Kelebihan GreenAard Bio-cellulose Mask Yang Tidak Ada Pada Mask Lain

Untuk memahami apa itu bio-cellulose mask, pertama sekali kita perlu memahami apa itu bio-cellulose. Teknologi bio-cellulose adalah teknologi paling maju untuk sheet mask. Sebilangan besar sheet mask yang dipasarkan hari ini diperbuat daripada pulpa kayu atau serat kasar. Mask sebegini dihasilkan secara besar-besaran (mass manufactured).

Bio-cellulose dihasilkan dari bacteria cellulose. Serat semula jadi bio-cellulose adalah 1000 kali lebih tipis daripada rambut manusia, dengan diameter hanya 20 nanometer. Bio-cellulose mask GreenAard dihasilkan di persekitaran makmal yang terkawal, oleh strain bakteria Acetobacter Xylinum. Bakteria ini menukar gula, menjadi bebenang cellulose yang kemudiannya membuat lembaran kain (sheet mask).

Serat bio-cellulose empat kali lebih kuat daripada mask yang berasaskan tumbuhan. Ia juga mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk menakung air. Sebab itulah mask GreenAard boleh bertahan lembab walau dipakai melebihi 30 minit. Bagaimana caranya GreenAard membuat bio-cellulose mask?

Proses pembuatan bio-cellulose mask kami melalui banyak tahap fermentasi. Teknik fermentasi memerlukan 10 hari untuk bakteria tumbuh sebelum serat bio-cellulose dapat dihasilkan. This extra effort sangat berbaloi dengan hasilnya, kerana menjadikan our mask lebih tebal dan lebih lama menakung air. Memandangkan ia dihasilkan oleh bakteria, ia tidak mengandungi polimer kasar seperti mask dari tumbuhan. 

Tahap kristaliniti sangat tinggi dalam bio-cellulose. Ini bermaksud, dalam mask bio-cellulose, gentian mikro (serat) saling bersambung dengan kuat. Serat yang terhasil sangat halus menjadikan mask kami melekap dengan lebih rapat ke liang kulit. Lekapan yang rapat dapat menyalurkan bahan aktif (serum) masuk ke setiap bahagian kulit wajah. Kelebihan itulah menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain itu, bio-cellulose mask kami tidak mengering semasa digunakan. The transpiration rate hanya 32% dari sheet mask biasa. Ini memastikan pengguna memperoleh faedah optimum semasa menggunakan mask kami. GreenAard bio-cellulose bebas toksin kerana dihasilkan dalam persekitaran makmal.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart