Penggunaan Facial Mask Secara Rutin Membantu Mengurangkan Penampilan Liang Pori
Jenis facial mask tertentu, seperti clay dan charcoal mask berkesan dalam mengurangkan saiz liang pori. Bahan-bahan ini berfungsi dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran dari pori-pori dan membuang sel-sel kulit mati. Bahan-bahan ini bersifat hidrofobik, bermakna ia menangkis air dan melekat pada minyak lantas senang untuk mengeluarkan kotoran dari liang. Apabila digunakan pada muka, mask menghalang udara daripada sampai ke kulit dan membantu memerangkap haba, yang kemudiannya membuka liang-liang.
Apabila mask kering, ia menegangkan kulit, dan meminimumkan penampilan liang-liang pori. Mask kemudian dibilas, sekali gus menanggalkan kekotoran dan menjadikan kulit berasa segar dan bersih. Walau bagaimanapun, kesan facial mask pada saiz liang mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis kulit individu. Sesetengah individu mungkin mengalami pengurangan saiz liang selepas menggunakan mask. Orang lain mungkin tidak melihat perubahan ketara.
Penting untuk memilih facial mask yang sesuai untuk jenis kulit masing-masing. Kami di GreenAard memilih BIO-CELLULOSE sebagai bahan utama mask. Kenapa?
Kerana bio cellulose sangat menyerap dan ultra nipis. Ini bermaksud ia melekat pada kulit dengan sangat rapat, membolehkan penyerapan maksimum serum ke dalam liang. Bio Mask GreenAard mengandungi serum. Semakin banyak serum dapat dipindahkan ke lapisan kulit dalam, lebih baik. Serat semulajadi bio cellulose menghasilkan struktur matriks 3D yang membolehkan penghantaran serum yang cekap ke kulit. Matriks ini juga membantu mengelupas kulit dengan lembut, menanggalkan sel kulit mati dan kekotoran yang menyumbat liang roma dan menyebabkan bintik hitam.
Penggunaan yang rutin (sekali seminggu), lama-kelamaan akan mengurangkan penampilan liang roma yang besar. Bio cellulose kami juga diselitkan degan bahan anti-radang dan anti-bakteria seperti estrak timun, daun teh dan mulberry untuk menenangkan kulit yang merengsa, mengurangkan kemerahan, dan mencegah jerawat. Apa yang jauh lebih penting untuk semua orang tahu, bio mask GreenAard menggunakan bio cellulose dari bakteria.
Kenapa kami memilih bakteria? Apa keistimewaannya?
Bio cellulose yang disintesis oleh bakteria sangat bagus untuk rawatan kulit kering dan bermasalah kerana ia bukan sahaja meningkatkan penghidratan kulit, tetapi mempunyai ketoksikan yang rendah. Ini sudah dibuktikan dalam jurnal National Library of Medicine 12 tahun yang lepas lagi. Bio cellulose dari bakteria bukanlah satu penemuan baharu dalam bidang perubatan, cuma kurang diperluaskan ke bidang kosmetik. Kelebihan bio cellulose dari bakteria adalah, hanya dengan single application, kelembapan kulit (moist) bertambah. Oleh kerana bio cellulose mampu menakung air dengan lebih lama, membuatkan anda boleh memakai mask ini lebih dari 30 minit. Ia tidak kering. Bio Mask GreenAard mengandungi 4 paket dalam setiap kotak. Gunakan seminggu sekali. Whatsapp 012-7728976.