Panduan memilih MASK mengikut keadaan kulit.
Dengan begitu banyaknya facial mask di pasaran, sukar untuk memilih jenis yang hendak digunakan. Memilih facial mask yang betul adalah penting terutamanya jika mengalami masalah kulit. Walaupun kulit bebas daripada masalah, penting untuk menggunakan facial mask yang sesuai dengan kulit.
Mask Untuk Kulit Berminyak
Kulit berminyak kelihatan berkilat terutamanya selepas menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Kulit berminyak boleh berasa kasar, kerana pori-pori besar muncul pada pipi dan hidung. Bintik-bintik jerawat sering terjadi pada kulit berminyak. Solekan juga meresap ke dalam kulit dengan cepat.
Untuk kulit jenis berminyak, sebaiknya pilih facial mask berasaskan arang (charcoal), lumpur atau tanah liat. Jenis facial mask begitu membantu menghilangkan minyak berlebihan, serta mencegah bintik hitam.
Mask Untuk Kulit Kering
Kulit kering selalunya menyebabkan muka terasa tegang. Kadangkala berasa berpasir atau kasar. Kulit kering mudah menggelupas dalam cuaca sejuk, dan bertompok-tompok. Kulit boleh berdarah dan menjadi gatal.
Jika kulit jenis kering, cari facial mask yang membantu menghidrat kulit, seperti Bio Cellulose Mask GreenAard. Boleh juga memakai facial mask dengan elemen brightening kerana ia memperbaiki penampilan kulit kering dan kusam.
Mask Untuk Kulit Sensitif
Jika mempunyai kulit sensitif, kulit mudah bertindak balas terhadap produk tertentu. Kulit sensitif jadi cepat mengelupas dan mudah mendapat jerawat. Kulit sensitif juga mudah merasa pedih (burns) dan gatal-gatal akibat kerengsaan.
Untuk kulit jenis ini, gunakan facial mask yang boleh membantu menenangkan kulit supaya keradangan dapat dikurangkan. Bio Cellulose Mask merupakan facial mask yang menakung air dengan lebih lama, sesuai untuk kulit sensitif.
Mask Untuk Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi biasanya lebih kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian dahi, hidung dan dagu (T zone). Facial mask dan skin care yang betul boleh membantu mengawal pengeluaran minyak di zon T sambil mengekalkan muka terhidrat dan segar. Facial mask boleh mengecilkan liang muka dan menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dari zon T.
Untuk jenis kulit ini kami mengesyorkan menggunakan mask jenis peel-off yang direka khas untuk masalah zon T anda. Ini kerana, pipi biasanya lebih kering daripada bahagian muka yang lain. Peel off mask sesuai untuk masalah ini.