Apa yang menyebabkan paha berselulit.

Sebelum kami explain dengan lebih panjang lebar, perlu tahu yang cellulite is a very common dan keadaan ini paling kerap berlaku pada wanita. Ramai orang cuba menghilangkan selulit melalui penurunan berat badan, senaman, urutan dan sapuan krim. Rawatan secara perubatan juga tersedia, walaupun hasilnya tidak serta-merta atau tahan lama. TIDAK ADA sebarang krim atau produk yang boleh menghilangkan selulit.

Menurunkan berat badan terutamanya di bahagian paha, punggung dan perut boleh mengurangkan appearance selulit tetapi selulit TIDAK AKAN HILANG SAMA SEKALI. Selulit adalah lemak yang terletak di bawah kulit. Lapisan lemak ini terikat pada tisu penghubung yang menyokong kulit. Lama-kelamaan tisu penghubung ini merosot. Apabila itu berlaku, lemak di sekitarnya mula pecah dan menempel pada kulit, membentuk selulit.

Jika sudah ada selulit, mendapatkan berat badan yang ideal adalah jalan terbaik untuk mengelakkan selulit baru muncul. Punca mengapa sesetengah orang mempunyai selulit sementara ada yang tidak, masih belum jelas. Genetik memainkan peranan dalam pembentukan selulit. Selulit lebih kerap berlaku bila usia meningkat dan pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Walau bagaimanapun, selulit tidak menyebabkan risiko kesihatan, dan tidak perlu dirawat. Tetapi, jika selulit mengganggu, boleh guna kaedah surgery untuk membuangnya.

Apa yang GreenAard boleh bantu?

Maaf, kami tiada produk untuk menghilangkan selulit. Malah, TIDAK ADA produk yang boleh menghilangkan selulit. There's no permanent cure for cellulite. Apa yang kami boleh cadangkan, turunkan berat badan. Bila berat badan menyusut, boleh mengurangkan penampilan selulit. 

Bagi mengurangkan penampakkan lekuk-lekuk selulit di sebalik pakaian, cuba MIDDELLYF SHAPING BRIEF. Middellyf Shaping Brief bukanlah penyelesaian total kepada masalah selulit, tetapi ia boleh membantu mengurangkan penampilan selulit. Middellyf Shaping Brief meratakan kawasan berlemak, membuatkan penampilan anda lebih kemas dan solid (lemak tidak terbuai-buai). Kami ada size M hingga 3XL. Dua pilihan warna, beige dan hitam. Ia sangat selesa dah tidak bergulung apabila dipakai.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart