Menambah Keyakinan atau Memberi Keselesaan?

Telah banyak kali kami katakan bahawa Middellyf BUKAN pakaian yang boleh membakar lemak-lemak anda. Malah, TIDAK ADA satu pun shapewear dalam dunia yang boleh membakar lemak badan. Jika ada yang claim shapewear mereka mampu membakar lemak, dan anda percaya, TAHNIAH! Anda telah tertipu.

Jadi, kalau tidak membakar lemak badan, apa tujuan memakai shapewear?

Ok, begini. Shapewear telah menjadi pakaian popular untuk wanita yang ingin meningkatkan penampilan mereka. Middellyf adalah shapewear yang membantu memberikan penampilan perut yang lebih rata dah kempis serta menyerlahkan lekuk pinggang anda. Kami boleh katakan, Middellyf adalah pakaian yang bersifat MENAMBAHKAN KEYAKINAN. Sebagai penambah keyakinan, Middellyf memberi penyelesaian pantas untuk membantu anda merasa lebih yakin dengan penampilan diri. Sama ada untuk majlis khas atau kegunaan harian, Middellyf memberikan sedikit sokongan tambahan untuk membantu anda merasa terbaik.

Middellyf dengan serta-merta mencipta bentuk badan yang lebih menawan dengan menekan bahagian tertentu (perut), menjadikan bahagian tersebut kelihatan lebih licin dan rata. Ini boleh meningkatkan harga diri dan keyakinan, terutamanya dalam suasana sosial atau profesional. Selain dari menambah keyakinan, Middellyf juga memberikan keselesaan kepada pemakai. Sudah tentu kita mahu memakai shapewear untuk tempoh yang lama, paling tidak pun sepanjang berada di pejabat, bukan? Maka, keselesaan shapewear sangat penting supaya tidak menyakitkan, tidak rengsa dan tidak menyebabkan berpeluh.

Sebab itulah Middellyf diperbuat dari fabrik cotton spandex. Kapas adalah bahan yang mengurangkan risiko iritasi kulit dan memberi keselesaan sepanjang hari. Kapas juga mempunyai keupayaan untuk menyerap kelembapan, yang membantu mengurangkan peluh dan memastikan kulit kering. Spandex pula memberikan keanjalan dan fleksibiliti. Ia membolehkan Middellyf mengikut bentuk badan tanpa menekan atau mengganggu pergerakan. Spandex juga memberikan kesan mampatan yang lembut, meningkatkan penampilan ramping tanpa mengorbankan keselesaan.

Kami berani mengatakan fabrik Middellyf lebih bernafas berbanding dengan shapewear yang diperbuat daripada bahan sintetik sepenuhnya. Ini membantu dalam pengawalan suhu badan dan mengurangkan risiko overheating dan peluh berlebihan. Shapewear Middellyf dirancang untuk memberikan mampatan yang lembut, mengurangkan tekanan berlebihan pada perut dan kawasan lain. Ini membantu dalam mencegah ketidakselesaan yang boleh berlaku dengan shapewear yang terlalu ketat atau tidak fleksibel. Bahan kapas-spandex lebih mudah untuk dicuci, yang menjadikannya pilihan praktikal untuk penggunaan harian. Kualiti bahan ini memastikan Middellyf kekal selesa dan dalam keadaan baik selepas pelbagai kali penggunaan dan pencucian.

Diana Ishak
Read more

Nak foto anda jadi sangat cantik dari setiap angle?

Bayangkan seorang pengantin sedang bersiap untuk hari istimewanya, atau anda yang sedang bersiap untuk majlis gala. Pakaian yang dipilih untuk acara-acara istimewa selalunya bakal membuatkan anda kelihatan yang terbaik. Walau bagaimanapun, gaun dan pakaian formal tidak selalu memberikan penampilan bentuk badan yang diinginkan kerana bentuk badan kurang cantik. Di sinilah Middellyf Shaping Brief memainkan peranan yang penting.

Shapewear kami berfungsi untuk memberikan penampilan yang mengagumkan ketika anda memakai gaun-gaun cantik itu. Shapewear ini direka untuk meminimakan penampilan benjolan dan tonjolan lemak yang kadang-kadang nampak jelas apabila memakai fabrik tertentu. Middellyf Shaping Brief memberi penampilan yang rata, dan memastikan gaun yang dipakai terletak cantik. Selain menyerlahkan lengkuk pinggang, bahagian dada nampak lebih mendada, punggung lebih terangkat, serta memberi sokongan untuk pinggul dan paha.

Middellyf Shaping Brief memberi kawalan pada perut. Perut jadi rata dan licin. Bakal pengantin pasti tak mahu perut nampak buncit di hari bahagia, kan? Ketika penampilan jadi lebih cantik apabila menyarung shapewear, secara lansung memberi keyakinan diri, terutamanya semasa acara di mana semua mata tertumpu pada anda. Middellyf Shaping Brief bukan sahaja memberikan sokongan tetapi memberi keselesaan. Fabrik kami jenis yang bernafas (breateable) dan reka bentuknya mengelakkan ketidakselesaan semasa memakainya untuk waktu yang lama.

Jangan lupa. Di hari bahagia dan pada acara-acara istimewa, penampilan yang berkualiti sangat penting supaya foto jadi sangat cantik! Middellyf Shaping Brief memastikan bahawa anda kelihatan hebat dalam setiap sudut gambar.
Diana Ishak
Read more

Keberkesanan Shapewear: Membongkar Mitos dan Salah Tanggapan

Shapewear telah menjadi semakin popular di kalangan individu yang ingin melangsingkan badan dan mencapai penampilan yang lebih kurus. Walau bagaimanapun, terdapat banyak salah tanggapan tentang shapewear, dan keberkesanannya sering dicabar. Satu soalan biasa yang timbul berkaitan dengan Middellyf Shaping Brief ialah sama ada ia boleh mengempiskan perut dengan berkesan atau tidak.

Nampaknya ramai yang ada masalah perut buncit, kan? In short, the answer is yes. Middellyf boleh mengempiskan perut. Walau bagaimanapun, Middellyf tidak seperti sesetengah shapewear yang membuat pelbagai claim yang adakalanya tidak masuk akal. GreenAard TIDAK PERNAH mengatakan Middellyf boleh membuatkan pemakai menjadi kurus. GreenAard juga tidak pernah mendakwa shapewear kami boleh membakar lemak. Sesetengah produk shapewear mendakwa produk mereka memiliki ciri penurunan berat badan kerana bahan yang digunakan dalam pembuatannya.

Sebagai contoh, shapewear dari neoprena, yang katanya boleh menyebabkan badan lebih berpeluh, lantas membakar lemak. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa bahan neoprena boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara. These are all NONSENSE claims. Kami tidak terlibat dalam memberikan misleading information sebegini.

Middellyf bertujuan meratakan kawasan perut dan memberikan ilusi garis pinggang yang lebih ramping. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa Middellyf bukanlah magic solution. Ia tidak akan menghilangkan sepenuhnya sebarang bonjolan, apatah lagi berat badan berlebihan. Maaf jika kami katakan, sekiranya perut anda berlipat tiga, Middellyf tidak mampu membuatkan perut menjadi kempis serta-merta. Malah, TIDAK ADA sebarang shapewear di dunia boleh melakukan yang sama. Apa yang Middellyf boleh buat adalah, meratakan bahagian berlipat agar dia tidak berlipat untuk sementara. Dalam erti kata lain, Middellyf membantu menyorokkan benjolan supaya perut kelihatan lebih cantik dan rata.

Dalam memilih shapewear, yang penting pilihlah saiz yang tepat dan fabrik yang tidak panas dan tidak keras. Middellyf Shaping Brief adalah jenis shapewear berpinggang tinggi yang memanjang sehingga garis bra. Ini menjadikan Middellyf boleh memberikan liputan penuh dan membantu meratakan keseluruhan bahagian tengah badan (perut). Kaedah ini berkesan dalam menghasilkan ilusi perut yang lebih rata dengan "memindahkan" lemak ke tepi perut. Walau bagaimanapun, Meddellyf bukanlah penyelesaian kekal untuk mengurangkan lemak perut, dan ia tidak boleh menggantikan diet yang sihat. Mampatan oleh Middellyf adalah bersifat sementara, tetapi cukup besar dalam memberikan anda keyakinan ketika berpakaian.
Diana Ishak
Read more

Shapewear dan Pengurangan Selulit: Membongkar Mitos dan Mengkaji Sains

Shapewear direka untuk memampatkan dan meratakan kawasan badan bermasalah untuk mencipta penampilan yang lebih langsing dan meningkatkan lekuk badan. Salah satu dakwaan yang paling popular mengenai shapewear ialah ia boleh mengurangkan penampilan selulit. Namun, adakah ini benar atau hanya helah pemasaran?

Pertama, mari kita periksa apa sebenarnya selulit. Selulit ialah benjolan yang muncul pada kulit, biasanya pada peha dan punggung. Ia terhasil daripada pengumpulan sel lemak di bawah kulit. Sesetengah "founder" mendakwa bahawa shapewear mereka boleh mengurangkan selulit dengan merangsang aliran sistem limfa. Itu TIDAK BENAR. TIADA bukti saintifik untuk menyokong dakwaan tersebut. Mana-mana shapewear TIDAK boleh menghilangkan selulit secara kekal tetapi boleh mengurangkan penampilan selulit untuk sementara.

Ada juga "founder" yang tiba-tiba menjadi pakar sains mengatakan bahawa shapewear mereka mengurangkan selulit dengan memecahkan sel lemak. Itu adalah satu PENIPUAN fakta sains. Shapewear hanya tertumpu pada pemampatan benjolan lemak dan memperbaiki kontur, bukannya mengurangkan sel lemak! Lagi sekali kami jelaskan, mana-mana shapewear, termasuk Middellyf Shaping Brief hanya bantu memampatkan kawasan yang terdapat selulit, menjadikan kulit kelihatan lebih licin. Itu sahaja.

Walaupun tidak banyak yang Middellyf Shaping Brief mampu sumbangkan untuk mengurangkan selulit, ia boleh meningkatkan keyakinan diri. Middellyf Shaping Brief berfungsi membentuk badan dengan cara menyerlahkan lengkuk pinggang dan meratakan sebarang benjolan lemak atau selulit. Ini boleh memberi kesan positif terhadap perasaan seseorang tentang penampilan mereka, yang membawa kepada peningkatan keyakinan dan harga diri. Tambahan pula, Middellyf Shaping Brief boleh menyokong dan memperbaiki postur, yang juga boleh menyumbang kepada rasa yakin secara keseluruhan. Dengan postur yang lebih baik, seseorang mungkin berasa lebih bersedia dan lebih yakin dalam pergerakan mereka. Berbalik kepada isu selulit, walaupun shapewear boleh mengurangkan keterlihatan selulit buat sementara waktu, ia TIDAK BOLEH menghilangkannya secara kekal.
Diana Ishak
Read more

Middellyf Shaping Brief semasa Haid

Selamat datang ke panduan bermaklumat kami tentang faedah menggunakan Middellyf Shaping Brief semasa haid. Middellyf Shaping Brief bukan sahaja memberikan bentuk badan yang lebih ramping dan menambah keyakinan pemakai. Tetapi adakah anda tahu bahawa shapewear kami juga boleh membantu semasa haid? Dalam post kali ini, kami akan menghuraikan mengapa shapewear kami menawarkan keselesaan, sokongan dan keyakinan semasa haid.

Dari segi keselesaan, semasa haid, sesetengah wanita mengalami kembung perut, kekejangan atau ketidakselesaan. Memakai shapewear yang sesuai dan tidak menyekat pergerakan boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. Sebab itu penting mencari shapewear yang tidak keras dan terlalu ketat. Middellyf Shaping Brief diperbuat daripada bahan breathable dan stretchable yang membolehkan pengudaraan yang betul dan memudahkan pergerakan.

Dari sudut sokongan pula, shapewear kami memberikan sokongan tambahan pada kawasan perut, yang bermanfaat semasa haid. Mampatan Middellyf Shaping Brief membantu mengurangkan kembung perut dan memberikan rasa stabil dan sokongan. Apabila perut yang membuncit ketika haid dapat disorokkan sedikit dengan mampatan shapewear, dengan secara tak lansung meningkatkan keyakinan. Middellyf Shaping Brief memberikan penampilan yang lebih kemas semasa kitaran haid ini.

Look. Pengalaman haid setiap wanita adalah berbeza. Sangat penting untuk mempertimbangkan keperluan individu dan tahap keselesaan masing-masing. Sesetengah wanita mungkin lebih suka memakai pakaian yang lebih longgar atau pakaian dalam yang lebih santai semasa haid. Manakala yang lain mungkin berasa lebih selesa dengan sokongan dan mampatan yang ditawarkan oleh shapewear. Ultimately, it's a personal choice. Apa-apa pun, utamakan keselesaan sendiri, ok?

Jika memakai shapewear menyebabkan ketidakselesaan, tidak mengapa untuk memilih pilihan alternatif yang membuatkan anda berasa lebih selesa. Listen to your body and choose what feels best for you.

Diana Ishak
Read more

Shapewear: Memisahkan Mitos daripada Realiti

Shapewear telah wujud selama berabad-abad, tetapi salah tanggapan mengenainya terus berterusan. Sesetengah orang percaya bahawa shapewear hanya untuk orang yang mempunyai jenis badan tertentu. Pada hakikatnya, shapewear adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin enhance their natural curves. Satu mitos popular tentang shapewear ialah, ia hanya untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Yang kurus, tak perlu pakai.

Mitos itu TIDAK BENAR. Kenapa kami katakan tidak benar? Kerana shapewear tidak ada kena-mengena dengan berat badan! Entah dari mana datangnya kepercayaan bahawa shapewear boleh membakar lemak? Mereka yang percaya shapewear hanya sesuai untuk orang gemuk adalah orang yang sama menyebarkan fahaman bahawa shapewear boleh membakar lemak.

Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh memakai shapewear kerana shapewear membantu menyerlahkan lengkuk pinggang dan memberikan sokongan. Shapewear bertujuan mempercantikkan penampilan disamping memberikan bentuk badan yang lebih kemas. Walau bagaimanapun, shapewear tidak boleh mengubah sepenuhnya bentuk atau saiz semula jadi badan.

"Apa maksudnya?"

Kerana shapewear seperti Middellyf Shaping Brief hanya membantu pemakai mendapat bentuk badan yang kemas secara sementara. Contoh, perut anda buncit. Untuk menyorokkan perut yang menggeleber, anda pakai Middellyf Shaping Brief. Apabila Middellyf Shaping Brief dilucutkan, bentuk badan anda akan kembali kepada asal.

Satu lagi tanggapan salah tentang shapewear ialah ia tidak selesa untuk dipakai. Look. Shapewear yang direka dengan cutting yang buruk dan fabrik yang salah pasti buatkan pemakai berasa tidak selesa. Middellyf Shaping Brief bukan produk yang dikeluarkan dari kilang pakaian. Shapewear kami dikeluarkan oleh medical healthcare manufacturer yang mana fabrik Middellyf Shaping Brief adalah medical grade. Ia telah menjalani testing supaya pemakai selesa memakainya untuk tempoh 8-10 jam.
Diana Ishak
Read more

Shapewear: Bagaimana Ia Mempengaruhi Minda dan Badan dengan positif

Shapewear adalah item yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. It's not just about squeezing into a smaller size, tetapi lebih dari itu. Penyelidikan dan psikologi telah menunjukkan bahawa shapewear sebenarnya boleh memberi kesan positif pada minda dan badan kita. Tetapi, perlu diingat, shapewear BUKAN untuk menguruskan badan mahupun membakar lemak. Yang ini kena faham betul-betul.

Faedah paling utama memakai shapewear ialah ia dapat meningkatkan body confidence. Dengan meratakan ketulan dan benjolan lemak, shapewear memberikan pemakai penampilan yang lebih solid, which in turn can boost self-esteem. Look. Semua orang suka bila badan kelihatan lebih kecil sedikit. Semua orang suka bila perut lebih kempis. Tetapi kadang-kadang, berat sudah menurun tetapi benjolan lemak di kawasan tertentu masih ada. Ini sangat mengecewakan. Dengan menyarung shapewear, boleh membantu mencipta garis pinggang yang lebih jelas, mengangkat dan membentuk punggung, meratakan bonjolan dan memberikan sokongan keseluruhan. Dengan menyerlahkan ciri ini, shapewear membantu pemakai berasa lebih selesa dan yakin dengan badan. Bila merasa yakin, maka datanglah rasa seronok dan termotivasi untuk meneruskan penjagaan badan.

Shapewear bukan sahaja untuk melangsingkan badan. Pemilihan shapewear yang tepat juga boleh memperbaiki postur badan. Ciri mampatan pada shapewear membantu menarik otot ke arah penjajaran yang betul, menghasilkan postur yang lebih baik dan mengurangkan sakit belakang. Postur yang baik memberi kesan positif kepada keadaan mental, keyakinan, dan kesejahteraan keseluruhan. Contohnya, apabila berdiri tegak, kita berasa lebih yakin dan terkawal. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan.

Postur yang baik juga mengurangkan kemungkinan mengalami sakit sendi dan sakit kepala. Kita juga dapat bernafas dengan lebih dalam, yang boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap tenaga kita secara keseluruhan. Investing in shapewear boleh menjadi cara yang mudah dan berkesan untuk memperbaiki keyakinan diri. So why not invest in your well-being with a quality pair of Middellyf Shaping Brief today? Your body and mind will thank you.

Diana Ishak
Read more

Kenapa Middellyf Shaping Brief lebih baik untuk anda

#1 Instant slimming effect
Middellyf Shaping Brief menawarkan kesan pelangsingan yang sementara, tetapi segera dan ketara apabila dipakai. Membantu membentuk dan meratakan garis pinggang, pinggul, perut dan peha bagi mewujudkan penampilan yang lebih kemas.

#2 Comfort and flexibility
Tidak seperti korset, yang mengehadkan pergerakan, Middellyf Shaping Brief mengutamakan keselesaan dan fleksibiliti. Direka dengan fabrik lembut dan breathable yang memastikan anda boleh melakukan aktiviti harian dengan mudah.

#3 Seamless and discreet
Pakaian ini melekap dengan baik, menjadikannya hampir tidak kelihatan di bawah pakaian anda. Anda boleh memakai Middellyf dengan yakin tanpa perlu risau tentang sebarang garisan atau bonjolan yang kelihatan.

#4 Versatility
Middellyf boleh dipakai dengan pelbagai pakaian, termasuk gaun, skirt, seluar dan banyak lagi. Ia memberikan sokongan yang disasarkan kepada kawasan bermasalah, membantu anda mencapai penampilan yang lebih baik.

#5 Boost in confidence
By enhancing your natural curves, Middellyf dapat meningkatkan keyakinan anda. Feeling good about your appearance boleh memberi kesan positif kepada harga diri anda, allowing you to feel empowered.

Diana Ishak
Read more

Berbengkung selepas bersalin

Ramai new mothers cuba membuang lemak perut selepas bersalin dengan pelbagai rancangan diet dan senaman, tetapi ada yang masih memilih tradisi memakai bengkung. Anda mungkin memikirkan bengkung yang panjang 3 meter dan ambil masa untuk diikat. Kini sudah ada bengkung moden yang mudah dipakai.

Berbengkung selepas bersalin telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun dahulu oleh ramai orang dari pelbagai budaya. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan pembengkakan, mengencangkan otot-otot dan memberi punggung sokongan untuk mengurangkan rasa sakit. Selepas melahirkan, keseimbangan badan berubah kerana perut masih dalam keadaan hamil seperti bulan keempat-kelima.

Beberapa hospital di USA masih mengamalkan berbengkung (wrapping) sejurus selepas kelahiran sebelum ibu meninggalkan hospital. Ada beberapa jenis bengkung yang boleh dicuba:
  • Bengkung tradisinal
  • Korset
  • Bengkung tali pinggang
Bengkung tradisinal ialah fabrik kain cotton sepanjang 9-12 meter yang dililit di sekeliling perut. Korset tidak digalakkan kerana ia sangat ketat dan memberi tekanan yang terlalu tinggi pada pinggul dan organ di rongga perut selain fabrik yang digunakan lebih keras. Bengkung tali pinggang biasanya mempunyai pelekat velcro yang membolehkan pemakai menyesuaikan tekanan pada perut.

Middellyf Postpartum Belt adalah sejenis Bengkung Tali Pinggang. Pelekat velcro memudahkan pemakai untuk melaraskan ketat-longgar tali pinggang. Fabrik yang kami gunakan adalah dari jenis medical grade. Kajian saintifik penggunaan bengkung menunjukkan pemakaian selama 1-6 minggu selepas bersalin memberi kekuatan intra-perut dan penurunan diastasis recti pada mingu ke-enam.



Diastasis recti adalah keadaan di mana otot perut terpisah. Ia sangat biasa berlaku semasa dan selepas kehamilan. Diastasis recti berlaku kerana rahim meregangkan otot di perut untuk menampung bayi yang sedang membesar. 60% wanita mengalami diastasis rekti semasa mengandung atau selepas bersalin. Walau bagaimanapun, diastasis recti tidak terhad kepada kehamilan. Sesiapa sahaja, termasuk bayi dan orang lelaki boleh mendapat diastasis rekti. Dalam beberapa kes, ia boleh disebabkan oleh mengangkat benda berat, atau salah posisi ketika melakukan kerja berat, atau melakukan abdominal exercises yang berlebihan atau tidak selamat.

Ini bermakna penggunaan Middellyf Postpartum Belt tidak hanya terhad kepada ibu yang baru bersalin sahaja. Jika anda menyasarkan untuk mendapat kesan pelangsingan sementara, tidak ada salahnya mencuba our Middellyf Postpartum Belt. Ia pasti akan menyokong perut yang kendur dan memberi anda keyakinan mental dan fizikal untuk memakai pakaian yang sesuai.
Diana Ishak
Read more

NO! Middellyf Shaping Brief bukan korset.

Middellyf Shaping Brief bertujuan untuk menonjolkan garis badan dan bukannya mengubah dimensinya. Middellyf Shaping Brief memberi hasil sementara, sementara korset mengubah bentuk badan secara kekal. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Middellyf Shaping Brief mahupun korset sama-sama TIDAK membantu menurunkan berat badan. Walaupun ramai celebriti dan influencer mempromosikan bahawa korset boleh menurunkan berat badan, hakikatnya ia tidak berlaku semudah itu.

Jika ada yang menganggap Middellyf Shaping Brief adalah korset, anda salah. Korset dan Middellyf Shaping Brief ada perbezaan yang besar iaitu korset dipakai lebih ketat dari masa ke masa. Sebab itu korset ada cangkuk (hook). Middellyf Shaping Brief tidak begitu. Ia adalah seperti girdle yang hanya perlu disarung. Fabrik Middellyf Shaping Brief juga jenis memeri, tidak seperti korset yang lebih keras. Ini kerana Middellyf Shaping Brief tujuannya untuk meratakan kawasan perut dan pinggang yang berlemak supaya bonjolan lemak tidak kelihatan.

Pemakaian korset boleh mendatangkan keburukan untuk jangka masa panjang. Korset diperbuat daripada fabrik tegap, dengan sisipan tulang atau logam. Apabila hook diikat dengan kuat (semakin kuat), sisipan logam ini akan menekan tulang rusuk dan lama-kelamaan mengubah dimensi badan. Tidak dinafikan Middellyf Shaping Brief juga ada sisipan logam di bahagian atas tetapi ia hanya bertujuan untuk mengelakkan seluar dari bergulung ke bawah ketika dipakai. Dengan korset, perut pemakai ditekan kuat. Secara otomatik pemakai akan kurang makan, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan. Nampak seperti membantu anda menjadi kurus, bukan? Tetapi ingat! Itu boleh menyebabkan gejala pencernaan seperti irritable bowel syndrome.

Pemakaian korset yang ketat mencetuskan pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku apabila asid dari perut mengalir dari perut ke esofagus, menyebabkan kerengsaan (irritation). Akibat dari korset yang ketat, badan juga cenderung berpeluh. Peluh yang terperap terlalu lama menyebabkan kelembapan pada kulit. Ini boleh menyebabkan kerengsaan, ruam dan jangkitan bakteria dan yis. Akibatnya kulit gatal-gatal dan kemerahan. Terdapat banyak organ penting di bahagian tengah badan, termasuk hati, ginjal, dan pundi kencing. Pemakaian korset yang rutin menekan organ-organ tersebut. Organ mungkin beralih posisi atau berlaku pengurangan aliran darah, yang dapat mempengaruhi fungsi mereka.



Sekiranya berterusan untuk jangka masa panjang, kerosakan ini mungkin kekal. Sebaliknya, Middellyf Shaping Brief menggunakan teknologi 3D cutting berdasarkan prinsip ergonomik yang membentuk badan sesuai dengan struktur tubuh manusia. Middellyf Shaping Brief mengatur distribution of lemak badan untuk membentuk lekukan yang lebih cantik ketika dipakai tanpa mengubah dimensi badan. Middellyf Shaping Brief memberikan effect serta-merta pada perut, pinggang, pinggul, dan paha ketika dipakai. Kainnya elastik (memeri), tidak terlalu ketat, yang dipotong sesuai dengan lekukan tubuh manusia agar sesuai dengan kulit. Kami syorkan Middellyf Shaping Brief dipakai tidak lebih dari 8 jam sehari. Untuk long-lasting, sila rujuk cara penjagaan Middellyf pada label.
Diana Ishak
Read more

Bentuk Badan HOURGLASS

Bentuk badan hourglass dianggap sebagai bentuk badan wanita yang ideal. Bentuknya dicirikan oleh payudara, pinggang dan pinggul yang seimbang. Bentuk ini dipercayai melambangkan kesihatan, kesuburan serta daya tarikan fizikal. Ia juga dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih tinggi, iaitu hormon yang bertanggungjawab untuk perkembangan reproduktif wanita. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita cenderung untuk mencari sosok hourglass lebih daripada bentuk badan lain.

Ramai wanita berusaha untuk mencapai bentuk badan hourglass melalui pelbagai kaedah, seperti senaman, diet, dan juga pembedahan kosmetik. Dalam budaya kontemporari, bentuk badan hourglass telah dipopularkan oleh selebriti dan dipromosikan secara meluas. Hinggakan kini ada yang mempromosikan fahaman yang salah bahawa pakaian tertentu boleh mengubah bentuk badan menjadi ramping. Look. Pakaian hanya boleh meningkatkan penampilan dan menyerlah sosok badan, tetapi TIDAK BOLEH mengubah bentuk badan secara fizikal. Pakaian yang ketat di pinggang boleh mencipta ilusi pinggang yang lebih kecil dan menyerlahkan bentuk badan hourglass yang lebih jelas.

Pakaian seperti shapewear boleh menyerlahkan lengkungan dan mencipta shape yang lebih cantik. Badan nampak lebih cantik berkebaya di pagi raya bila menyarung Middellyf Shaping Brief di dalam.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah memakai Middellyf Shaping Brief secara kerap membentuk semula badan secara kekal?

Terima kasih kepada Kim Kardashian yang mendakwa pinggangnya yang ramping adalah hasil daripada memakai shapewear. Well, sorry to ruin your dreams, tapi jangan terpedaya dengan dakwaan Kim Kardashian because the answer is TIDAK SEMUDAH ITU. Kenapa kami katakan begitu?

Tujuan shapewear adalah pemampatan. Menggunakan bahan yang berbeza, shapewear membantu melicinkan kawasan yang bermasalah. Shapewear membantu mengurangkan beberapa inci dan secara amnya memberi anda ilusi badan yang lebih ramping dan langsing. Middellyf Shaping Brief membantu anda mencapai ini melalui gabungan panel, fabrik dan jahitan yang menyasarkan bahagian badan yang berbeza bergantung pada hasil yang ingin dicapai.

Middellyf Shaping Brief mengubah penampilan pemakai buat sementara. Anda merasa lebih yakin berpakaian ketika menyarung Middellyf Shaping Brief. Tetapi, sebaik sahaja melepaskan Middellyf Shaping Brief, badan anda kembali ke asal. Jika ketika memakai Middellyf Shaping Brief saiz pinggang mengecil 2 inci, ukuran pinggang kembali ke saiz asal selepas menanggalkannya dari badan.

Dalam erti kata lain, walaupun Middellyf Shaping Brief boleh meratakan perut dan mengecilkan pinggang, ia tidak boleh mengubahnya secara kekal. Apa yang didakwa oleh Kim Kardashian bukanlah shapewear seperti Middellyf, tetapi korset. Korset biasanya dibuat daripada bahan mampatan yang keras dan dipakai dengan sangat ketat. Korset cenderung menggunakan boning dan bahan lain untuk membantu memberikan mampatan dan sokongan. Dengan memakai korset sepanjang masa, wanita berharap dapat membentuk garis pinggang ‘hourglass’ secara kekal. Mampatan korset yang kuat boleh mengubah bentuk badan secara kekal dan berisiko memberi kesan terhadap organ dalaman.

Jangan risau dengan Middellyf Shaping Brief. Bentuk badan anda tidak berubah secara kekal. Middellyf Shaping Brief boleh membantu pemakai kelihatan lebih slim dan mendorong kulit dan otot in the right directions, tetapi tidak membakar lemak.
Diana Ishak
Read more
35 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart