Nutrijuice bukan sekadar untuk kolesterol.

1. KOLESTEROL, GOUT DAN EPAL

Jika nak turunkan tekanan darah dan kolesterol cubalah makan epal 2-3 biji sehari. Memang boleh membantu. Tapi jangan kupas kulitnya kerana kulit epal ada phenolics yang boleh turunkan kolesterol dengan cara menyerap kolesterol dengan lebih berkesan. Penyerapan ni membuatkan kolesterol kurang berkumpul dalam arteri.

Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk gout. Jika epal mengurangan kolesterol dalam badan maka ia juga boleh mengurangkan risiko gout juga. Kerana gout terjadi disebabkan pengambilan makanan yang tinggi asid urik seperti daging dan makanan laut. Pesakit gout dicadangkan untuk makan makanan yang rendah kandungan asid uric dan epal adalah yang terbaik kerana kandungan asid uric epal hanya 14 mg. Nak lagi bagus, minum cuka epal (apple cider) kerana ia membantu memecahkan asid uric dalam badan.

2. KOLESTEROL, GOUT DAN LEMON

Jadikan rutin setiap pagi – perah 2 biji lemon dalam air panas dan minum. Ini kerana flavonoid dalam jus lemon bertindak sebagai agen yang menurunkan paras kolesterol. Flavonoid juga memecahkan asid urik penyebab gout. Ramai penghidap gout minum jus lemon untuk cegah serangan gout. Ia bukan saja meningkatkan sistem penghadaman tapi mengurangkan haba dalam badan. Perasan tak sesetengah restoran akan hidangkan air kosong dengan hirisan lemon kalau cuaca terlalu panas? Itulah fungsinya, untuk membuang haba.

3. KOLESTEROL, GOUT DAN MADU

Dulu madu sering digunakan untuk merawat luka dan kesan terbakar. Madu bolehmengurangkan paras kolesterol juga. Tetapi sebelum tu pastikan berbincang dengan doktor tentang risiko kesihatan yang mungkin timbul sekiranya anda memilih untuk cuba rawatan lain selain dari ubat-ubatan doktor.

Boleh ambil 1-5 sudu besar madu dua atau tiga kali sehari untuk menurunkan kolesterol. Rawatan alternatif untuk gout dan artritis adalah dengan menggunakan madu dengan cara mencampurkannya dengan herba lain. Contohnya, kayu manis dengan madu atau cuka epal dengan madu yang dicampur dalam air panas. Mesti minum secara rutin baru dapat lihat hasilnya.

4. KOLESTEROL, GOUT DAN SAFFRON

Saffron adalah salah satu rempah paling mahal di dunia. Ia pernah dikaitkan dengan royalti di mana permaisuri akan menggunakan saffron dalam mandian untuk kecantikan kulit. Saffron juga digunakan dengan meluas untuk rawat gout sejak zaman dahulu. Bahan aktif dalam saffron adalah colchicine, yang memainkan peranan penting dalam merawat gout. Saffron juga ada bahan yang dinamakan crocetin yang berfungsi merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Cuma campurkan suku sudu kecil saffron dalam secawan susu dan minum setiap hari.

5. KOLESTEROL, GOUT DAN NUTRIJUICE

Nutrijuice mengandungi kesemua bahan di atas - madu, saffron, lemon dan ekstrak apple yang semuanya bagus untuk tujuan melegakan gout dan mengurangkan tahap kolesterol. Hanya perlu diambil 2 kali sehari, setiap pagi dan malam. Nak cuba?
 

Diana Ishak
Read more

Nafas dan badan yang berbau adalah isyarat kepada masalah penghadaman

 

Di zaman sekarang, zaman di mana tekanan hidup makin tinggi, ditambah lagi dengan lambakan makanan siap proses, ubat-ubatan, bahan kimia dalam bekalan makanan - ramai orang mengalami masalah penghadaman. Kebanyakan orang tahu bahawa kembung perut, sembelit dan pedih ulu hati adalah tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan usus. Tapi ada banyak lagi gejala lain yang menunjukkan sistem pencernaan bukan dalam keadaan baik. Dari kuku rapuh hingalah ke arthritis, berikut adalah beberapa petunjuk yang anda perlu hati-hati.

1. Nafas berbau

Kalau nafas berbau walau dah berapa banyak kali menggosok gigi atau spray mulut, mungkin itu antara petanda anda ada masalah penghadaman. Perhatikan apa jenis bau yang keluar dari mulut. Kalau berbau busuk, itu menunjukkan ada masalah buah pinggang. Manakala kalau bau buah (bau buah yang busuk), itu mungkin isyarat diabetis yang tak terkawal. 

Cuba ambil probiotik (Yakult pun boleh) untuk bantu badan mencerna makanan dengan lebih baik. Bau mulut yang busuk menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan bakteria dalam badan (lebih banyak bakateria jahat). 

2. Bau badan

Penghadaman yang bermasalah membuatkan usus mengeluarkan bahan kimia yang berbau yang kemudiannya bau itu diserap masuk semula ke dalam badan dan dikeluarkan kembali dalam bentuk peluh. Makanan yang tinggi kandungan protein (terutamanya daging) akan membuatkan badan berbau kerana ia susah untuk dicerna. Protein melalui proses pencernaan yang lebih lama. Dalam satu kajian, mereka yang kurang makan daging mempunya bau badan yang lebih baik dari mereka yang kerap makan daging.

Kalau selepas makan anda merasakan badan berpeluh dan berbau, itu menunjukkan tahap enzim pencernaan anda lebih rendah dari ideal. Cuba elakkan makan daging dan makanan berlemak. Boleh cuba GC Plus atau Nutrijuice kerana kandungan sia membantu pergerakan usus jadi lebih cepat. 

3. Penat selepas makan

Ok, yang ni boleh tahan ramai yang alaminya. Disebabkan ramai yang alami perkara yang sama, mereka sangkakan ini adalah normal, padahal tidak. Jika setiap kali selepas makan badan merasa letih dan mengantuk, itu menunjukkan sistem penghadaman anda sangat perlahan (lembab). Sistem penghadaman yang perlahan membuatkan badan 'menarik' tenaga yang banyak bagi mencerna makanan. Proses 'tarik' tenaga ini buatkan badan jadi letih walaupun baru selesai makan. Cubalah ambil makanan dalam portion yang kecil dan pastikan makanan adalah yang senang dihadam. Elakkan makanan berprotein tinggi kerana ia lebih lama nak dihadam, membuatkan anda semakin letih).

Satu lagi cara adalah, samada sebelum atau selepas makan, minum cuka epal dan air lemon kerana kedua-dua ini membantu mempercepatkan penghadaman. Boleh cuba ambil Nutrijuice kerana dalam Nutrijuice ada kedua-dua ekstrak epal dan lemon.

4. Kurang zat besi.

Kelesuan dan pucat adalah tanda-tanda kekurangan zat besi. Cuba berjumpa doktor untuk dapatkan mengesahan dan rawatan.

5. Kuku rapuh

Kuku yang rapuh adalah petunjuk bahawa badan kekurangan asid dalam perut untuk mencerna makanan dengan baik. Ini bermakna badan tidak mendapat nutrien seperti protein, kalsium dan zink. Asid yang kurang dalam perut membuatkan makanan yang masuk ke dalam badan tak dicerna dengan betul. Sebab itulah kuku menjadi rapuh (kalsium, zink dan protein penting untuk kuku dan rambut). Oh ya, kuku kaki yang tumbuh ke dalam tidak selalunya akibat memakai kasut yang ketat. Itu juga petanda masalah penghadaman.

6. Intoleransi terhadap makanan.

Intoleransi terhadap sesetengah jenis makanan juga merupakan salah satu tanda sistem penghadaman yang bermasalah. Contohnya, kanak-kanak yang tak toleran pada produk tenusu adalah kerana badan kekurangan enzim lactase. Kekurangan enzim ni buatkan badan tak dapat cerna makanan tenusu dengan baik (lactose intolerant). 

p/s : Alergi tak sama dengan intoleransi tau. Kes alergi selalunya lebih berat.

7. Susah nak kekalkan berat badan

Antara punca kenapa susah nak kekalkan berat badan adalah kerana ketidakupayaan usus untuk menyerap sepenuhnya nutrisi makanan. Bila nutrisi tak diserap sepenuhnya, apa yang kita makan sentiasa tak cukup untuk memenuhi 'permintaan' badan. Bila badan tak cukup zat, ia akan selalu 'meminta' lagi dan lagi dan lagi. Dan akhirnya kita akan sentiasa makan makan dan makan.

Kadang-kadang bukannya masalah usus tak berupaya mencerna, tetapi usus lambat bergerak. Usus yang lambat bergerak akan membuatkan badan menyimpan toksin dan gas, menyebabkan perut kembung. Dan kentut yang terlalu busuk juga adalah petanda ada masalah penghadaman kerana usus tak dapat hadam makanan dengan baik. Kalau ada masalah ini, cuba ambil GC Plus. GC Plus membantu pergerakan usus jadi lebih baik.

8. Pertumbuhan yis

Candida adalah sejenis yis yang wujud secara semula jadi dalam saluran usus. Walaupun kita perlu yis ini dalam saluran usus, ia boleh jadi masalah sekiranya yis mula 'ambil alih kuasa'. Bila usus lemah, asid perut juga jadi rendah. Ini membuatkan bakteria dan yis membiak dengan lebih banyak dan tak terkawal. Walaupun pada dasarnya yis baik untuk usus, jika terlampau banyak ia menimbulkan pelbagai masalah lain. 

 

 

Diana Ishak
Read more

Tanda-tanda pada kaki boleh jadi petanda kolesterol anda tinggi

Semua orang tahu kolesterol tinggi boleh buatkan saluran darah ke jantung tersumbat, tapi ia takkan berhenti setakat tu. Kolesterol boleh memberi kesan kepada kaki yang mengakibatkan penyakit arteri periferal, atau PAD. Selepas lima tahun, 20% daripada yang menghidapi PAD akan dapat serangan jantung. Check point-point di bawah, manalah tahu kalau-kalau anda ada tanda-tanda ini tanpa sedar. Lebih cepat korang kesan simptom-simptom pada kaki, lebih senang mencegah serangan jantung. 

Gejala PAD

Antara gejala PAD yang biasa adalah rasa tak selesa pada kaki. Tak selesa yang macamana? Bila anda buat senaman walaupun senaman ringan, akan tetap berasa sakit di bahagian kaki. Sakitnya mungkin dari peha, menjalar hingga ke tumit. Kaki terasa "berat". Kadangkala, anda terpaksa berhenti beberapa kali kerana kesakitan tadi. Pernah tak anda kerap berhenti berehat semasa berjalan kaki? Dan selalunya tempoh berhenti tu konsisten. Contohnya, berjalan 2 blok, berhenti. Sambung lagi berjalan 2 blok, terpaksa berhenti lagi. Orang yang ada PAD, kerap kejang (cramp) kaki sewaktu nak tidur/sedang tidur. Biasanya kejang di bahagian tumit, betis dan jari kaki. Kalau anda terkena kekejangan ni, selalunya kesakitan tu boleh lega dengan menjuntaikan kaki dari katil atau duduk di kerusi supaya tarikan graviti membantu aliran darah ke kaki.

Kuku berubah warna

Pernah terperasan kuku dan kulit pada kaki berubah warna? Kalau dulunya warna pink, tiba-tiba berubah jadi warna kusam pucat. Atau kuku jadi lebih tebal dari biasa? Atau bulu kaki gugur dengan banyak? Apabila saluran darah tersumbat oleh kolesterol, kaki tak menerima aliran darah yang normal. Kalau bulu kaki anda tebal, cuba perhati-perhatikan kalau-kalau bulu kaki itu makin susut (gugur). Ataupun, cuba cukur bulu kaki dan lihat berapa cepat dia tumbuh. Kalau dia tumbuh dengan sangat perlahan, mungkin anda ada PAD dan itu adalah antara tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan.

Sering sejuk pada kaki

Sering berasa sejuk pada kaki, ini juga petanda awal PAD. Tapi tak semestinya, sebab sejuk-sejuk pada kaki ni adalah perkara normal yang ada pada semua peringkat umur walaupun tak menghidap PAD. Tapi, kalau hanya sebelah kaki saja sejuk atau bahagian bawah kaki saja yang sejuk, ok, ini masanya untuk cepat jumpa doktor. Perhatikan juga pada bahagian betis. Kalau otot betis mengecil sebelah, itu menunjukkan anda ada atrofi, iaitu pengecutan otot betis akibat dari kurangnya aliran darah.  

Selain dari tu, perhatikan juga simptom-simptom ini :

  • Muncul kutil putih (biji-biji lemak) di bahagian bawah mata dan leher.
  • Kerap letih dan cepat mengantuk.
  • Sakit kaki dan sering kebas kaki.
  • Selalu rasa kembung perut.
  • Kerap sakit dada dan berdebar-debar dengan tak semena-mena.
  • Krem/kejang kaki di waktu malam.
  • Kuku menjadi lebih tebal dan lambat panjang.
  • Rasa tegang di bahagian tengkuk.

Nampak macam sakit biasa, kan? Dan selalunya kita ambil mudah "Alah, nanti urut dengan minyak panas, hilanglah sakit tu", "Tak cukup rehat agaknya ni. Dapat tidur sejam dua, segarlah balik".

Tapi, kalau dah hari-hari pun kerap letih, mesti ada something wrong, betul tak? Kini dah ada cara efektif, cepat serta lebih ekonomi untuk bebas masalah kolesterol tinggi dalam badan dengan Nutrijuice.

Diana Ishak
Read more

Taktik untuk turunkan paras kolesterol dengan cepat.

Tak perlu jadi macam kambing pun 24 jam kunyah daun. Senang sangat. Masih boleh makan makanan yang anda suka, tapi kena tahu caranya. Kalau serius nak turunkan kolesterol, ikuti taktik-taktik di bawah. Taktik ni jugak membantu anda kurangkan berat badan dan tingkatkan kesihatan jantung.

  • Pilih daging tanpa lemak dan ayam yang dibuang kulit. Daging batang pinang paling bagus.
  • Hadkan pengambilan sosej, burger dan salami kepada 1 kali seminggu saja.
  • Ambil jajan atau kekacang tanpa garam. Itupun jangan hari-hari tau.
  • Hadkan pengambilan ais krim kepada tidak lebih dari tiga kali seminggu.
  • Ambil yogurt, kastard dan pencuci mulut yang rendah lemak atau tiada lemak.
  • Buah mesti makan 2 kali sehari.
  • Setiap kali makan nasi, pastikan ada hidangan sayur. Tapi kalau nak makan lebih banyak sayur dari nasi lagi bagus.
  • Kalau nak makan roti, makan roti dari jenis bijirin penuh. Bukan roti putih.
  • Hadkan 1 kali saja seminggu untuk makan pizza/pie/burger/pasta berkrim.
  • Nak makan kek pun 1 kali saja seminggu.
  • Kurangkan pengambilan organ dalaman haiwan macam hati, jantung, limpa, paru.
  • 6 biji telur saja seminggu.
  • Gunakan marjerin yang ada extract bunga matahari atau minyak zaitun, bukannya mentega.
  • Gunakan minyak masak zaitun atau bijan.
  • Gunakan sos salad dan mayonis dari minyak canola, bunga matahari, kacang soya, zaitun, atau bijan.


Senang, kan?
Bukannya kena ikat perut itu ini tak boleh makan. Tapi kalau ada sesiapa yang rasa susah nak telan sayur dan malas nak kunyah buah 2 kali sehari, boleh dapatkan Nutrijuice dari kami. Nutrijuice ni ada campuran buah dan herba yang hi-fibre. Complete set! Tak payah risau kena makan sayur dan buah lagi. Dan terbukti mengurangkan kolesterol dalam masa 2 minggu.

Diet yang dipenuhi dengan burger, fries, nugget, pizza, cookies dan kerepek dah MEMANG CONFIRM meningkatkan tahap LDL (kolesterol jahat).

Sesetengah makanan seperti ikan juga tinggi kolesterol, tetapi dikira sebagai lemak yang sihat.

Makanan seperti keju, daging merah, mentega, dan kulit ayam jangan ambil lebih dari 5% diet harian anda.

Produk tenusu dan daging memang perlu dalam diet tapi jangan ambil secara berlebihan.

Gantikan lemak dan kolesterol yang tinggi makanan dengan sayur-sayuran , buah-buahan , biji-bijian dan kacang.

Bila masak ayam, buang kulitnya.

Ambil madu, zafaran, bawang putih dan delima setiap hari. Ia membantu membuka saluran darah dan meningkatkan aliran darah. 

Gemuk dan berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai tahap LDL (kolesterol jahat) yang tinggi. Kuruskan badan anda! 

Kolesterol yang tinggi boleh membawa kepada tekanan darah tinggi, penyakit jantung , kencing manis, dan strok.

Diana Ishak
Read more

Apa yang mempengaruhi tahap kolesterol dalam badan?

Kolesterol adalah sesuatu yang tak nampak dengan mata kasar. Ia boleh hadir dengan banyak sekali dalam badan sesiapa pun, tak kira orang tu gemuk atau kurus. Walaupun kandungan kolesterol dalam badan dah terlalu banyak, masih tak ada simptom-simptom sakit yang jelas, yang boleh dirasa atau dilihat. Disebabkan itulah, tak ramai yang ambil berat tentang tahap kolesterol dalam badan.

Hampir 99% serangan jantung yang datang secara tiba-tiba adalah berpunca dari kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan, sehinggakan ia menutup saluran arteri jantung. Ada banyak perkara yang boleh memberi kesan kepada paras kolesterol. Ini ada antara yang utama:

Diet

Lemak tepu dan kolesterol dalam makanan yang anda makan akan menaikkan paras kolesterol dalam darah. Mengurangkan jumlah lemak tepu dan kolesterol dalam diet anda membantu menurunkan paras kolesterol.

 

Berat badan

Berat badan berlebihan adalah faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia juga cenderung untuk meningkatkan kolesterol anda. Kehilangan berat badan boleh membantu menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan jumlah paras kolesterol, serta meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan tahap trigliserida anda.

Aktiviti fizikal

Tidak kerap bersenam juga adalah satu faktor risiko untuk penyakit jantung. Aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu merendahkan kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan paras HDL (baik).

Umur dan jantina

Sebagai meningkat usia, tahap kolesterol pun meningkat. Ini memang tak dapat dielakkan tapi kita masih boleh mengurangkan risiko strok dan serangan jantung dengan pengambilan diet yang sihat. Sebelum menopause, wanita mempunyai jumlah paras kolesterol yang lebih rendah daripada lelaki pada usia yang sama. Selepas umur menopaus, paras LDL (jahat) wanita cenderung untuk meningkat. 

 

Diana Ishak
Read more

Tanda-tanda yang muncul pada wajah ada kaitan dengan penyakit selain masalah kulit.

Selalunya, bila tanda-tanda 'pelik' timbul kat muka, kita selalu kaitkan dengan masalah kulit. Tapi, tak semuanya berkisar tentang kulit saja. Tak semua yang timbul kat muka tu boleh dirawat dengan skin care dan kolagen, sedangkan ia mungkin melibatkan kesihatan dalaman. Dari wajah saja dah boleh tau apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam tubuh badan. 


Garisan mendatar di dahi
Adalah berpadanan dengan usus dan kolon. Ia menunjukkan masalah penghadaman, pengambilan cecair, gula dan lemak yang berlebihan.

Garis menegak di antara kedua belah mata.
Adalah berpadanan dengan hati atau limpa yang lemah.

Lingkaran sekitar iris mata.
Kolesterol tinggi dalam darah.

Crow’s feet.
Akibat limpa atau hati yang lemah dan penglihatan yang terjejas.

Lingkaran hitam di bawah mata.
Adalah berpadanan dengan buah pinggang. Menunjukkan water retention.

Merah di hujung hidung.
Jantung yang berkerja terlalu kuat.

Alur menegak yang dalam di kedua-dua belah mulut.
Menunjukkan kelemahan dalam sistem pembiakan.

Bintik pada bibir.
Bintik berwarna putih : kolon yang dijangkiti parasite.
Bintik berwarna biru keunguan : pencernaan yang lemah, sembelit.

Garis rahang yang tak sekata.
TMJ disease (Temporomandibular joint)

Double chin.
Fungsi tiroid yang lemah.

Diana Ishak
Read more
30 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart