Tidur dengan Biomask GreenAard

Perkara yang paling disalah fahami mengenai facial mask adalah sukar untuk mendisiplinkan diri memakai facial mask. "Selalu terlupa pakai" adalah antara alasan biasa. Sedangkan facial mask adalah set penjagaan kulit yang paling senang diaplikasi, tak perlu waktu yang tertentu. Wanita Korea sering memakai facial mask. Kadangkala sehari 2 kali. Mereka pakai semasa menonton TV, membaca buku, atau menghadap laptop. Pakai mengikut keselesaan di rumah dengan cara tersendiri.

Bergantung pada masalah kulit, pilihlah facial mask yang mempunyai ramuan khusus untuk target kekeringan, kusam, atau jerawat. Sebahagian facial mask direka khusus untuk dipakai semalaman, sebagai contoh Bio Cellulose Mask GreenAard. Facial mask lain mungkin terlalu kering untuk dibiarkan sepanjang malam.

Tidur dengan menggunakan Bio Cellulose Mask (atau facial mask yang direka untuk dipakai semalaman), memberi manfaat kepada kulit. Facial mask GreenAard pada dasarnya sama dengan moisturiser kerana mengandungi banyak bahan aktif yang mempunyai fungsi yang sama. Serum dalam Bio Cellulose Mask mengandungi bahan aktif dari sumber glycolic dan haluronic acid yang mensasarkan masalah kulit, sementara bio cellulose itu sendiri adalah seperti air yang membentuk mask atau membantu fungsi bahan aktif.

Bahan-bahan dalam Bio Cellulose Mask menjadikannya sangat menghidrat. Komposisi serat bio cellulose yang sangat halus (microfiber) membuatkan bahan-bahan dalam mask mudah menyerap ke dalam kulit. Ini sangat bermanfaat untuk orang tua kerana kulit kehilangan kelembapan bila usia bertambah. Sel kulit mereplikasi dan diperbaharui sekitar 11pm-2pagi. Tidur pada waktu ini menjadikan proses pemulihan sel berlalu dengan optimum. Sekiranya facial mask dipakai sewaktu tidur, ini membantu sel ini melakukan replikasi dengan lebih baik (boleh apply night moisturiser kalau tak ada mask yang sesuai).

Bukan semua facial mask sesuai dipakai semalaman untuk jenis mask begitu, "longer is not necessarily better". Sheet mask biasa tidak melekap sebaik bio cellulose juga tidak menakung air sebaik bio cellulose. Akibatnya, mask begitu cepat kering. Sheet mask biasa tidak dapat disuntik dengan bahan aktif seperti penghidratan dan anti-penuaan (walaupun ia ditulis anti-aging mask). Sheet mask biasa yang dipakai melebihi 20 minit akan muka mula menyedut kelembapan dari kulit. Kalau anda guna facial mask biasa (sheet pulp atau clay mask), gunakan maksimum 20 minit. Dan jangan sekali-kali tidur dengannya.

 

Diana Ishak
Read more

Bahan tambahan yang perlu diberi perhatian ketika membeli facial mask.

Walaupun facial mask mengandungi banyak bahan bermanfaat, beberapa bahan boleh menyebabkan kerengsaan. Pastikan kenal sensitiviti kulit sendiri dan periksa senarai ramuan facial mask sebelum membeli, kerana yang bagus untuk ramai orang belum tentu bagus untuk kita. Orang yang mempunyai kulit sensitif seperti psoriasis perlu berhati-hati ketika menggunakan facial mask. Jangan gunakan terlalu banyak bahan yang boleh mengeringkan kulit kerana akan menyebabkan kulit menggelupas dengan lebih teruk.

Selalunya bahan penyebab adalah asid salisilik atau retinoid. Walaupun retinoid membantu mengurangkan garis halus dan kedutan dengan meningkatkan penghasilan kolagen, ia tidak sesuai untuk kulit psoriasis. Lagi satu bahan, kortikosteroid. Walaupun ia adalah ubat yang kerap diberikan kepada penderita eczema, penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan kulit menipis. Bayangkan jika bahan ini ada dalam facial mask. Lama-kelamaan kulit boleh rosak.

Sekiranya ingin membuat mask sendiri di rumah, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Jauhi apa-apa yang berasid seperti apple cider vinegar, lemon, dan jus limau kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan juga burns.
Walaupun mask sheet di pasaran ada campuran bahan-bahan itu, ia telah melalui proses extraction dan penapisan. Berbeza dengan DIY, mask akan jadi sangat berasid dan tak bagus untuk kulit. Meletakkan putih telur di wajah also a bad idea kerana boleh menyebabkan jangkitan terutama jika ada luka (open wound).

Seberapa kerap perlu memakai facial mask bergantung pada formula facial mask dan jenis kulit:
  • yang mempunyai kulit sensitif, cukup pakai seminggu sekali.
  • facial mask yang ada formula penghidratan (tanpa serum) boleh digunakan 3-4 kali seminggu.
  • facial mask dengan formula anti-penuaan hanya boleh digunakan seminggu sekali untuk mengelakkan kegatalan.
Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask penghidratan. Walaupun ia menghidrat (sepatutnya boleh guna 3-4 kali seminggu), mask kami mengandungi serum dengan formula anti-aging. Penggunaan dengan kerap akan mengeringkan kulit. Sebab itulah kami sediakan 4 keping dalam setiap kotak. Gunakan hanya sekali seminggu.


Diana Ishak
Read more

Adakah Kain Microfiber dan GreenAard Cellulose Mask menggunakan jenis fiber yang sama?

Oh! Ini adalah dua perkara yang SANGAT berbeza. Cellulose adalah molekul semula jadi yang dihasilkan secara semula jadi atau sintetik. Sedangkan, microfiber pada kain adalah dari bahan sintetik (plastik/poliester).

Walaupun kedua-duanya adalah MIKRO FIBER yang bermaksud serat halus, GREENAARD BIO CELLULOSE MASK dihasilkan oleh bakteria. Kebanyakkan cellulose dihasilkan dari tumbuhan.

Cellulose dari bakteria, mempunyai sifat yang berbeza dari cellulose tumbuhan kerana ia lebih kental/kuat dan lebih berupaya menahan air. Kerana strukturnya yang unik, bio cellulose telah diapplikasikan di bidang perubatan sebagai pembalut luka dan proses cantuman tulang.

Serat halus yang ada pada bio cellulose membolehkan ia melekat pada permukaan kulit dengan lebih rapat. Ini menjadikan bio cellulose salah satu bahan penting dalam proses penyembukan luka.

Konsep inilah yang digunakan pakai dalam GreenArd Bio Cellulose Mask. Disebabkan ia adalah dari jenis microfiber yang seratnya 1000 kali lebih halus dari rambut, menjadikan ia melekap dengan lebih rapat ke liang kulit. Serum pada mask dapat diserap dengan lebih baik hingga ke bahagian kulit yang dalam.

Ciri-ciri yang ada ini menjadikan GreenAard Bio Cellulose Mask mampu menyalurkan banyak bahan berkhasiat kepada kulit yang kering. Ia sangat berkesan, malah anda mungkin perlu guna beberapa keping sheetmask biasa untuk mencapai kesan yang sama dari satu mask bio cellulose GreenAard!

Cuba sekarang. 4 keping mask dalam satu kotak. Guna seminggu 1-2 kali selama 30 minit. Selepas mask ditanggalkan, tak perlu bilas. Sapukan lebihan serum pada mask ke seluruh muka dan leher dan biarkan ia kering dengan sendiri.

RM72/kotak
Whatsapp 012-7728976
Diana Ishak
Read more

Apakah Bio Cellulose Mask dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Pernah dengar bio-cellulose mask?

Well, chances are anda pernah dengar atau pernah guna tetapi tak tahu pun apa beza bio-cellulose mask dengan mask yang lain. Boleh jadi anda merasa bio-cellulose is just another sheet mask in the market.

Bio-cellulose adalah bahan semua jadi yang dihasilkan dari selulosa tumbuhan atau bakteria. Sheet mask selain bio-cellulose dihasilkan dari pulpa, jadi harganya jauh lebih murah kerana kosnya juga rendah. GreenAard Bio-Cellulose mask memilih untuk menghasilkan mask melalui kultur bakteria.

Bakteria bio-cellulose bukanlah penemuan baru. Ia telahpun digunakan di bidang perubatan untuk merawat luka terbakar, kerana bio-cellulose ada fungsi antibacterial effects.

Kerana fungsi antibacterial effects itulah, GreenAard memilih bacteria bio-cellulose untuk dijadikan mask, dan bukannya plant cellulose seperti kebanyakkan bio-cellulose mask di pasaran. Kami gunakan bio-cellulose bacteria ini kerana keupayaannya untuk merawat kulit sensitif.

Jangan risau dengan word BACTERIA itu. Bacteria bio-cellulose terkenal dengan kandungannya yang unik, biokompatibiliti, hidrofilik, tidak toksik, antimikrob dan hemostatik. Oleh kerana sifat-sifat unik inilah kosnya bacteria bio-cellulose di pasaran global secara beransur-ansur meningkat.

Salah satu sifat unik bio-cellulose adalah ia menempel pada kulit dengan erat. Ini kerana serat bio-cellulose adalah 1000 kali lebih halus dari rambut.

Kehalusan serat bio-cellulose membuatkan ia melekap rapat pada liang-liang kulit dan membolehkan bahan anti-bacteria di dalamnya diserap ke bahagian kulit paling dalam dengan lebih efisien.

GreenAard Bio-Cellulose Mask ditambah dengan serum yang mengandungi bahan-bahan untuk merawat kulit, terutamanya kulit kering. Jika anda ada masalah kulit, come and try our Bio-cellulose mask.

Diana Ishak
Read more

Penghasilan Bio-Cellulose dari Bakteria dan Kegunaannya dalam Mask

Selulosa bakteria yang dihasilkan oleh bakteria aerobik mempunyai sifat fisiokimia yang unik berbanding selulosa tumbuhan.

Walaupun tumbuhan adalah penyumbang utama selulosa, pelbagai bakteria juga mampu menghasilkan selulosa sebagai sumber alternatif.

Selulosa bakteria telah lama digunakan dalam pembuatan nata de coco, yang berfungsi sebagai kiub agar-agar. Nata de coco mempunyai sifat tekstur seperti permukaan yang kenyal, lembut dan licin.

Semasa penghasilan nata de coco, selulosa bakteria disintesis dalam kultur air kelapa. Air kelapa berfungsi sebagai sumber "makanan" untuk bakteria menghasilkan selulosa.

Oleh kerana struktur selulosa bakteria hanya terdiri daripada monomer glukosa, ia memberikan banyak sifat hebat seperti :

- struktur yang unik [kenyal]
- menakung air dengan banyak
- daya tahan
- kekuatan mekanikal

Atas sifat-sifat hebat inilah, bio-cellulose digunakan dalam penghasilan GreenAard Bio-Cellulose Mask. Mask menakung air dan serum dengan lebih lama. Walaupun selepas penggunaan 30 minit, mask tidak kering.

Struktur fiber bio-cellulose yang 100x lebih halus dari rambut membuatkan ia melekap dengan rapat pada lapisan kulit, membenarkan serum meresap dengan lebih mudah ke lapisan dalam kulit.


Diana Ishak
Read more

Jangan biarkan MASK lama di muka sehingga kering

Mask membantu membersihkan (atau mencegah) jerawat. Mask datang dalam pelbagai jenis. Ada yang :

- membersihkan wajah
- melembapkan kulit
- menghilangkan sel kulit mati (exfoliate)
- mencerahkan kulit.

Just as there are many different kinds of masks for many different purposes, ada banyak cara yang berbeza untuk menggunakan mask. Teknik dan proses menggunakan mask isn’t one size fits all.

Kita TAK BOLEH memakai mask sehingga kering. Menunggu sehingga kering bermaksud mask dibiarkan lebih lama daripada yang sepatutnya. Contohnya, mask tanah liat (clay mask). Walaupun betul 'lebih keras' mask, lebih banyak sel kulit mati yang dapat dikeluarkan bila mask dikupas, tetapi for some skin ini boleh buatkan kulit jadi terlalu kering.

Bila mask dah capai tahap mengelupas (flaking), kulit boleh menjadi kering dan gatal. Ini sebenarnya tanda bahawa your natural skin barrier dah semakin berkurang.

Ada jenis mask untuk "purify". Mask jenis ni akan jadi bahaya kalau dibiarkan terlalu lama. Minyak semulajadi muka menyusut dan menjadikan kulit kering dan menggelupas. Kulit yang mengelupas invite more bacteria dan jerawat lebih cepat tumbuh. 

Ramai menganggap lebih lama memakai mask, lebih bagus untuk kulit. That’s not exactly true.

Peel-off mask juga tak boleh dipakai terlalu lama. You might think lebaih bagus membiarkannya hingga kering supaya dapat peel off dengan lebih mudah, but that’s not always the best idea.

Mask seperti gel seperti peel-off mask boleh kering seperti gam. Bulu pada wajah can get stuck pada gel dan tanggal/putus ketika kita menanggalkan mask. Ini boleh menyebabkan skin irritation dan berpotensi menjadi folikulitis.

Berbeza dengan mask yang menghidratkan kulit, kita tak perlu nak cepat-cepat tanggalkan. Memang tujuan mask ini untuk menambahkan kelembapan kulit tetapi pastikan mask adalah dari jenis yang menakung cecair. Mask yang diperbuatkan dari pulp sheet, walaupun menghidrat, ia masih tidak mampu menakung cecair dengan terlalu lama. Jika dipakai melebihi 30 minit, ia tetap akan mengering.

GreenAard Bio-Celulose mask adalah jenis mask yang menghidrat. Ia menakung air dengan lebih lama kerana mask ini bukanlah dari pulp sheet yang biasa tetapi dari bio-cellulose. Sifat bio-cellulose memang menakung air. Selepas 30 minit penggunaan pun mask masih lembap.

Kalau anda tak sure dengan mask apa yang perlu dipakai, the best thing is to follow the directions as closely as possible. Ini sangat penting kerana kita belum pasti bagaimana kulit akan bertindak balas.

Diana Ishak
Read more

Face mask apa yang terbaik untuk jenis kulit saya?

Face mask boleh memainkan peranan penting ketika kulit kering atau berminyak. But the question is, "Should you use one?". Jika ya, pada waktu bila perlu guna mask dan mask mana satu sesuai untuk keadaan semasa kulit. Kalau kulit kita tak ada masalah, maka face mask bukanlah bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit. Walau bagaimanapun, ia tetap berguna untuk maintain keadaan kulit supaya ia kekal optimum.

[1] Charcoal mask dan Clay mask

Bagus digunakan sekiranya ada masalah liang pori besar. Liang pori yang besar menjadi punca ia tersumbat dan muka jadi berminyak. Kedua-dua charcoal dan clay mask membantu membersihkan liang pori. Tetapi mask jenis ini boleh memberikan rasa 'ketat' pada wajah. Jangan guna dengan kerap dan guna dalam tempoh yang sekejap sahaja [kurang dari 30 minit].

[2] Overnight mask

Secara umumnya bertujuan untuk melembapkan wajah [bergantung pada formula]. Kalau kulit jenis kering, atau berminyak, atau kulit kombinasi, mask jenis ini dapat membantu kulit menahan kelembapan lebih lama. Tetapi bergantung juga pada tahap kekerimgan kulit. Ada kemungkinan perlu apply mosturiser selepas menggunakan mask ini.

[3] Brightening mask

Bertujuan untuk memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah [bukan lebih putih]. Maknanya, mask jenis ini menjadikan kulit kurang kusam.

Bio-cellulose Mask GreenAard adalah produk yang pada awalnya kami tidak berapa yakin akan mendapat sambutan. Walaupun kami amat yakin bio cellulose mask ini pasti memberikan positive result [kerana technology bio-cellulose sangat advance], harganya yang mahal mungkin akan membuatkan pengguna berfikir 2 kali sebelum membeli. Sangkaan kami meleset!

Ternyata pengguna GreenAard yang telah mencuba beberapa produk GreenAard yang lain sanggup mencuba bio-cellulose ini. Boleh jadi kerana berpuas hati dengan hasil produk-produk terdahulu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Nah! Bila dah cuba baru tahu keberkesanan bio cellulose mask GreenAard.

Untuk pengetahuan, mask ini bukan menggunakan mask sintetik seperti sheet mask biasa tetapi menggunakan bacteria cellulose. Gentian bacteria cellulose adalah 100 kali lebih halus dari sheet mask dari pulp tumbuhan. Kehalusan bacteria cellulose membuatkan mask ni lebih melekap pada kulit menjadikan bahan-bahan dari mask boleh diserap ke lapisan dermis kulit yang lebih dalam.

Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask jenis hydrating kerana ia memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan menjadikannya lebih cerah. Maknanya, mask jenis ini membantu merawat kulit kusam.

 

Diana Ishak
Read more
19 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart