Penghasilan Bio-Cellulose dari Bakteria dan Kegunaannya dalam Mask

Selulosa bakteria yang dihasilkan oleh bakteria aerobik mempunyai sifat fisiokimia yang unik berbanding selulosa tumbuhan.

Walaupun tumbuhan adalah penyumbang utama selulosa, pelbagai bakteria juga mampu menghasilkan selulosa sebagai sumber alternatif.

Selulosa bakteria telah lama digunakan dalam pembuatan nata de coco, yang berfungsi sebagai kiub agar-agar. Nata de coco mempunyai sifat tekstur seperti permukaan yang kenyal, lembut dan licin.

Semasa penghasilan nata de coco, selulosa bakteria disintesis dalam kultur air kelapa. Air kelapa berfungsi sebagai sumber "makanan" untuk bakteria menghasilkan selulosa.

Oleh kerana struktur selulosa bakteria hanya terdiri daripada monomer glukosa, ia memberikan banyak sifat hebat seperti :

- struktur yang unik [kenyal]
- menakung air dengan banyak
- daya tahan
- kekuatan mekanikal

Atas sifat-sifat hebat inilah, bio-cellulose digunakan dalam penghasilan GreenAard Bio-Cellulose Mask. Mask menakung air dan serum dengan lebih lama. Walaupun selepas penggunaan 30 minit, mask tidak kering.

Struktur fiber bio-cellulose yang 100x lebih halus dari rambut membuatkan ia melekap dengan rapat pada lapisan kulit, membenarkan serum meresap dengan lebih mudah ke lapisan dalam kulit.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart