Apabila Shapewear Terlalu Ketat pada Badan.
Bagi kebanyakan wanita, shapewear adalah satu 'anugerah'. Shapewear mampu meratakan benjolan lemak yang terlihat ketika memakai pakaian (lebih-lebih lagi fabrik satin). Sepasang shapewear yang boleh dipercayai boleh meningkatkan keyakinan seseorang ketika berpakaian. Walau bagaimanapun, memakai shapewear yang terlalu ketat, there a price to pay.
Memakai shapewear yang terlalu ketat boleh menyukarkan pernafasan dan menyebabkan masalah pencernaan seperti asid refluks. Antara tanda-tanda anda memakai shapewear yang salah adalah sukar menarik nafas panjang selepas 1 jam pemakaian. Shapewear yang salah juga membuatkan pemakai sukar menghabiskan makanan, even a normal-size meal.
- Shapewear yang terlalu ketat seperti korset boleh menyebabkan sesak nafas because decreases your oxygen supply, yang membawa kepada pening kepala.
- Shapewear yang terlalu ketat memampatkan perut dan menghalang kandungannya daripada melepasi dengan betul, dan sebaliknya boleh kembali ke esofagus.
- Shapewear yang sangat ketat tidak membenarkan kulit bernafas. Ini menyebabkan masalah kulit seperti ruam akibat yis yang terbentuk dalam lipatan kulit, terutama di bawah payudara dan kawasan pangkal paha.
Yis suka tumbuh di kawasan yang hangat dan lembap akibat peluh yang terperangkap di bawah baju ketat. A rule of thumb is to make sure your shapewear is not too tight.