulit cantik?
Di Korea, ada kaedah yang disebut "satu hari, satu pek". Di sana, hampir semua orang menggunakan sheet mask setiap hari. Tidak hairanlah sheet mask di Korea dijual dalam bentuk borong. Memakai sheet mask setiap hari adalah salah satu cara bagi mereka [Korean] untuk menjaga kulit supaya sentiasa lembut, berseri, dan bebas jerawat.
Pasti ada yang berkata "I can't imagine doing one sheet mask every day, let alone two. Buat facial seminggu sekali selama sebulan pun dah cukup meletihkan".
Memakai sheet mask setiap hari, tujuh hari seminggu nampaknya seperti akan merengsakan kulit. Actually, not necessarily yet kerana seseorang boleh memakai mask setiap hari, tetapi ada beberapa syarat. Syaratnya, kulit tidak berjerawat. Kenapa?
Kerana, dalam mask ada beberapa bahan aktif. Kulit yang sedang merengsa boleh menyebabkan pengelupasan jika menggunakan mask setiap hari. Kadang-kadang boleh memburukkan lagi jerawat kerana liang boleh tersumbat dan menyebabkan bakteria tumbuh di kulit. Sebagai ganti, gunakan mask hanya sekali seminggu. Bagaimana pula dengan kulit yang tidak mudah berjerawat?
Golongan ini boleh menggunakan sheet mask setiap hari kerana dapat membantu meningkatkan tahap penghidratan kulit. Bila kulit terhidrat, it helps push the ingredients into the skin ketika memakai serum atau krim muka. Sebahagian besar mask yang berada di pasaran diperbuat dari pulpa kayu atau serat kasar.
Bio Cellulose Mask GreenAard dihasilkan dari aktiviti bakteria dalam persekitaran makmal yang sangat terkawal. Aktiviti bacteria tadi menghasilkan 'lendir' yang dinamakan cellulose. Cellulose inilah yang menjadi mask untuk Bio Cellulose Mask GreenAard. Mask dari cellulose lebih lembut dan lebih lama menakung air membuatkan pemakai boleh memakai lebih dari 30 minit. Kebolehannya menakung air dengan lebih lama menjadikan serum dan bahan aktif boleh meresap dari mask ke dalam kulit wajah dengan lebih efektif.