Apa beza Middellyf dengan Korset
Middellyf BUKAN korset. Middellyf bertujuan untuk menonjolkan garis badan (di bawah pakaian) dan bukannya mengubah dimensinya. Middellyf memberi hasil sementara, sementara korset mengubah bentuk badan secara kekal. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Middellyf mahupun korset tidak membantu menurunkan berat badan secara lansung. Walaupun ramai celebriti dan influencer mempromosikan korset boleh menurunkan berat badan, hakikatnya ia tidak berlaku semudah itu.
Jika anda menganggap Middellyf adalah korset, anda salah. Korset dan Middellyf ada perbezaan yang besar iaitu korset dipakai secara rutin bahkan lebih ketat dari masa ke masa. Sebab itu korset ada cangkuk (hook). Middellyf tidak perlu dipakai secara rutin. Anda boleh memilih untuk memakai Middellyf ketika mahu keluar rumah sahaja. Fabrik Middellyf juga memeri, tidak seperti korset yang lebih keras. Ini kerana Middellyf berfungsi untuk meratakan kawasan sasaran yang berlemak supaya bonjolan lemak tidak kelihatan, bukannya mengubah bentuk badan secara kekal.
Pemakaian korset boleh mendatangkan keburukan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana perut pemakai ditekan akibat korset yang ketat, secara otomatik pemakai akan kurang makan, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan. Tetapi ia juga boleh menyebabkan gejala pencernaan seperti irritable bowel syndrome. Pemakaian korset yang ketat juga mencetuskan pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku apabila asid dari perut mengalir dari perut ke esofagus, menyebabkan kerengsaan (irritation).
Akibat dari korset yang ketat, badan cenderung berpeluh. Peluh yang terperap terlalu lama menyebabkan kelembapan pada kulit. Ini boleh menyebabkan kerengsaan, ruam dan jangkitan bakteria dan yis. Akibatnya kulit gatal-gatal dan kemerahan. Terdapat banyak organ penting di bahagian tengah badan, termasuk hati, ginjal, dan pundi kencing. Pemakaian korset yang rutin menekan organ-organ tersebut. Organ mungkin beralih posisi atau berlaku pengurangan aliran darah, yang dapat mempengaruhi fungsi mereka. Sekiranya berterusan untuk jangka masa panjang, kerosakan ini mungkin kekal.
Sebaliknya, Middellyf menggunakan teknologi 3D cutting berdasarkan prinsip ergonomik yang membentuk badan sesuai dengan struktur tubuh manusia. Middellyf mengatur distribution of lemak badan untuk membentuk lekukan yang lebih cantik ketika dipakai tanpa mengubah dimensi badan.
Middellyf memberikan effect serta-merta pada perut, pinggang, pinggul, dan paha ketika dipakai. Ia terbuat dari kain elastik (memeri), tidak terlalu ketat, yang dipotong sesuai dengan lekukan tubuh manusia agar sesuai dengan kulit. Kami syorkan Middellyf dipakai tidak lebih dari 8 jam sehari. Untuk long-lasting, sila rujuk cara penjagaan Middellyf pada label.