Hydrator vs Moisturizer: Apa perbezaannya?

 

Adakah air pelembap yang baik?

Air bukan bahan yang cukup kuat untuk menjaga kelembapan kulit. Sejurus selepas membasahkan wajah dengan air, ia akan tersejat bersama-sama minyak semulajadi kulit. Semakin kerap membasuh muka tanpa menggunakan pelembap atau hydrator, semakin besar potensi kulit menjadi kering.

 Moisturizer adalah bahan berasaskan minyak seperti minyak mineral dan minyak tumbuhan.  Moisturizer melindungi permukaan kulit dengan cara mencegah air dari keluar. Moisturizer juga menjadikan kulit terasa lebih licin dan kurang kering. 

Hydrator pula adalah bahan yang disebut humectants seperti gliserin dan asid hyaluronik. Hydrator menyerap air dari atmosfera dan mengekalkan air tersebut pada kulit.

Penting untuk memahami bahawa kedua-dua hydrator dan moisturizer berfungsi dengan sangat berbeza. Salah pilih boleh merosakkan kulit. Walaupun tujuan kedua-duanya sama iaitu untuk menjadikan kulit lebih terhidrat, but the game plan bergantung pada jenis kulit. 

Sekiranya kulit kering secara semula jadi SEPANJANG MASA dan cenderung mengelupas, ini adalah tanda-tanda bahawa kulit susah mengekalkan kelembapan. Untuk itu, perlu gunakan moisturizer untuk lock kelembapan. Bahan-bahan yang boleh dicuba adalah minyak tumbuhan seperti minyak jojoba dan minyak kelapa. 

Sekiranya kulit kering SEKALI SEKALA, cari serum yang mengandungi asid hyaluronik. Bahan-bahan yang boleh dicuba adalah asid hyaluronik, aloe vera, glycerin. Ini adalah senarai produk GreenAard yang mempunyai bahan-bahan moisturizer atau hydrator:

 Bahan  Moisturizer/Hydrator  Produk GreenAard
Hyaluronic acid Hydrator Gloei
Glycerin Hydrator Cleansing Gel, Bio Cellulose Mask, Makeup Remove
Aloe Vera  Hydrator Cleansing Gel & Makeup Remover
Lactic Acid Hydrator  Nil
Citric Acid  Hydrator Gloei
Coconut Oil Moisturizer Cleansing Gel
Nut Oil Moisturizer Makeup Remover
Shea Butter Moisturizer  Nil
Tea Tree Moisturizer Cleansing Gel & Bio Cellulose Mask

 

 Tidak ada salahnya menggunakan moisturizer dan hydrator sekaligus. Jika mahu gunakan kedua-duanya, guna hydrator terlebih dahulu, diikuti dengan moisturozer untuk lock kelembapan. 

Bio Cellulose Mask adalah produk GreenAard yang memiliki manfaat kedua-duanya. Di dalamnya ada serum untuk melembapkan kulit. Microfiber yang digunakan dalam mask ini juga mampu menahan air lebih lama bagi menghidratkan wajah.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart