Tidur dengan Biomask GreenAard

Perkara yang paling disalah fahami mengenai facial mask adalah sukar untuk mendisiplinkan diri memakai facial mask. "Selalu terlupa pakai" adalah antara alasan biasa. Sedangkan facial mask adalah set penjagaan kulit yang paling senang diaplikasi, tak perlu waktu yang tertentu. Wanita Korea sering memakai facial mask. Kadangkala sehari 2 kali. Mereka pakai semasa menonton TV, membaca buku, atau menghadap laptop. Pakai mengikut keselesaan di rumah dengan cara tersendiri.

Bergantung pada masalah kulit, pilihlah facial mask yang mempunyai ramuan khusus untuk target kekeringan, kusam, atau jerawat. Sebahagian facial mask direka khusus untuk dipakai semalaman, sebagai contoh Bio Cellulose Mask GreenAard. Facial mask lain mungkin terlalu kering untuk dibiarkan sepanjang malam.

Tidur dengan menggunakan Bio Cellulose Mask (atau facial mask yang direka untuk dipakai semalaman), memberi manfaat kepada kulit. Facial mask GreenAard pada dasarnya sama dengan moisturiser kerana mengandungi banyak bahan aktif yang mempunyai fungsi yang sama. Serum dalam Bio Cellulose Mask mengandungi bahan aktif dari sumber glycolic dan haluronic acid yang mensasarkan masalah kulit, sementara bio cellulose itu sendiri adalah seperti air yang membentuk mask atau membantu fungsi bahan aktif.

Bahan-bahan dalam Bio Cellulose Mask menjadikannya sangat menghidrat. Komposisi serat bio cellulose yang sangat halus (microfiber) membuatkan bahan-bahan dalam mask mudah menyerap ke dalam kulit. Ini sangat bermanfaat untuk orang tua kerana kulit kehilangan kelembapan bila usia bertambah. Sel kulit mereplikasi dan diperbaharui sekitar 11pm-2pagi. Tidur pada waktu ini menjadikan proses pemulihan sel berlalu dengan optimum. Sekiranya facial mask dipakai sewaktu tidur, ini membantu sel ini melakukan replikasi dengan lebih baik (boleh apply night moisturiser kalau tak ada mask yang sesuai).

Bukan semua facial mask sesuai dipakai semalaman untuk jenis mask begitu, "longer is not necessarily better". Sheet mask biasa tidak melekap sebaik bio cellulose juga tidak menakung air sebaik bio cellulose. Akibatnya, mask begitu cepat kering. Sheet mask biasa tidak dapat disuntik dengan bahan aktif seperti penghidratan dan anti-penuaan (walaupun ia ditulis anti-aging mask). Sheet mask biasa yang dipakai melebihi 20 minit akan muka mula menyedut kelembapan dari kulit. Kalau anda guna facial mask biasa (sheet pulp atau clay mask), gunakan maksimum 20 minit. Dan jangan sekali-kali tidur dengannya.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart