Middellyf Postpartum Belt

Ramai ibu-ibu yang sedang hamil dan berpantang bertanya samada mereka boleh memakai Middellyf Shaping Brief selepas melahirkan nanti. Well, it 's up to you. To some, maybe agak menyusahkan ketika menyarung dan menanggalkannya. Tahu sajalah, baru lepas bersalin dan sedang berpantang - pergerakan terhad.

Yes, we hear you! Kami perkenalkan lineup terbaru GreenAard iaitu MIDDELLYF POSTPARTUM BELT, khas untuk wanita yang baru melahirkan.

"Adakah Middellyf Postpartum Belt sejenis korset"?

Walaupun ia kelihatan seakan-akan sama, tapi tidak. Middellyf Postpartum Belt BUKAN korset. Ia hanya menyokong kulit yang longgar dan otot perut pada beberapa minggu pertama selepas bersalin. Middellyf Postpartum Belt menyokong perut dengan baik. Secara psikologi ia membantu wanita berasa lebih baik kerana perut tidak terasa begitu longgar (terbuai-buai). Tetapi Middellyf Postpartum Belt tidak mengecutkan rahim dengan lebih cepat atau meningkatkan aliran darah ke bahagian caesar. Malah, satu penipuan jika kami katakan ia mampu melakukan itu.

Secara peribadi kami tidak merasakan mana-mana korset mahupun Middellyf Postpartum Belt boleh menjalankan fungsi mengecutkan rahim. Ia hanya sehelai supportive wrap yang membantu pemakai berasa lebih selesa. Satu lagi perbezaan di antara Middellyf Postpartum Belt dengan korset mahupun waist trainer yang lain adalah fabrik yang digunakan. Middellyf Postpartum Belt menggunakan bahan polyester-spandex yang breatheable manakala kebanyakkan korset diperbuat daripada latex atau fabrik agak keras/kejung yang mendorong kesan termal (berpeluh).

Middellyf Postpartum Belt menerapkan trapezium design di bahagian belakang untuk mengurangkan tekanan dan menjadikannya lebih selesa dipakai. Sekiranya mahu mendapatkan keselesaan pada perut serta kesan pelangsingan sementara, cubalah Middellyf Postpartum Belt. Tetapi jika mahukan a totally optional postpartum undergarment, boleh consider Middellyf Shaping Brief sekali. Selain meratakan bahagian perut, Middellyf Shaping Brief menambahkan sokongan pada pinggul dan paha dan membantu aliran limfatik. Klik sini untuk lihat saiz.


Diana Ishak
Read more

Postpartum Belt Terbaik untuk Pemulihan Selepas Bersalin

Menyambut kedatangan orang baru setelah bertarung nyawa berjam-jam (not to mention many months to get them there) adalah perkara yang amat menggembirakan. Waktu berpantang tidak seharusnya dibebani dengan rasa tertekan akibat lenguh/sakit menggendong bayi dan keletihan.

Pertama sekali perlu fahami bahawa tubuh badan wanita is amazing. Adalah normal dan sihat untuk badan merasa berbeza selepas melahirkan. Wanita memerlukan 9 bulan to grow baby, jadi sekurang-kurangnya perlu waktu yang sama untuk kembali ke keadaan asal. Apetah lagi jika menyusu badan, badan memerlukan kalori dan banyak minum air supaya bayi mendapat manfaat dari susu. Sekiranya memerlukan sokongan tambahan untuk perut, salah satu pilihan yang adalah Middellyf Postpartum Belt.

Apakah Middellyf Postpartum Belt?

Ia bukannya seperti kain bengkung 2 meter nenek kita dahulu. Konsepnya sama, tetapi tidak sama. Middellyf Postpartum Belt lebih dari sekadar membantu badan kelihatan lebih cantik. Ia adalah medical-grade postpartum belt yang direka untuk membantu dalam pemulihan selepas bersalin. Kelebihan Middellyf Postpartum Belt termasuk:
  • membantu pemulihan selepas kelahiran (recovery)
  • menggalakkan aliran darah
  • memperbaiki postur dan pergerakan
  • mengurangkan sakit belakang
  • memberikan sokongan pada otot perut anda untuk membantu penyembuhan atau membuatkan pergerakan lebih selesa
  • mengurangkan pembengkakan dan pengekalan cecair dalam badan (fluid retention)
Melahirkan anak memang sukar. Tetapi jika kelahiran itu adalah C-section, pemulihan menjadi lebih sukar kerana akses ke rahim memerlukan pelbagai lapisan otot dan tisu dipotong. Selalunya wanita yang menjalani C-section lebih sakit, lebih banyak pendarahan, dan ketidakselesaan. Mengikat perut (berbengkung) dapat membantu luka sembuh dengan betul. Tempoh pemulihan lebih perlahan bagi yang menjalani C-section. The good news is, wanita yang melahirkan secara C-section dan menggunakan bengkung selepas bersalin kurang mengalami kesakitan, pendarahan, dan ketidakselesaan.

Sekiranya melahirkan secara vagina (normal), anda boleh menggunakan bengkung right away. Tetapi sekiranya melalui C-section, harus tunggu hingga luka sembuh dan kering. Jika memilih Middellyf Postpartum Belt, anda boleh menggunakannya terus selepas bersalin kerana ia tidak sekompleks dan seketat bengkung tradisional. Walau bagaimanapun, bincang dengan doktor terlebih dahulu.

Bengkung tradisional menggunakan kain panjang selebar 9 inci dan panjang 16 meter. Tujuannya adalah untuk membungkus perut sekurang-kurangnya 12 jam sehari, selama 30 hari atau lebih. Dengan Middellyf Postpartum Belt, anda boleh memakai selama yang diperlukan setiap hari selagi merasa selesa. Walau bagaimanapun, kami syorkan memakai hanya selama 2 hingga 12 minggu sahaja.
Diana Ishak
Read more

Mengapa Middellyf Postpartum Belt berkesan untuk pemulihan selepas bersalin.

Semasa hamil, badan meregang untuk menampung bayi. Organ bergerak keluar dari kedudukan normal. Bahkan otot perut terpisah untuk memberi ruang. Setelah melahirkan, badan perlu menggerakkan semula otot dan organ ke kedudukan asal. Apabila dilakukan dengan betul, Middellyf Postpartum Belt memberikan mampatan lembut pada otot untuk mengembalikannya ke tempat asal di samping memberikan sokongan pada perut dan pinggul.

Bagi banyak wanita, otot perut mungkin tidak menguncup secara semula jadi dalam jangka masa standard 2 bulan setelah melahirkan. Ini dikenali sebagai diastasis recti (letak gambar). Middellyf Postpartum Belt membantu menyatukan otot perut ini. Walaupun Middellyf Postpartum Belt mempunyai manfaat terapeutik yang membantu mempercepat pemulihan selepas bersalin - atau sekurang-kurangnya menjadikan tempoh pemulihan lebih selesa, produk ini bukanlah produk ajaib.

Ramai menganggap Middellyf Postpartum Belt adalah korset yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya, TIDAK. Middellyf Postpartum Belt bukan untuk tujuan menurunkan berat badan. Ia adalag sebagai alat sokongan sahaja. Sekiranya mengecilkan pinggang menjadi tujuan utama anda, Middellyf Postpartum Belt bukanlah produk yang tepat. Pengaruh Instagram dan selebriti menjadikan korset kelihatan seperti cara yang mudah dan terbaik untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki bentuk badan. Hakikatnya, penggunaan korset untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan organ hilang fungsi akibat mampatan yang kuat.

Adakah Middellyf Postpartum Belt lebih bagus dari bengkung tradisional?

We would say tradisional bengkung susah untuk diuruskan lebih-lebih lagi jika dipakai sendiri. Middellyf Postpartum Belt lebin senang dipakai dan dilepaskan kerana ia menggunakan Velcro. Apa-apa pun Middellyf Postpartum Belt sangat selesa dan tidak menghalang kemampuan pengguna untuk bernafas dan melakukan tugas mudah seperti duduk atau berjalan.

Berminat? Sila rujuk size di bawah kemudian whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart