Bahan tambahan yang perlu diberi perhatian ketika membeli facial mask.

Walaupun facial mask mengandungi banyak bahan bermanfaat, beberapa bahan boleh menyebabkan kerengsaan. Pastikan kenal sensitiviti kulit sendiri dan periksa senarai ramuan facial mask sebelum membeli, kerana yang bagus untuk ramai orang belum tentu bagus untuk kita. Orang yang mempunyai kulit sensitif seperti psoriasis perlu berhati-hati ketika menggunakan facial mask. Jangan gunakan terlalu banyak bahan yang boleh mengeringkan kulit kerana akan menyebabkan kulit menggelupas dengan lebih teruk.

Selalunya bahan penyebab adalah asid salisilik atau retinoid. Walaupun retinoid membantu mengurangkan garis halus dan kedutan dengan meningkatkan penghasilan kolagen, ia tidak sesuai untuk kulit psoriasis. Lagi satu bahan, kortikosteroid. Walaupun ia adalah ubat yang kerap diberikan kepada penderita eczema, penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan kulit menipis. Bayangkan jika bahan ini ada dalam facial mask. Lama-kelamaan kulit boleh rosak.

Sekiranya ingin membuat mask sendiri di rumah, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Jauhi apa-apa yang berasid seperti apple cider vinegar, lemon, dan jus limau kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan juga burns.
Walaupun mask sheet di pasaran ada campuran bahan-bahan itu, ia telah melalui proses extraction dan penapisan. Berbeza dengan DIY, mask akan jadi sangat berasid dan tak bagus untuk kulit. Meletakkan putih telur di wajah also a bad idea kerana boleh menyebabkan jangkitan terutama jika ada luka (open wound).

Seberapa kerap perlu memakai facial mask bergantung pada formula facial mask dan jenis kulit:
  • yang mempunyai kulit sensitif, cukup pakai seminggu sekali.
  • facial mask yang ada formula penghidratan (tanpa serum) boleh digunakan 3-4 kali seminggu.
  • facial mask dengan formula anti-penuaan hanya boleh digunakan seminggu sekali untuk mengelakkan kegatalan.
Bio Cellulose Mask GreenAard adalah mask penghidratan. Walaupun ia menghidrat (sepatutnya boleh guna 3-4 kali seminggu), mask kami mengandungi serum dengan formula anti-aging. Penggunaan dengan kerap akan mengeringkan kulit. Sebab itulah kami sediakan 4 keping dalam setiap kotak. Gunakan hanya sekali seminggu.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart