Bolehkah lemak pada bahagian badan tertentu dikurangkan?

 

Hampir semua orang mahu mengubah bahagian-bahagian tertentu badan. Saiz pinggang, paha, punggung dan lengan adalah kawasan biasa di mana orang cenderung menyimpan lemak badan berlebihan.

Ramai yang mengambil keputusan mencuba senaman tertentu yang menyasarkan pengurangan lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan.
Sesetengah orang memiliki lemak yang sekata seluruh badan, manakala sebahagian besar orang memiliki lemak yang lebih di bahagian tertentu seperti punggung, paha atau perut.

Ramai yang tidak tahu bahawa pengumpulan lemak dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, genetik dan gaya hidup. Sebagai contoh, wanita cenderung menyimpan lemak berlebihan di paha dan punggung, terutamanya semasa mengandung. Walau bagaimanapun, apabila usia mencecah akhir 40-an dan menopaus, perubahan hormon menyebabkan berat badan beralih ke kawasan perut. Disebabkan itu, ramai yang memilih untuk melakukan senaman untuk mengurangkan lemak di bahagian tertentu seperti sit ups.


Namun, dari sudut saintifik, kehilangan lemak tidak berfungsi seperti itu. Untuk memahami mengapa targeted exercise mungkin tidak berkesan, penting untuk kita fahami bagaimana badan membakar lemak. Lemak datang dalam bentuk trigliserida, iaitu lemak yang boleh digunakan oleh badan sebagai tenag. Sebelum lemak dibakar untuk tenaga, trigliserida mesti dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dipanggil asid lemak bebas dan gliserol, yang boleh memasuki aliran darah.

Semasa bersenam, asid lemak bebas dan gliserol ini boleh datang dari mana-mana bahagian badan, bukan khusus dari kawasan yang sedang bersenam. Bermakna, berat badan boleh berkurangan akibat bersenam tetapi lemak pada bahagian tertentu badan tidak semestinya berkurang.

Memang benar pergerakan perut boleh mengencangkan otot tetapi perubahan tidak akan nampak melainkan badan kehilangan berat secara keseluruhan. Dalam erti kata lain, ketika bersenam, seseorang juga mesti berdiet. Senaman sahaja tidak akan mengurangkan berat badan. Senaman hanya mengencangkan otot so that you have stronger stomach muscles.

Tapi kami faham, walaupun berat keseluruhan sudah berkurang, masih ada bahagian tertentu yang perlu 'dikempiskan' seperti perut dan paham. Sebab itulah kami ada Middellyf Shaping Brief. Ia BUKAN pakaian yang mengurangkan lemak anda tetapi memberikan temporary bentuk badan yang lebih lansing. Memakai Middellyf Shaping Brief menjadikan perut lebih rata, pinggang lebih mengecil dan berlekuk serta mengurangkan kelebaran paha dan punggung.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart