Apakah Bio Cellulose Mask dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Pernah dengar bio-cellulose mask?
Well, chances are anda pernah dengar atau pernah guna tetapi tak tahu pun apa beza bio-cellulose mask dengan mask yang lain. Boleh jadi anda merasa bio-cellulose is just another sheet mask in the market.
Bio-cellulose adalah bahan semua jadi yang dihasilkan dari selulosa tumbuhan atau bakteria. Sheet mask selain bio-cellulose dihasilkan dari pulpa, jadi harganya jauh lebih murah kerana kosnya juga rendah. GreenAard Bio-Cellulose mask memilih untuk menghasilkan mask melalui kultur bakteria.
Bakteria bio-cellulose bukanlah penemuan baru. Ia telahpun digunakan di bidang perubatan untuk merawat luka terbakar, kerana bio-cellulose ada fungsi antibacterial effects.
Kerana fungsi antibacterial effects itulah, GreenAard memilih bacteria bio-cellulose untuk dijadikan mask, dan bukannya plant cellulose seperti kebanyakkan bio-cellulose mask di pasaran. Kami gunakan bio-cellulose bacteria ini kerana keupayaannya untuk merawat kulit sensitif.
Jangan risau dengan word BACTERIA itu. Bacteria bio-cellulose terkenal dengan kandungannya yang unik, biokompatibiliti, hidrofilik, tidak toksik, antimikrob dan hemostatik. Oleh kerana sifat-sifat unik inilah kosnya bacteria bio-cellulose di pasaran global secara beransur-ansur meningkat.
Salah satu sifat unik bio-cellulose adalah ia menempel pada kulit dengan erat. Ini kerana serat bio-cellulose adalah 1000 kali lebih halus dari rambut.
Kehalusan serat bio-cellulose membuatkan ia melekap rapat pada liang-liang kulit dan membolehkan bahan anti-bacteria di dalamnya diserap ke bahagian kulit paling dalam dengan lebih efisien.
GreenAard Bio-Cellulose Mask ditambah dengan serum yang mengandungi bahan-bahan untuk merawat kulit, terutamanya kulit kering. Jika anda ada masalah kulit, come and try our Bio-cellulose mask.