Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Middellyf Shaping Brief?

Middellyf Shaping Brief adalah PEMBENTUK BADAN yang dapat mengubah penampilan seseorang secara drastik dalam sekelip mata. Perut yang berlipat, punggung berselulit atau paha besar "hilang sekejapan".

Oleh itu dari segi definisi, Middellyf Shaping Brief adalah pakaian yang memberi ilusi badan yang lebih rata dan lebih ramping. Middellyf Shaping Brief datang dengan besi untuk menghalangnya dari melorot ke bawah bila dipakai.

Satu fakta yang jelas mengenai Middellyf Shaping Brief adalah ia DIJAMIN memberi pemakai penampilan yang lebih langsing buat sementara waktu (temporary).

Tertanya-tanya bagaimana Middellyf Shaping Brief berfungsi? Well the science behind Middellyf Shaping Brief adalah ia memindahkan lemak ke ruang di mana otot dimampatkan. Lemak diratakan ke kawasan yang lebih dikehendaki dan bukan hanya duduk di bahagian tengah badan sahaja.

Manfaat utama memakai Middellyf Shaping Brief adalah: 

  • Ia memberikan sosok yang lebih langsing.
  • It helps build up the first impression dengan memberi penampilan yang lebih baik.
  • Kualiti fabrik yang digunakan menjadikannya hampir tidak kelihatan di bawah pakaian.

Benar, Middellyf Shaping Brief tidak membantu anda menjadi kurus. Bahkan tidak ada satu pun pakaian yang boleh membuatkan badan kurus dengan nyata. Tujuan Middellyf Shaping Brief adalah "mengecilkan" bahagian-bahagian badan dengan cara meratakan lemak. It helps you slip into your favourite jeans!

Let’s face it, mungkin sekarang anda sedang berdiet untuk kelihatan lebih langsing. Ini memerlukan beberapa bulan disiplin dan sacrifices. Mungkin tinggal beberapa inci atau beberapa kilogram dari berat sasaran. Jadi di antara waktu ini Middellyf Shaping Brief membantu anda terlihat lebih cantik dengan pakaian yang anda pakai. Ini adalah penyelesaian sementara tetapi hasilnya terbaik.

Middellyf Shaping Brief tidak membentuk atau mengubah badan secara kekal. Tidak seperti korset, Middellyf Shaping Brief tidak menyebabkan organ dalaman berubah kedudukan (akibat terlalu ketat). NO, Middellyf Shaping Brief tidak dirancang untuk mengubah dimensi badan.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana nak guna Middellyf Postpartum Belt.

Pastikan pilih size yang betul.

Memilih ukuran yang tepat sangat penting untuk mendapatkan hasil terbaik dari Middellyf Postpartum Belt. Ambil pita pengukur dan ukur diameter pinggang di sekitar pinggang-perut anda. Sila rujuk Carta Saiz Middellyf Postpartum Belt untuk memilih size yang sesuai dengan ukuran anda.

Gunakan tali di sisi (sidebands) untuk mengubah keketatan. Sidebands bertujuan untuk memastikan postpartum belt lebih ketat dan dari penggunaan pertama. Middellyf Postpartum Belt direka untuk menambahkan ketat tetapi pada masa yang sama tidak menyekat pergerakan anda. Dengan penggunaan yang betul dan rutin, Diastastasis Recti boleh dipulihkan. 

Beralih ke saiz yang lebih kecil setelah mula langsing. Anda boleh terus Middellyf Postpartum Belt sekarang walaupun sudah semakin langsing. Walau bagaimanapun, lebih baik beralih ke saiz yang lebih kecil untuk meraih mendapatkan manfaat sidebands yang lebih ketat. Middellyf Postpartum Belt ada dalam 4 saiz yang berbeza. Sangat disarankan untuk mengukur pinggang secara berkala dan track ukuran anda.

Bilakah boleh mula menggunakan Middellyf Postpartum Belt? Boleh mula menggunakan Middellyf Postpartum Belt setelah anda bersalin. Untuk mendapatkan manfaat maksimum, kami sarankan memakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Middellyf Postpartum Belt BUKAN MAGIC BELT. Sangat penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat ketika berpantang bersama Middellyf Postpartum Belt. Ini bukan produk untuk menurunkan berat badan tetapi produk yang membantu anda merasa selesa ketika berpantang.

Tidak seperti korset biasa, Middellyf Postpartum Belt direka khas untuk Diastasis Recti. Ia dicipta untuk digunakan oleh wanita yang sedang berpantang dan baru bersalin samada secara vagina atau C-section. Struktur velcro di depannya lembut tetapi kukuh. Mesra penyusuan (breastfeeding friendly) dan anda boleh menggunakan Middellyf Postpartum Belt sepanjang hari tanpa merasa terkekang.

Diana Ishak
Read more

Apa beza Middellyf dengan Korset

Middellyf BUKAN korset. Middellyf bertujuan untuk menonjolkan garis badan (di bawah pakaian) dan bukannya mengubah dimensinya. Middellyf memberi hasil sementara, sementara korset mengubah bentuk badan secara kekal. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Middellyf mahupun korset tidak membantu menurunkan berat badan secara lansung. Walaupun ramai celebriti dan influencer mempromosikan korset boleh menurunkan berat badan, hakikatnya ia tidak berlaku semudah itu.

Jika anda menganggap Middellyf adalah korset, anda salah. Korset dan Middellyf ada perbezaan yang besar iaitu korset dipakai secara rutin bahkan lebih ketat dari masa ke masa. Sebab itu korset ada cangkuk (hook). Middellyf tidak perlu dipakai secara rutin. Anda boleh memilih untuk memakai Middellyf ketika mahu keluar rumah sahaja. Fabrik Middellyf juga memeri, tidak seperti korset yang lebih keras. Ini kerana Middellyf berfungsi untuk meratakan kawasan sasaran yang berlemak supaya bonjolan lemak tidak kelihatan, bukannya mengubah bentuk badan secara kekal.

Pemakaian korset boleh mendatangkan keburukan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana perut pemakai ditekan akibat korset yang ketat, secara otomatik pemakai akan kurang makan, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan. Tetapi ia juga boleh menyebabkan gejala pencernaan seperti irritable bowel syndrome. Pemakaian korset yang ketat juga mencetuskan pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku apabila asid dari perut mengalir dari perut ke esofagus, menyebabkan kerengsaan (irritation).

Akibat dari korset yang ketat, badan cenderung berpeluh. Peluh yang terperap terlalu lama menyebabkan kelembapan pada kulit. Ini boleh menyebabkan kerengsaan, ruam dan jangkitan bakteria dan yis. Akibatnya kulit gatal-gatal dan kemerahan. Terdapat banyak organ penting di bahagian tengah badan, termasuk hati, ginjal, dan pundi kencing. Pemakaian korset yang rutin menekan organ-organ tersebut. Organ mungkin beralih posisi atau berlaku pengurangan aliran darah, yang dapat mempengaruhi fungsi mereka. Sekiranya berterusan untuk jangka masa panjang, kerosakan ini mungkin kekal.

Sebaliknya, Middellyf menggunakan teknologi 3D cutting berdasarkan prinsip ergonomik yang membentuk badan sesuai dengan struktur tubuh manusia. Middellyf mengatur distribution of lemak badan untuk membentuk lekukan yang lebih cantik ketika dipakai tanpa mengubah dimensi badan.

Middellyf memberikan effect serta-merta pada perut, pinggang, pinggul, dan paha ketika dipakai. Ia terbuat dari kain elastik (memeri), tidak terlalu ketat, yang dipotong sesuai dengan lekukan tubuh manusia agar sesuai dengan kulit. Kami syorkan Middellyf dipakai tidak lebih dari 8 jam sehari. Untuk long-lasting, sila rujuk cara penjagaan Middellyf pada label.

Diana Ishak
Read more

"Boleh saya pakai Middellyf Shaping Brief semasa bersenam?"

Middellyf Shaping Brief adalah BODY SHAPER yang memberikan ilusi bentuk badan yang lebih slim, meratakan perut dan menyerlah bentuk pinggang. Middellyf Shaping Brief tidak terlalu ketat jika dibandingkan dengan korset. Ini kerana fabrik Middellyf Shaping Brief adalah memeri dan breathable serta rekaannya tidak membataskan pergerakan pemakai.

Tetapi jika dibandingkan dengan pakaian harian, Middellyf Shaping Brief sememangnya lebih ketat. Ini wajar kerana tujuan Middellyf Shaping Brief adalah untuk meratakan bahagian perut. Oleh kerana Middellyf Shaping Brief sedikit ketat, memakainya ketika bersenam akan membakar lebih banyak kalori kerana tekanan yang meningkat pada badan.

Walau bagaimanapun, kami tidak mencadangkan anda memakainya ketika bersenam/berolahraga kerana ia boleh membahayakan lebih daripada memberi kebaikan. Ini kerana Middellyf Shaping Brief memampatkan perut. Bersenam meningkatkan kadar pernafasan, dan jika anda tidak dapat bernafas dengan berkesan, anda akan merasa letih lebih cepat daripada biasa.

Apabila bersenam dengan pernafasan yang kurang berkesan, senaman menjadi kurang produktif. Ini membuatkan sedikit sahaja kalori dapat dibakar. Not worth it. Semasa melakukan senaman yang intensif, badan memerlukan oksigen yang mencukupi. Tanpanya, anda boleh merasa pening dan lemah. Memakai Middellyf Shaping Brief adalah baik jika tidak berhasrat bersenam.

Tetapi kami tahu ada yang telahpun memakai Middellyf Shaping Brief ketika berjogging kerana membuatkan badan lebih cepat berpeluh. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing dalam menjaga diri.


Diana Ishak
Read more

Berbengkung selepas bersalin.

Berbengkung selepas bersalin telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun dahulu oleh ramai orang dari pelbagai budaya. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan pembengkakan, mengencangkan otot-otot yang meregang dan memberi punggung sokongan untuk membantu mengurangkan rasa sakit.

Selepas melahirkan, keseimbangan badan berubah kerana perut masih dalam keadaan hamil seperti bulan keempat-kelima. Beberapa hospital di USA masih mengamalkan berbengkung (wrapping) sejurus selepas kelahiran sebelum ibu meninggalkan hospital.

Ada beberapa jenis bengkung yang boleh dicuba:
  • Bengkung tradisinal - fabrik kain cotton sepanjang 9-12 meter yang dililit di sekeliling perut.
  • Korset - Tidak digalakkan kerana ia sangat ketat dan memberi tekanan yang terlalu tinggi pada pinggul dan organ di rongga perut selain fabrik yang digunakan lebih keras.
  • Bengkung tali pinggang - Biasanya mempunyai Velcro yang membolehkan pemakai menyesuaikan tekanan pada perut.
Middellyf Postpartum Belt adalah jenis Bengkung Tali Pinggang. Velcro memudahkan pemakai untuk melaraskan ketat-longgar tali pinggang. Fabrik yang diguanakan adalah medical grade. Kajian saintifik penggunaan bengkung menunjukkan pemakaian selama 1-6 minggu selepas bersalin memberi kekuatan intra-perut dan penurunan diastasis recti pada mingu ke-enam.

Diastasis recti adalah keadaan di mana otot perut terpisah. Diastasis recti sangat biasa berlaku semasa dan selepas kehamilan. Ia berlaku kerana rahim meregangkan otot di perut untuk menampung bayi yang sedang membesar. 60% wanita mengalami diastasis rekti semasa mengandung atau selepas bersalin. Keadaan ini tidak terhad kepada kehamilan. Sesiapa sahaja, termasuk bayi dan lelaki boleh mendapat diastasis rekti.

Dalam beberapa kes, ia boleh disebabkan oleh mengangkat benda berat, atau salah posisi ketika melakukan kerja berat, atau melakukan abdominal exercises yang berlebihan atau tidak selamat. Ini bermakna penggunaan Middellyf Postpartum Belt tidak hanya terhad kepada ibu yang baru bersalin sahaja.
Diana Ishak
Read more

Belum ada Middellyf Shaping Brief?

Getting in shape has always been a fanciful thought for many people. Antara yang paling biasa termasuklah menghabiskan berjam-jam di gym dan melakukan diet ketat.

Diet dan senaman adalah bagus malah sangat digalakkan kerana memiliki badan yang overweight memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.

Adakalanya anda memerlukan beberapa bulan sahaja lagi untuk sampai ke berat badan ideal tetapi anda perlu menghadiri satu majlis yang istimewa minggu hadapan. Alangkah bagusnya jika majlis tersebut ditangguh ke beberapa bulan akan datang supaya anda dapat menyarung pakaian terbaik anda.

Itulah sebabnya kenapa anda wajib ada Middellyf Shaping Brief, sekurang-kurangnya sehelai, untuk dipakai pada waktu-waktu penting dan istimewa.

Middellyf Shaping Brief dibuat dengan Spandex/Cotton yang merupakan bahan kukuh dan kuat yang enhances your natural beauty. Ia sangat effective dalam meratakan lemak-lemak berlebihan pada perut dan paha, mudah dipakai and totally discreet.

Ia juga sangat selesa dan boleh dipakai sepanjang hari (jika mahu) kerana ia bukanlah seperti korset yang mengubah dimensi badan dengan cara menekan bahagian-bahagian tertentu dengan kuat. Walau ia selesa, kami cadangkan pakai Middellyf Shaping Brief selama 8-12 jam sahaja.

Middellyf Shaping Brief dipakai di bawah pakaian. Ini akan membentuk hourglass curve pada pinggang yang menghilangkan "muffin top" and lebihan lemak di sisi pinggang.

Ia tidak akan menurunkan berat badan, tetapi memberikan imej kurus yang sementara (temporary). Sekurang-kurangnya ia mengurangkan beberapa inci ukuran perut dan pinggang so you can fit in your favourite jeans!

Our Middellyf Shaping Brief can be worn on a daily basis, walaupun ketika bersenam. Kebolehannya untuk menutup sisi "lemah" pada badan membantu menambahkan keyakinan diri.

Diana Ishak
Read more

Middellyf Postpartum Belt

Ramai ibu-ibu yang sedang hamil dan berpantang bertanya samada mereka boleh memakai Middellyf Shaping Brief selepas melahirkan nanti. Well, it 's up to you. To some, maybe agak menyusahkan ketika menyarung dan menanggalkannya. Tahu sajalah, baru lepas bersalin dan sedang berpantang - pergerakan terhad.

Yes, we hear you! Kami perkenalkan lineup terbaru GreenAard iaitu MIDDELLYF POSTPARTUM BELT, khas untuk wanita yang baru melahirkan.

"Adakah Middellyf Postpartum Belt sejenis korset"?

Walaupun ia kelihatan seakan-akan sama, tapi tidak. Middellyf Postpartum Belt BUKAN korset. Ia hanya menyokong kulit yang longgar dan otot perut pada beberapa minggu pertama selepas bersalin. Middellyf Postpartum Belt menyokong perut dengan baik. Secara psikologi ia membantu wanita berasa lebih baik kerana perut tidak terasa begitu longgar (terbuai-buai). Tetapi Middellyf Postpartum Belt tidak mengecutkan rahim dengan lebih cepat atau meningkatkan aliran darah ke bahagian caesar. Malah, satu penipuan jika kami katakan ia mampu melakukan itu.

Secara peribadi kami tidak merasakan mana-mana korset mahupun Middellyf Postpartum Belt boleh menjalankan fungsi mengecutkan rahim. Ia hanya sehelai supportive wrap yang membantu pemakai berasa lebih selesa. Satu lagi perbezaan di antara Middellyf Postpartum Belt dengan korset mahupun waist trainer yang lain adalah fabrik yang digunakan. Middellyf Postpartum Belt menggunakan bahan polyester-spandex yang breatheable manakala kebanyakkan korset diperbuat daripada latex atau fabrik agak keras/kejung yang mendorong kesan termal (berpeluh).

Middellyf Postpartum Belt menerapkan trapezium design di bahagian belakang untuk mengurangkan tekanan dan menjadikannya lebih selesa dipakai. Sekiranya mahu mendapatkan keselesaan pada perut serta kesan pelangsingan sementara, cubalah Middellyf Postpartum Belt. Tetapi jika mahukan a totally optional postpartum undergarment, boleh consider Middellyf Shaping Brief sekali. Selain meratakan bahagian perut, Middellyf Shaping Brief menambahkan sokongan pada pinggul dan paha dan membantu aliran limfatik. Klik sini untuk lihat saiz.


Diana Ishak
Read more

Postpartum Belt Terbaik untuk Pemulihan Selepas Bersalin

Menyambut kedatangan orang baru setelah bertarung nyawa berjam-jam (not to mention many months to get them there) adalah perkara yang amat menggembirakan. Waktu berpantang tidak seharusnya dibebani dengan rasa tertekan akibat lenguh/sakit menggendong bayi dan keletihan.

Pertama sekali perlu fahami bahawa tubuh badan wanita is amazing. Adalah normal dan sihat untuk badan merasa berbeza selepas melahirkan. Wanita memerlukan 9 bulan to grow baby, jadi sekurang-kurangnya perlu waktu yang sama untuk kembali ke keadaan asal. Apetah lagi jika menyusu badan, badan memerlukan kalori dan banyak minum air supaya bayi mendapat manfaat dari susu. Sekiranya memerlukan sokongan tambahan untuk perut, salah satu pilihan yang adalah Middellyf Postpartum Belt.

Apakah Middellyf Postpartum Belt?

Ia bukannya seperti kain bengkung 2 meter nenek kita dahulu. Konsepnya sama, tetapi tidak sama. Middellyf Postpartum Belt lebih dari sekadar membantu badan kelihatan lebih cantik. Ia adalah medical-grade postpartum belt yang direka untuk membantu dalam pemulihan selepas bersalin. Kelebihan Middellyf Postpartum Belt termasuk:
  • membantu pemulihan selepas kelahiran (recovery)
  • menggalakkan aliran darah
  • memperbaiki postur dan pergerakan
  • mengurangkan sakit belakang
  • memberikan sokongan pada otot perut anda untuk membantu penyembuhan atau membuatkan pergerakan lebih selesa
  • mengurangkan pembengkakan dan pengekalan cecair dalam badan (fluid retention)
Melahirkan anak memang sukar. Tetapi jika kelahiran itu adalah C-section, pemulihan menjadi lebih sukar kerana akses ke rahim memerlukan pelbagai lapisan otot dan tisu dipotong. Selalunya wanita yang menjalani C-section lebih sakit, lebih banyak pendarahan, dan ketidakselesaan. Mengikat perut (berbengkung) dapat membantu luka sembuh dengan betul. Tempoh pemulihan lebih perlahan bagi yang menjalani C-section. The good news is, wanita yang melahirkan secara C-section dan menggunakan bengkung selepas bersalin kurang mengalami kesakitan, pendarahan, dan ketidakselesaan.

Sekiranya melahirkan secara vagina (normal), anda boleh menggunakan bengkung right away. Tetapi sekiranya melalui C-section, harus tunggu hingga luka sembuh dan kering. Jika memilih Middellyf Postpartum Belt, anda boleh menggunakannya terus selepas bersalin kerana ia tidak sekompleks dan seketat bengkung tradisional. Walau bagaimanapun, bincang dengan doktor terlebih dahulu.

Bengkung tradisional menggunakan kain panjang selebar 9 inci dan panjang 16 meter. Tujuannya adalah untuk membungkus perut sekurang-kurangnya 12 jam sehari, selama 30 hari atau lebih. Dengan Middellyf Postpartum Belt, anda boleh memakai selama yang diperlukan setiap hari selagi merasa selesa. Walau bagaimanapun, kami syorkan memakai hanya selama 2 hingga 12 minggu sahaja.
Diana Ishak
Read more

Mengapa Middellyf Postpartum Belt berkesan untuk pemulihan selepas bersalin.

Semasa hamil, badan meregang untuk menampung bayi. Organ bergerak keluar dari kedudukan normal. Bahkan otot perut terpisah untuk memberi ruang. Setelah melahirkan, badan perlu menggerakkan semula otot dan organ ke kedudukan asal. Apabila dilakukan dengan betul, Middellyf Postpartum Belt memberikan mampatan lembut pada otot untuk mengembalikannya ke tempat asal di samping memberikan sokongan pada perut dan pinggul.

Bagi banyak wanita, otot perut mungkin tidak menguncup secara semula jadi dalam jangka masa standard 2 bulan setelah melahirkan. Ini dikenali sebagai diastasis recti (letak gambar). Middellyf Postpartum Belt membantu menyatukan otot perut ini. Walaupun Middellyf Postpartum Belt mempunyai manfaat terapeutik yang membantu mempercepat pemulihan selepas bersalin - atau sekurang-kurangnya menjadikan tempoh pemulihan lebih selesa, produk ini bukanlah produk ajaib.

Ramai menganggap Middellyf Postpartum Belt adalah korset yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya, TIDAK. Middellyf Postpartum Belt bukan untuk tujuan menurunkan berat badan. Ia adalag sebagai alat sokongan sahaja. Sekiranya mengecilkan pinggang menjadi tujuan utama anda, Middellyf Postpartum Belt bukanlah produk yang tepat. Pengaruh Instagram dan selebriti menjadikan korset kelihatan seperti cara yang mudah dan terbaik untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki bentuk badan. Hakikatnya, penggunaan korset untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan organ hilang fungsi akibat mampatan yang kuat.

Adakah Middellyf Postpartum Belt lebih bagus dari bengkung tradisional?

We would say tradisional bengkung susah untuk diuruskan lebih-lebih lagi jika dipakai sendiri. Middellyf Postpartum Belt lebin senang dipakai dan dilepaskan kerana ia menggunakan Velcro. Apa-apa pun Middellyf Postpartum Belt sangat selesa dan tidak menghalang kemampuan pengguna untuk bernafas dan melakukan tugas mudah seperti duduk atau berjalan.

Berminat? Sila rujuk size di bawah kemudian whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah Middellyf Shaping Brief menghilangkan lemak badan?

Menurunkan berat badan di kawasan sasaran boleh menjadi sukar jika eat clean dan bersenam bukan perkara yang sesuai untuk anda. Shapewear adalah pakaian yang membantu membuatkan badan kelihatan lebih ramping. Shapewear membantu mengempiskan perut, mengecilkan paha, merampingkan pinggang dan menaikkan punggung, tetapi adakah hasilnya benar-benar bertahan?

Shapewear memberikan mampatan bahagian badan, membantu penampilan yang lebih langsing. Ini bermaksud dapat membantu memampatkan lemak perut, lemak pinggul, lemak paha, lemak lengan, etc. Ramai mengatakan memakai shapewear dapat membantu seseorang menurunkan berat badan. Betul ke?

Ini telah menjadi topik kontroversi selama bertahun-tahun. Terdapat banyak kajian yang dilakukan dan mereka mendapati bahawa shapewear boleh membantu menurunkan berat badan secara INDIRECTLY. Akibat mampatan yang ketat, shapewear akan membuatkan kawasan sasaran berpeluh. Perpeluhan membantu meningkatkan peredaran darah dan dengan itu membantu penurunan berat badan.

Walaupun shapewear membantu menurunkan berat badan tetape penurunan berat badan tidaklah ketara, hanya inchloss sahaja. Jadi, adalah satu penipuan jika ada yang mengatakan shapewear boleh membuatkan seseorang turun berat berkilo-kilo. Ramai juga percaya bahawa semakin ketat shapewear semakin baik. Ini tidak sepenuhnya benar. Untuk hasil yang maksimum, shapewear tidak boleh terlalu ketat sehingga merasa sakit atau sukar membongkokkan badan. Shapewear yang terlalu ketat akan mendorong lemak dengan cara yang salah.

Sekiranya merasa sakit, pening, gatal, atau mengalami sesak nafas, maka hentikan memakai shapewear tersebut. Mungkin terlalu ketat. Shapewear yang sempurna akan membantu anda mendapatkan penampilan yang anda cari sambil merasa sangat selesa menjalankan tugas seharian. Clue : Sekiranya shapewear membuatkan anda malas nak ke tandas kerana it is difficult to remove, in the long run boleh menyebabkan risiko UTI [jangkitan saluran kencing kerana menahan kencing]. Sekiranya ada jangkitan yis (keputihan), jangan pakai sebarang shapewear hingga masalah keputihan selesai.

Tidak perlu memakai sesuatu yang akan mengubah bentuk sepenuhnya. Hanya perlu target bahagian paha, punggung, perut, atau pinggang. Be realistic. Wanita kadang-kadang sengaja membeli shapewear yang lebih kecil to add extra firmness. Ini salah kerana membuatkan badan terlihat lebih besar akibat tonjolan (bulges) yang berlipat-lipat.

Middellyf adalah shaping brief yang tidak terlalu ketat seperti korset. Middellyf bukan bengkung. Middellyf membantu meratakan perut, mengecilkan paha dan merampingkan pinggang tetapi secara peribadi kami tidak mengkategorikan ia sebagai alat untuk menurunkan berat badan. Tetapi ia sememangnya membantu pemakai terlihat lebih ramping.

 

Diana Ishak
Read more
34 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart