Bentuk Badan HOURGLASS

Bentuk badan hourglass dianggap sebagai bentuk badan wanita yang ideal. Bentuknya dicirikan oleh payudara, pinggang dan pinggul yang seimbang. Bentuk ini dipercayai melambangkan kesihatan, kesuburan serta daya tarikan fizikal. Ia juga dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih tinggi, iaitu hormon yang bertanggungjawab untuk perkembangan reproduktif wanita. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita cenderung untuk mencari sosok hourglass lebih daripada bentuk badan lain.

Ramai wanita berusaha untuk mencapai bentuk badan hourglass melalui pelbagai kaedah, seperti senaman, diet, dan juga pembedahan kosmetik. Dalam budaya kontemporari, bentuk badan hourglass telah dipopularkan oleh selebriti dan dipromosikan secara meluas. Hinggakan kini ada yang mempromosikan fahaman yang salah bahawa pakaian tertentu boleh mengubah bentuk badan menjadi ramping. Look. Pakaian hanya boleh meningkatkan penampilan dan menyerlah sosok badan, tetapi TIDAK BOLEH mengubah bentuk badan secara fizikal. Pakaian yang ketat di pinggang boleh mencipta ilusi pinggang yang lebih kecil dan menyerlahkan bentuk badan hourglass yang lebih jelas.

Pakaian seperti shapewear boleh menyerlahkan lengkungan dan mencipta shape yang lebih cantik. Badan nampak lebih cantik berkebaya di pagi raya bila menyarung Middellyf Shaping Brief di dalam.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart