Adakah Middellyf Shaping Brief membantu menegangkan kulit?

Memakai shapewear mempunyai banyak faedah yang jelas termasuk memberi bentuk badan yang lebih langsing dan rata tanpa benjolan lemak. Baru-baru ini seorang customer GreenAard bertanya sama ada Middellyf boleh membantu menegangkan kulit. Dikatakan ada produk bengkung yang claim their bengkung boleh menegangkan kembali kulit yang menggelebeh.

Begini, ya. Kami bukan mahu memburukkan mana-mana produk. Tetapi anda perlu tahu bahawa PAKAIAN TIDAK MEMBANTU MENEGANGKAN KULIT SECARA KEKAL. Jika kulit sudah loose, TIADA PAKAIAN YANG DAPAT MEMBANTU MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT. Satu-satunya cara untuk menegangkan kulit dalam kes ini ialah pembedahan.

Shapewear boleh membantu meratakan benjolan lemak dan memastikan anda muat memakai jeans kegemaran anda. Itu sahaja. Dalam erti kata lain, ya, shapewear membantu pemakainya menjadi lebih yakin diri dengan tubuh badan yang lebih ramping apabila menyarungnya. Kebanyakan orang mahu menyasarkan tempat bermasalah seperti perut, paha dan pinggul. Mereka mahu mengetatkan kawasan pinggul selepas melahirkan bayi. Mereka juga mahu menegangkan semula bahagian perut yang menggelebeh akibat hamil. Mereka mahu membakar selulit di kawasa paha.

Look. Shapewear hanyalah PAKAIAN. Ia tidak akan membantu membakar lemak, menghilangkan selulit, mahupun menegangkan kulit yang sudah longgar. Middellyf Shaping Brief direka untuk menyembunyikan kawasan bermasalah dengan SERTA-MERTA, seperti meratakan benjolan lemak dan selulit di sekeliling perut, paha, dan pinggul. Salah satu faedah memakai Middellyf Shaping Brief ialah ia boleh menjadi salah satu komponen gaya hidup sihat. When you’re investing in the way you look, you’ll feel more confident. Ketika seronok melihat bentuk badan yang lebih slim, secara tak lansung meningkatkan disiplin untuk konsisten menurunkan berat badan.



Diana Ishak
Read more

Every Woman Must Know This.

Badan yang berlekuk di pinggang, perut yang rata, punggung yang bulat, dan paha yang tirus menjadi idaman semua wanita. Bermati-matian di gym untuk mendapatkan susuk tubuh begini sometimes just doesn’t cut it. Benar, bersenam dengan rutin akan membuahkan hasil, eventually. Tetapi apa salahnya dalam masa yang sama kalau dibantu dengan shapewear, kan?

Middellyf Shaping Brief memberi perbezaan yang besar dan paling jelas pada penampilan seseorang. No, it will not change your body dramatically, tetapi akan menyerlahkan aset anda dan membantu menyelesaikan beberapa 'masalah' in the best way possible. Sekiranya ada masalah dengan lipatan perut terutamanya semasa memakai seluar jeans, Middellyf Shaping Brief are made for you. Dengan Middellyf Shaping Brief, perut lebih rata dan memperlihatkan garis pinggang.

Sekiranya paha yang besar membuatkan seluar nampak sendat, Middellyf Shaping Brief membantu memberi shaping yang luar biasa. Untuk yang sukakan gaun panjang yang mepamerkan lekuk pinggang, please consider our Middellyf Shaping Brief kerana kemampuannya membentuk paha yang lebih kecil. Middellyf Shaping Brief sangat melekap membuatkan paha dan perut lebih firm hingga tidak ada 'goncangan' yang tidak diingini.

Satu perkara yang tidak dapat disangkal adalah, keyakinan bertambah apabila diri terlihat lebih cantik dengan perut yang lebih rata, pinggang yang lebih ramping dan paha yang lebih kecil. Penampilan baru ini secara tak lansung mendorong diri untuk terus berusaha mendapatkan berat badan sasaran. That’s the kind of side-effect we are rooting for! Whatsapp 012-7728976 untuk semak size anda.
Diana Ishak
Read more

Adakah Middellyf Shaping Brief Body-Positive?

Kami percaya setiap wanita berhak untuk berasa yakin dengan diri sendiri. Dan salah satu bentuk keyakinan datang ketika berpakaian. Pakaian yang betul memberi perbezaan besar kepada keyakinan seseorang. Mood seseorang boleh meningkat secara aktif ketika selesa menyarung pakaian tertentu.

Middellyf Shaping Brief bukan pakaian untuk meng-kuruskan badan. Ia adalah tentang berpakaian untuk merasa yakin, selesa dan gembira. Bukan untuk trend atau kepuasan. Memilih sesuatu yang boleh menbuatkan badan anda jadi lebih menarik merupakan komponen penting dalam berpakaian dengan yakin. Tidak kira sama ada badan berbentuk pir, epal, inverted triangle atau bentuk lain - anda boleh kelihatan menakjubkan dengan Middellyf Shaping Brief.

Adalah penting untuk berasa selesa dengan pakaian yang anda pakai. Ketika benjolan-benjolan lemak di bahagian perut menonjol, sukar untuk yakin berjumpa orang. Perut yang terbuai-buai membuatkan seseorang merasa kurang selesa ketika berjalan, duduk mahupun berdiri tegak. Ketidakselesaan ini bukan sahaja membataskan pergerakan, malah membuatkan tumpuan anda terganggu ketika menonton, berkomunikasi atau makan.

Middellyf Shaping Brief membantu meratakan bahagian perut yang berlipat, mengecilkan sedikit ukuran pinggang dan paha. Anda tidak akan menjadi kurus ketika menyarungkan Middellyf Shaping Brief, tetapi ia membantu badan menjadi lebih solid. Tidak ada lagi benjolan lemak di perut dan pinggang. Tidak ada lagi kesan kedutan selulit di paha ketika memakai long dress. Badan walaupun berisi, tetapi penampilan lebih kejap dan kemas.
Diana Ishak
Read more

Menjawab soalan anda tentang Middellyf Shaping Brief

Sebelum kita menyelami artikel ini, kami ingin bercakap tentang salah tanggapan dan salah faham tentang Middellyf Shaping Brief. Jika terdapat sebarang soalan yang belum kami jawab mengenai Middellyf Shaping Brief, artikel ini akan membantu menjawab beberapa soalan tersebut, atau sekurang-kurangnya memberikan pemahaman yang lebih baik tentang shapewear. Kami telah memilih beberapa persoalan yang cenderung menyebabkan salah faham mengenai topik shapewear.

Soalan 1: Bagaimana nak guna Middellyf Shaping Brief?
Ok, ini mungkin kelihatan seperti soalan basic, tetapi percayalah, kami terima banyak soalan mengenai cara tepat memakai Middellyf Shaping Brief. Jadi, untuk membantu menjawab soalan ini, kita mulakan dengan bertanya untuk apa anda mahu memakai shapewear? Pilihan shapewear yang tepat boleh membentuk penampilan keseluruhan pakaian. Tambahan pula, apakah bahagian yang anda ingin tonjolkan? Mengenali bentuk badan akan membantu dalam memilih saiz yang paling sesuai untuk anda.

Soalan 2: Adakah memakai Middellyf Shaping Brief secara konsisten (2-3 bulan) membantu menghilangkan lemak perut?
Itulah soalan paling banyak kami dapat. To cut straight to the point, memakai MANA-MANA SHAPEWEAR termasuk Middellyf Shaping Brief TIDAK AKAN membantu menghilangkan lemak perut. Apa yang Middellyf Shaping Brief akan lakukan adalah memberikan anda keyakinan tambahan. Melihat diri lebih lansing di hadapan cermin boleh memberi keyakinan tambahan yang boleh push you to work on your figure. Middellyf Shaping Brief menyerlahkan lekuk badan, mengempiskan perut and enriches your body figure. Secara tidak sedar, anda jadi lebih bersemangat untuk lebih berdisiplin dalam mengurangkan berat badan. Look, kita semua perlukan motivasi untuk terus kekal disiplin, kan? Middellyf Shaping Brief adalah motivasi terbaik. Percayalah.

Soalan 3: Bolehkah memakai Middellyf Shaping Brief setiap hari?
Why not? Middellyf Shaping Brief bukan korset. Ia cukup selesa dipakai setiap hari. Middellyf Shaping Brief bukan hanya untuk acara istimewa sahaja. Perasaan yakin itu perlu hadir setiap masa, walau hanya duduk di rumah tidak ke mana-mana. Jadi, yes anda boleh memakai shapewear GreenAard untuk kegunaan harian. Caranya ialah dengan mengetahui saiz apa yang sesuai. Ini penting untuk memastikan anda selesa sepanjang hari. Fabrik Middellyf Shaping Brief adalah gentian ringan yang mempunyai pengudaraan untuk memaksimumkan keselesaan.

Soalan 4: Perlu pakai seluar dalam?
Terpulang. Jika selesa untuk tidak memakai seluar dalam, tidak ada masalah. Jika selesa berseluar dalam, teruskan. 

Soalan 5: Seberapa ketat saya perlu pilih saiz?
Soalan ini mungkin sukar untuk dijawab, jadi untuk menjadikannya mudah, the key is - keselesaan. Shapewear sepatutnya tidak terlalu ketat, tapi mesti terasa ketat. Pada masa yang sama, ia juga harus membuatkan anda selesa untuk bernafas dan bergerak. Shapewear yang terlalu ketat boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti sesak nafas, kerengsaan dan juga boleh mengganggu sistem pencernaan. Shapewear yang terlalu ketat akan mengurangkan rasa yakin ketika anda tidak selesa memakainya. Jadi, fokus pada saiz pinggang ketika memilih Middellyf Shaping Brief. Jika tidak pasti, GreenAard akan bantu anda meilih saiz yang sesuai. Memakai saiz yang sesuai pasti membuatkan anda kelihatan glamor ketika menyarungnya!

Diana Ishak
Read more

Every Woman Must Know This.

Badan yang berlekuk di pinggang, perut yang rata, punggung yang bulat, dan paha yang tirus menjadi idaman semua wanita. Bermati-matian di gym untuk mendapatkan susuk tubuh begini sometimes just doesn’t cut it. Benar, bersenam dengan rutin akan membuahkan hasil, eventually. Tetapi apa salahnya dalam masa yang sama kalau dibantu dengan shapewear, kan?

Middellyf Shaping Brief memberi perbezaan yang besar dan paling jelas pada penampilan seseorang. No, it will not change your body dramatically, tetapi akan menyerlahkan aset anda dan membantu menyelesaikan beberapa 'masalah' in the best way possible. Sekiranya ada masalah dengan lipatan perut terutamanya semasa memakai seluar jeans, Middellyf Shaping Brief are made for you.

Dengan Middellyf Shaping Brief, perut lebih rata dan memperlihatkan garis pinggang. Sekiranya paha yang besar membuatkan seluar nampak sendat, Middellyf Shaping Brief membantu memberi shaping yang luar biasa. Untuk yang sukakan gaun panjang yang mepamerkan lekuk pinggang, please consider our Middellyf Shaping Brief kerana kemampuannya membentuk paha yang lebih kecil.

Middellyf Shaping Brief sangat melekap membuatkan paha dan perut lebih firm hingga tidak ada 'goncangan' yang tidak diingini. Satu perkara yang tidak dapat disangkal adalah, keyakinan bertambah apabila diri terlihat lebih cantik dengan perut yang lebih rata, pinggang yang lebih ramping dan paha yang lebih kecil. Penampilan baru ini secara tak lansung mendorong diri untuk terus berusaha mendapatkan berat badan sasaran. That’s the kind of side-effect we are rooting for! 

Diana Ishak
Read more

Apa yang menyebabkan paha berselulit.

Sebelum kami explain dengan lebih panjang lebar, perlu tahu yang cellulite is a very common dan keadaan ini paling kerap berlaku pada wanita. Ramai orang cuba menghilangkan selulit melalui penurunan berat badan, senaman, urutan dan sapuan krim. Rawatan secara perubatan juga tersedia, walaupun hasilnya tidak serta-merta atau tahan lama. TIDAK ADA sebarang krim atau produk yang boleh menghilangkan selulit.

Menurunkan berat badan terutamanya di bahagian paha, punggung dan perut boleh mengurangkan appearance selulit tetapi selulit TIDAK AKAN HILANG SAMA SEKALI. Selulit adalah lemak yang terletak di bawah kulit. Lapisan lemak ini terikat pada tisu penghubung yang menyokong kulit. Lama-kelamaan tisu penghubung ini merosot. Apabila itu berlaku, lemak di sekitarnya mula pecah dan menempel pada kulit, membentuk selulit.

Jika sudah ada selulit, mendapatkan berat badan yang ideal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan selulit baru muncul. Punca mengapa sesetengah orang mempunyai selulit sementara ada yang tidak, masih belum jelas. Genetik memainkan peranan dalam pembentukan selulit. Selulit lebih kerap berlaku bila usia meningkat dan pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Walau bagaimanapun, selulit tidak menyebabkan risiko kesihatan, dan tidak perlu dirawat. Tetapi, jika selulit mengganggu, boleh guna kaedah surgery untuk membuangnya.

Apa yang GreenAard boleh bantu?

Maaf, kami tiada produk untuk menghilangkan selulit. Malah, TIDAK ADA produk yang boleh menghilangkan selulit. There's no permanent cure for cellulite. Apa yang kami boleh cadangkan, turunkan berat badan. Bila berat badan menyusut, boleh mengurangkan penampilan selulit. 

Bagi mengurangkan penampakkan lekuk-lekuk selulit di sebalik pakaian, cuba MIDDELLYF SHAPING BRIEF. Middellyf Shaping Brief bukanlah penyelesaian total kepada masalah selulit, tetapi ia boleh membantu mengurangkan penampilan selulit. Middellyf Shaping Brief meratakan kawasan berlemak, membuatkan penampilan anda lebih kemas dan solid (lemak tidak terbuai-buai). Kami ada size M hingga 3XL. Dua pilihan warna, beige dan hitam. Ia sangat selesa dah tidak bergulung apabila dipakai.
Diana Ishak
Read more

"Jika Middellyf Shaping Brief boleh meransang badan untuk berpeluh, lebih baik"

Baru-baru ini kami mendapat maklum balas dari pengguna Middellyf Shaping Brief yang mengatakan sekiranya Middellyf boleh membuatkan badan berpeluh, lebih baik. Mungkin ada yang terlepas info ini. Middellyf Shaping Brief BUKAN korset.

Fabrik yang kami gunakan juga adalah cotton spandex yang lembut dan breathable. Kerana tujuan Middellyf Shaping Brief adalah untuk pemakaian sehari-hari dengan rasa selesa. Sebab itulah Middellyf boleh dipakai dalam tempoh yang lebih lama berbanding korset.

Berbeza dengan korset, fabrik yang digunakan lebih tebal kerana ia bertujuan untuk membentuk lekuk pinggang. Kesan penggunaan fabrik jenis korset, you might sweat more than usual. Konsep pemakaian korset yang ketat juga membuatkan you sweat like crazy. Begitupun, seperti Middellyf Shaping Brief, korset juga tidak dapat membuang sel-sel lemak.

Middellyf Shaping Brief lebih memberikan rasa selesa, tidak terlalu ketat dan tidak mengubah dimensi badan secara kekal. Perut kelihatan lebih rata, bonjolan lemak di pinggang dapat disorokkan dan pinggan mengecil 1-2 inci serta-merta (tetapi temporary sahaja, ya). Yang dah beli sehelai, apa kata beli sehelai lagi hari ini untuk ganti-ganti.


Diana Ishak
Read more

Menjawab soalan tentang Middellyf.

"Bolehkah saya pakai Middellyf Shaping Brief ketika hamil?"
Terpulang pada keselesaan diri. Jika mahu, maka pilihlah Middellyf Postpartum Belt, tetapi dengan beberapa peringatan penting. Ia bergantung pada bila anda memakainya (pada tempoh kehamilan yang ke-berapa) dan berapa lama jangka masa pemakaian. Pastikan tidak dipakai terlalu ketat atau terlalu lama kerana bukan sahaja boleh memberi tekanan pada badan, tetapi juga boleh merasa tidak selesa. Pastikan ukuran betul dan elakkan melilit dengan ketat. Cukup sekadar untuk mendapatkan sokongan tulang belakang sahaja.

"Warna Middellyf yang mana satu paling sesuai dibeli?"
Middellyf Shaping Brief ada dua warna, iaitu beige dan hitam. Manakala Middellyf Postpartum Belt hanya ada warna beige. Warna shapewear yang dipilih dipengaruhi oleh baju apa yang hendak dipakai. Sekiranya kebanyakan pakaian didominasi oleh warna cerah, maka pilihlah Middellyf Shaping Brief berwarna beige.

"Bagaimana nak mencuci dan mengeringkan Middellyf?"
Apa-apa pun, sentiasa periksa label terlebih dahulu. Sebilangan besar pengeluar shapewear mencadangkan shapewear dicuci tangan. Middellyf boleh kedua-duanya - cuci tangan dan mesin. Walau bagaimanapun, sekiranya memilih untuk basuh dengan mesin, kami cadangkan tidak mencucinya dengan coli kerana cangkuk coli boleh tersangkut pada Middellyf. Jangan dry clean Middellyf dan jangan gunakan peluntur. Untuk mengeringkannya, sidai sahaja seperti biasa.

"Bila waktu terbaik untuk memakai Middellyf?"
Bagi Middellyf Postpartum Belt, gunakan selepas melahirkan. Sekiranya yang tidak melahirkan anak hendak menggunakannya, it depends on its compression or control level. Sekiranya pemakaian (lilitan) Middellyf Postpartum Belt tidak terlalu ketat, maka boleh dipakai setiap masa. Jika ketat, pakailah dalam masa 8 jam sahaja. As for Middellyf Shaping Brief, ia umpama seluar dalam yang memberikan impak lansing pada pinggang, perut dan paha. Sesuai dipakai ketika keluar rumah.

Middellyf Shaping Brief are your best friends when it comes to slim fitting jeans. Ia memberikan penampilan yang lebih menarik pada bahagian paha dan pinggang. Ketika Middellyf Shaping Brief dipakai bersama mermaid skirt, ia membentuk silhouette yang cantik dari pinggang hingga paha kerana ia membentuk dan menghilangkan lipatan perut dan menyerlahkan pinggang.

Cara Pemakaian Middellyf Postpartum Belt.

Langkah 1: Regangkan belt. Pastikan sisi lurus di bahagian bawah dan sisi melengkung di bahagian atas. Letakkan di belakang punggung.

Langkah 2: Letakkan belt di pinggang dan perut. Kempiskan perut sebanyak mungkin sebelum wrap belt.

Langkah 3: Ambil sisi velcro sebelah kiri dan lipat ke perut dengan erat. Bahagian belakang harus sejajar dengan tulang belakang.

Langkah 4: Setelah bahagian tengah belt diselaraskan dengan tulang belakang anda, ambil sayap kanan dan tarik kuat untuk melekapkan velcro.
Diana Ishak
Read more

The Science of Middellyf Shaping Brief (ke mana semua lemak pergi).


Middellyf Shaping Brief adalah shapewear yang boleh mengubah penampilan pemakai secara drastik dalam sekelip mata. Perut yang menggeleber, punggung melimpah, atau peha gemuk boleh hilang secara "ajaib" apabila memakainya.

Secara definisi, Middellyf Shaping Brief memberikan ilusi tubuh yang lebih flat dan langsing. Satu fakta yang real tentang Middellyf Shaping Brief ialah ia dijamin memberikan bentuk badan yang lebih langsing buat sementara waktu.

Kenapa kami katakan SEMENTARA WAKTU?

Kerana, Middellyf Shaping Brief tidak boleh menguruskan badan pemakai. Ramai founder bodyshaper mendakwa produk mereka mampu membuang lemak dan menguruskan badan. That's actually __! (thank you for completing this sentence).

Izinkan kami bercakap tentang sains di sebalik shapewear (any kind of shapewear).

Shapewear menjadikan kita kelihatan langsing keraan fabriknya dipotong mengikut bentuk sedemikian sehingga apabila dipakai, it nips and tucks the body. Lemak berlebihan ditolak ke ruang di mana otot dimampatkan, ke arah tempat yang lebih diingini, seperti abs. Itu adalah mekanisme tindakan shapewear. We're talking about science here.

Middellyf Shaping Brief direka bentuk untuk menyalurkan berat berlebihan ke kawasan lain untuk membantu pemakai kelihatan lebih langsing. Ini bermakna, Middellyf Shaping Brief tidak akan menghilangkan lemak badan. Lemak anda kekal.

"Kalau lemak kekal, apa fungsi saya guna Middellyf Shaping Brief?"

Dik, kadang-kadang kita perlu jadi langsing serta-merta untuk memakai jeans kegemaran, atau memakai baju kegemaran ke majlis-majlis tertentu. Dengan kata lain, it helps you build up the first impression. That counts for everything! Di sinilah fungsi Middellyf Shaping Brief. Ia melangsingkan badan pemakai sehingga 1 hingga 2 inci!

Middellyf Shaping Brief can actually have health benefits kerana reka bentuknya merangsang peredaran darah dan memberikan sokongan kepada otot.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah lemak pada bahagian badan tertentu dikurangkan?

 

Hampir semua orang mahu mengubah bahagian-bahagian tertentu badan. Saiz pinggang, paha, punggung dan lengan adalah kawasan biasa di mana orang cenderung menyimpan lemak badan berlebihan.

Ramai yang mengambil keputusan mencuba senaman tertentu yang menyasarkan pengurangan lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan.
Sesetengah orang memiliki lemak yang sekata seluruh badan, manakala sebahagian besar orang memiliki lemak yang lebih di bahagian tertentu seperti punggung, paha atau perut.

Ramai yang tidak tahu bahawa pengumpulan lemak dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, genetik dan gaya hidup. Sebagai contoh, wanita cenderung menyimpan lemak berlebihan di paha dan punggung, terutamanya semasa mengandung. Walau bagaimanapun, apabila usia mencecah akhir 40-an dan menopaus, perubahan hormon menyebabkan berat badan beralih ke kawasan perut. Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk melakukan senaman untuk mengurangkan lemak di bahagian tertentu seperti sit ups.


Namun, dari sudut saintifik, kehilangan lemak tidak berfungsi seperti itu. Untuk memahami mengapa targeted exercise mungkin tidak berkesan, penting untuk kita fahami bagaimana badan membakar lemak. Lemak datang dalam bentuk trigliserida, iaitu lemak yang boleh digunakan oleh badan sebagai tenag. Sebelum lemak dibakar untuk tenaga, trigliserida mesti dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dipanggil asid lemak bebas dan gliserol, yang boleh memasuki aliran darah.

Semasa bersenam, asid lemak bebas dan gliserol ini boleh datang dari mana-mana bahagian badan, bukan khusus dari kawasan yang sedang bersenam. Bermakna, berat badan boleh berkurangan akibat bersenam tetapi lemak pada bahagian tertentu badan tidak semestinya berkurang.

Memang benar pergerakan perut boleh mengencangkan otot tetapi perubahan tidak akan nampak melainkan badan kehilangan berat secara keseluruhan. Dalam erti kata lain, ketika bersenam, seseorang juga mesti berdiet. Senaman sahaja tidak akan mengurangkan berat badan. Senaman hanya mengencangkan otot so that you have stronger stomach muscles.

Tapi kami faham, walaupun berat keseluruhan sudah berkurang, masih ada bahagian tertentu yang perlu 'dikempiskan' seperti perut dan paham. Sebab itulah kami ada Middellyf Shaping Brief. Ia BUKAN pakaian yang mengurangkan lemak anda tetapi memberikan temporary bentuk badan yang lebih lansing. Memakai Middellyf Shaping Brief menjadikan perut lebih rata, pinggang lebih mengecil dan berlekuk serta mengurangkan kelebaran paha dan punggung.

Diana Ishak
Read more

Apabila Shapewear Terlalu Ketat pada Badan.

Bagi kebanyakan wanita, shapewear adalah satu 'anugerah'. Shapewear mampu meratakan benjolan lemak yang terlihat ketika memakai pakaian (lebih-lebih lagi fabrik satin). Sepasang shapewear yang boleh dipercayai boleh meningkatkan keyakinan seseorang ketika berpakaian. Walau bagaimanapun, memakai shapewear yang terlalu ketat, there a price to pay.

Memakai shapewear yang terlalu ketat boleh menyukarkan pernafasan dan menyebabkan masalah pencernaan seperti asid refluks. Antara tanda-tanda anda memakai shapewear yang salah adalah sukar menarik nafas panjang selepas 1 jam pemakaian. Shapewear yang salah juga membuatkan pemakai sukar menghabiskan makanan, even a normal-size meal. 

  • Shapewear yang terlalu ketat seperti korset boleh menyebabkan sesak nafas because decreases your oxygen supply, yang membawa kepada pening kepala.
  • Shapewear yang terlalu ketat memampatkan perut dan menghalang kandungannya daripada melepasi dengan betul, dan sebaliknya boleh kembali ke esofagus. 
  • Shapewear yang sangat ketat tidak membenarkan kulit bernafas. Ini menyebabkan masalah kulit seperti ruam akibat yis yang terbentuk dalam lipatan kulit, terutama di bawah payudara dan kawasan pangkal paha.

Yis suka tumbuh di kawasan yang hangat dan lembap akibat peluh yang terperangkap di bawah baju ketat. A rule of thumb is to make sure your shapewear is not too tight.


Diana Ishak
Read more

Jangan pakai Middellyf Shaping Brief ketika tidur

Middellyf Shaping Brief adalah pakaian dalam yang bertujuan mengubah bentuk badan pemakai buat sementara waktu, untuk mencapai bentuk yang lebih cantik. GreenAard mahu pengguna merasa lebih yakin dengan diri apabila memakainya di samping memberi bentuk fizikal yang lebih rapi.

Middellyf Shaping Brief adalah "body shaper" atau "kontur pakaian" berbentuk seluar dalam gaya unitard (kaki yang dipendekkan). Dibuat dari cotton spandex yang menawarkan sokongan tinggi. Ia memberikan kawalan menyeluruh dari paha hingga bahagian bawah dada.

Jangan go to an extend memakai Middellyf Shaping Brief ketika tidur, ya! Semasa tidur, otak dan badan sedang dalam proses pembaikan, jadi inilah masanya otot dalam keadaan paling santai. Untuk mengelakkan badan mengalami tekanan semasa tempoh pemulihan, jangan pakai pakaian atau pakaian dalam yang ketat semasa tidur.

Middellyf Shaping Brief dibuat untuk menyokong badan dengan selesa selama tempoh pemakaian, terutamanya di tempat kerja. Middellyf Shaping Brief membentuk sosok badan dengan cara mengekalkan tahap pressure tertentu pada otot dan meratakan lebihan lemak dengan tidak menyekat pergerakan harian.

"Bolehkah Middellyf Shaping Brief membantu mengurangkan berat badan?"

Wanita cenderung keliru antara penurunan berat badan dan pembentukan badan yang sama sekali berbeza. Penurunan berat badan dapat dicapai dengan diet sementara peranan Middellyf Shaping Brief adalah untuk membentuk figura dan memberi bentuk badan yang lebih langsing buat sementara waktu.

 

Bagaimana memilih saiz Middellyf Shaping Brief

Yang pertama adalah keselesaan. You’ll know you’ve found a match bila ia terasa selesa bila dipakai. Jadi, apa-apa pun pastikan ia selesa - tidak terlalu ketat, tidak menyebabkan sesak nafas, tidak menyebabkan rasa panas, tidak menyebabkan rengsa/gatal, tetapi masih memberi mampatan yang firm.

Sekiranya sesuatu shapewear itu menyebabkan pemakai tidak dapat bernafas atau bergerak dengan bebas/selesa, itu tanda tidak sesuai. Sekiranya ukuran berada in-between sizes, pilihlah ukuran yang lebih besar. Contoh:

  • Size M-L range dari 45-60kg
  • Size L-XL range dari 60-80kg.

Jika berat 60kg, maka pilihlah yang lebih besar.

Diana Ishak
Read more
34 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart