Sejak work from home akibat PKP, jarang guna skin care. Jimat!"

JIMAT??

Wait.

Bangun tidur lewat, bebas dari solekan, rambut tak dirapikan dengan baik - telah menjadi norma baru dan mungkin akan berterusan sehingga beberapa bulan lagi. While it is okay to take a break from makeup, perkara yang TIDAK BOLEH dihentikan adalah penjagaan kulit. Penjagaan kulit mesti tetap diteruskan tanpa mengira lockdown.

Sekiranya ingin mengelakkan kerosakan kulit, jangan tinggalkan:
  • cuci muka.
  • guna srub sesekali.
  • guna mask seminggu sekali.
  • toner + moisturiser + sunscreen JANGAN TINGGAL!
Tidak keluar rumah atau tidak terdedah pada terik matahari tidak menjamin kulit kekal sihat atau bebas jerawat. Terdapat banyak faktor lain seperti pollution, perubahan suhu, dan juga kekurangan udara segar yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. Perubahan dalam diet, aktiviti, dan udara juga dapat menyebabkan jerawat, kekeringan, dan reaksi kulit yang lain. Itulah sebabnya JANGAN BERHENTI menggunakan skin care.

Walaupun duduk dalam rumah, jika cahaya matahari boleh masuk, anda tetap perlu menggunakan sunscreen. Tingkap kaca bukan pelindung dari sinar UV. Sinar UV dapat menembusi kaca dan mempengaruhi kulit lantas menyebabkan kedutan, garis halus, dan kerosakan kulit yang lain. Selain dari sinar UV, cahaya biru (blue lights) juga membahayakan. Gelombang cahaya biru yang dipancarkan dari alat elektronik boleh merosakkan kulit anda. Jadi, perlu guna sunscreen tanpa mengira samada duduk di rumah atau luar.

Mask selalu dipandang sebagai optional skincare. Padahal mask memberi fungsi penghidratan yang jauh lebih tinggi dari moisturiser selain menyembuhkan kulit. The right ingredients membantu decongest pori-pori dan supply nutrien pada kulit. Jadi, jangan jimat-jimat sangat penggunaan skincare. Kosmetik boleh jimat, skincare jangan.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart