Middellyf Postpartum Belt

Ramai ibu-ibu yang sedang hamil dan berpantang bertanya samada mereka boleh memakai Middellyf Shaping Brief selepas melahirkan nanti. Well, it 's up to you. To some, maybe agak menyusahkan ketika menyarung dan menanggalkannya. Tahu sajalah, baru lepas bersalin dan sedang berpantang - pergerakan terhad.

Yes, we hear you! Kami perkenalkan lineup terbaru GreenAard iaitu MIDDELLYF POSTPARTUM BELT, khas untuk wanita yang baru melahirkan.

"Adakah Middellyf Postpartum Belt sejenis korset"?

Walaupun ia kelihatan seakan-akan sama, tapi tidak. Middellyf Postpartum Belt BUKAN korset. Ia hanya menyokong kulit yang longgar dan otot perut pada beberapa minggu pertama selepas bersalin. Middellyf Postpartum Belt menyokong perut dengan baik. Secara psikologi ia membantu wanita berasa lebih baik kerana perut tidak terasa begitu longgar (terbuai-buai). Tetapi Middellyf Postpartum Belt tidak mengecutkan rahim dengan lebih cepat atau meningkatkan aliran darah ke bahagian caesar. Malah, satu penipuan jika kami katakan ia mampu melakukan itu.

Secara peribadi kami tidak merasakan mana-mana korset mahupun Middellyf Postpartum Belt boleh menjalankan fungsi mengecutkan rahim. Ia hanya sehelai supportive wrap yang membantu pemakai berasa lebih selesa. Satu lagi perbezaan di antara Middellyf Postpartum Belt dengan korset mahupun waist trainer yang lain adalah fabrik yang digunakan. Middellyf Postpartum Belt menggunakan bahan polyester-spandex yang breatheable manakala kebanyakkan korset diperbuat daripada latex atau fabrik agak keras/kejung yang mendorong kesan termal (berpeluh).

Middellyf Postpartum Belt menerapkan trapezium design di bahagian belakang untuk mengurangkan tekanan dan menjadikannya lebih selesa dipakai. Sekiranya mahu mendapatkan keselesaan pada perut serta kesan pelangsingan sementara, cubalah Middellyf Postpartum Belt. Tetapi jika mahukan a totally optional postpartum undergarment, boleh consider Middellyf Shaping Brief sekali. Selain meratakan bahagian perut, Middellyf Shaping Brief menambahkan sokongan pada pinggul dan paha dan membantu aliran limfatik. Klik sini untuk lihat saiz.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart