NO! Middellyf Shaping Brief bukan korset.

Middellyf Shaping Brief bertujuan untuk menonjolkan garis badan dan bukannya mengubah dimensinya. Middellyf Shaping Brief memberi hasil sementara, sementara korset mengubah bentuk badan secara kekal. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Middellyf Shaping Brief mahupun korset sama-sama TIDAK membantu menurunkan berat badan. Walaupun ramai celebriti dan influencer mempromosikan bahawa korset boleh menurunkan berat badan, hakikatnya ia tidak berlaku semudah itu.

Jika ada yang menganggap Middellyf Shaping Brief adalah korset, anda salah. Korset dan Middellyf Shaping Brief ada perbezaan yang besar iaitu korset dipakai lebih ketat dari masa ke masa. Sebab itu korset ada cangkuk (hook). Middellyf Shaping Brief tidak begitu. Ia adalah seperti girdle yang hanya perlu disarung. Fabrik Middellyf Shaping Brief juga jenis memeri, tidak seperti korset yang lebih keras. Ini kerana Middellyf Shaping Brief tujuannya untuk meratakan kawasan perut dan pinggang yang berlemak supaya bonjolan lemak tidak kelihatan.

Pemakaian korset boleh mendatangkan keburukan untuk jangka masa panjang. Korset diperbuat daripada fabrik tegap, dengan sisipan tulang atau logam. Apabila hook diikat dengan kuat (semakin kuat), sisipan logam ini akan menekan tulang rusuk dan lama-kelamaan mengubah dimensi badan. Tidak dinafikan Middellyf Shaping Brief juga ada sisipan logam di bahagian atas tetapi ia hanya bertujuan untuk mengelakkan seluar dari bergulung ke bawah ketika dipakai. Dengan korset, perut pemakai ditekan kuat. Secara otomatik pemakai akan kurang makan, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan. Nampak seperti membantu anda menjadi kurus, bukan? Tetapi ingat! Itu boleh menyebabkan gejala pencernaan seperti irritable bowel syndrome.

Pemakaian korset yang ketat mencetuskan pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku apabila asid dari perut mengalir dari perut ke esofagus, menyebabkan kerengsaan (irritation). Akibat dari korset yang ketat, badan juga cenderung berpeluh. Peluh yang terperap terlalu lama menyebabkan kelembapan pada kulit. Ini boleh menyebabkan kerengsaan, ruam dan jangkitan bakteria dan yis. Akibatnya kulit gatal-gatal dan kemerahan. Terdapat banyak organ penting di bahagian tengah badan, termasuk hati, ginjal, dan pundi kencing. Pemakaian korset yang rutin menekan organ-organ tersebut. Organ mungkin beralih posisi atau berlaku pengurangan aliran darah, yang dapat mempengaruhi fungsi mereka.



Sekiranya berterusan untuk jangka masa panjang, kerosakan ini mungkin kekal. Sebaliknya, Middellyf Shaping Brief menggunakan teknologi 3D cutting berdasarkan prinsip ergonomik yang membentuk badan sesuai dengan struktur tubuh manusia. Middellyf Shaping Brief mengatur distribution of lemak badan untuk membentuk lekukan yang lebih cantik ketika dipakai tanpa mengubah dimensi badan. Middellyf Shaping Brief memberikan effect serta-merta pada perut, pinggang, pinggul, dan paha ketika dipakai. Kainnya elastik (memeri), tidak terlalu ketat, yang dipotong sesuai dengan lekukan tubuh manusia agar sesuai dengan kulit. Kami syorkan Middellyf Shaping Brief dipakai tidak lebih dari 8 jam sehari. Untuk long-lasting, sila rujuk cara penjagaan Middellyf pada label.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart