Berbengkung selepas bersalin

Ramai new mothers cuba membuang lemak perut selepas bersalin dengan pelbagai rancangan diet dan senaman, tetapi ada yang masih memilih tradisi memakai bengkung. Anda mungkin memikirkan bengkung yang panjang 3 meter dan ambil masa untuk diikat. Kini sudah ada bengkung moden yang mudah dipakai.

Berbengkung selepas bersalin telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun dahulu oleh ramai orang dari pelbagai budaya. Ia dipercayai dapat membantu mengurangkan pembengkakan, mengencangkan otot-otot dan memberi punggung sokongan untuk mengurangkan rasa sakit. Selepas melahirkan, keseimbangan badan berubah kerana perut masih dalam keadaan hamil seperti bulan keempat-kelima.

Beberapa hospital di USA masih mengamalkan berbengkung (wrapping) sejurus selepas kelahiran sebelum ibu meninggalkan hospital. Ada beberapa jenis bengkung yang boleh dicuba:
  • Bengkung tradisinal
  • Korset
  • Bengkung tali pinggang
Bengkung tradisinal ialah fabrik kain cotton sepanjang 9-12 meter yang dililit di sekeliling perut. Korset tidak digalakkan kerana ia sangat ketat dan memberi tekanan yang terlalu tinggi pada pinggul dan organ di rongga perut selain fabrik yang digunakan lebih keras. Bengkung tali pinggang biasanya mempunyai pelekat velcro yang membolehkan pemakai menyesuaikan tekanan pada perut.

Middellyf Postpartum Belt adalah sejenis Bengkung Tali Pinggang. Pelekat velcro memudahkan pemakai untuk melaraskan ketat-longgar tali pinggang. Fabrik yang kami gunakan adalah dari jenis medical grade. Kajian saintifik penggunaan bengkung menunjukkan pemakaian selama 1-6 minggu selepas bersalin memberi kekuatan intra-perut dan penurunan diastasis recti pada mingu ke-enam.



Diastasis recti adalah keadaan di mana otot perut terpisah. Ia sangat biasa berlaku semasa dan selepas kehamilan. Diastasis recti berlaku kerana rahim meregangkan otot di perut untuk menampung bayi yang sedang membesar. 60% wanita mengalami diastasis rekti semasa mengandung atau selepas bersalin. Walau bagaimanapun, diastasis recti tidak terhad kepada kehamilan. Sesiapa sahaja, termasuk bayi dan orang lelaki boleh mendapat diastasis rekti. Dalam beberapa kes, ia boleh disebabkan oleh mengangkat benda berat, atau salah posisi ketika melakukan kerja berat, atau melakukan abdominal exercises yang berlebihan atau tidak selamat.

Ini bermakna penggunaan Middellyf Postpartum Belt tidak hanya terhad kepada ibu yang baru bersalin sahaja. Jika anda menyasarkan untuk mendapat kesan pelangsingan sementara, tidak ada salahnya mencuba our Middellyf Postpartum Belt. Ia pasti akan menyokong perut yang kendur dan memberi anda keyakinan mental dan fizikal untuk memakai pakaian yang sesuai.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart