Berhabis beli makeup tools, tetapi kenapa untuk bersihkan solekan wajah hanya guna wet wipes?

Melabur dalam alat solekan berkualiti adalah satu kemestian bagi peminat kecantikan. Daripada berus solek dengan bulu yang gebu, berus tirus atau senget, kepada aplikator, alatan ini semua membantu mencapai rupa yang diinginkan. Tetapi, when it comes to removing make-up, ramai bergantung pada wet wipes dan teknik pembersihan yang tidak betul. Kenapa, ya? Kenapa bila mencuci solekan ramai suka memilih untuk berlebih kurang sahaja?

Menggunakan kaedah pembersihan yang salah boleh menyebabkan masalah kulit seperti liang tersumbat, jerawat, dan kerengsaan. Berus dan sponge yang kotor boleh mengumpul bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Itulah sebabnya penting untuk membersihkan solekan wajah dengan betul. Wet wipes mungkin pilihan yang mudah, tetapi ia sebenarnya meninggalkan sisa solekan pada wajah. Wet wipes TIDAK PERNAH mampu untuk membersihkan kulit sepenuhnya. Ini kerana wet wipes tidak mempunyai tahap kuasa pembersihan yang sama seperti sabun dan air.

Walaupun wet wipes boleh mengeluarkan kotoran dan solekan dari permukaan kulit, ia tidak berkesan untuk membuang bakteria atau pengumpulan minyak pada liang kulit. Malah, gosokan dan pressure sekitar kulit wajah akan membuatkan solekan lebih termasuk ke dalam liang kulit. Sisa solekan yang tersisa ini boleh menghalang penyerapan produk kulit lain, seperti moisturizers dan sunscreens. Ini bermakna wet wipes yang digunakan dengan kerap, tidak akan mampu melindungi kulit secukupnya. Kesimpulannya, walaupun wet wipes kelihatan seperti pilihan yang mudah untuk membersihkan solekan, ia bukanlah pengganti kebersihan yang betul. Lebih bagus menggunakan air dan sabun atau makeup remover yang lembut untuk memastikan kulit dibersihkan secara menyeluruh.

 

Diana Ishak
Read more

Makeup Remover vs Tisu basah

Makeup Remover dan Tisu basah adalah dua pilihan untuk menanggalkan solekan dari wajah. Makeup Remover direka khusus untuk melarutkan dan menanggalkan solekan daripada kulit. Makeup Remover selalunya datang dalam bentuk cecair atau krim dan disapu dengan pad kapas. Tisu basah tidak semestinya direka untuk menanggalkan solekan tetapi boleh digunakan sebagai pilihan alternatif. Tisu basah adalah tisu pra-lembap dan digunakan untuk mengelap seluruh muka, bukan hanya untuk menanggalkan kawasan solekan.

Dahulu, hampir kesemua makeup remover memerlukan bilasan dengan air selepas digunakan. Itu membuatkan pengguna terpaksa membasuh muka 2 kali, satu dengan makeup remover, satu lagi dengan pencuci muka. Ini kerana makeup remover dahulu kebanyakannya berasaskan minyak/krim. Maka sebab itulah tisu basah menjadi pilihan alternatif kerana ia cepat dan mudah. Tisu basah boleh menjadi mudah semasa dalam perjalanan, tetapi mungkin tidak berkesan seperti makeup remover. Walau bagaimanapun, tisu basah memberi kesan buruk pada kulit pada jangka masa panjang.

Makeup Remover biasanya lebih lembut pada kulit dan mengandungi bahan-bahan yang khusus bertujuan untuk menghapus solekan serta menghidratkan kulit. Manakala tisu basah, terutamanya yang mengandungi alkohol atau bahan kimia yang keras, berpotensi merengsakan atau mengeringkan kulit. Penggunaan berulang kali tisu basah pada muka boleh merosakkan skin's protective barrier, menjadikannya terdedah kepada kerosakan dan jangkitan. Lagipun, menggunakan tisu basah terlalu kerap boleh menyebabkan keradangan dan jerawat. Bagaimana ia boleh berlaku?

Selalunya, seseorang yang menggunakan tisu basah untuk mencuci solekan akan menyapu keseluruhan wajahnya dengan tisu yang sama. Sambil menyapu keseluruh wajah, tisu akan ditekan ke muka untuk memaksa solekan degil tertanggal. Itu akan membuatkan minyak dan bahan kimia solekan disapu keserata bahagian wajah yang lain dan ditekan masuk ke dalam liang kulit yang lebih dalam. Tisu basah tidak boleh digunakan sebagai pengganti rutin pembersihan yang betul. Jika tisu basah mesti digunakan, pilihlah tisu yang dirumus khusus untuk kulit sensitif dan mengandungi pelembap untuk menggantikan the skin's moisture barrier.

GreenAard Makeup Remover adalah pencuci solekan yang sangat efisien menanggalkan solekan. Apabila botol dipicit, ia mengeluarkan buih yang kemudian disapu keseluruhan wajah. Solekan tanggal serta-merta. Tidak memerlukan pressure yang kuat untuk menanggalkan solekan.
Diana Ishak
Read more

Mengapa muka masih terasa berminyak selepas cuci?

Hakikatnya, di bawah setiap liang kulit terdapat kelenjar sebum yang menghasilkan minyak semulajadi yang dipanggil sebum. Sebum membantu mengekalkan kulit kekal terhidrat dan sihat. Walau bagaimanapun, pada sesetengah orang, kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak. Ini menyebabkan kulit berminyak.

Seseorang dikatakan kulit berminyak jika kulit SENTIASA kelihatan berkilat, dan perlu dilap berkali-kali sehari. Jenis kulit begini boleh berasa berminyak dalam beberapa jam selepas dicuci. Penyebab kulit berminyak termasuk faktor genetik, persekitaran, dan gaya hidup. Walaupun tidak dapat menyingkirkan kulit berminyak sepenuhnya, seseorang boleh mengambil langkah untuk mengenal pasti puncanya.

Punca 1: Genetik
Jika salah ibu atau bapa mempunyai kulit berminyak akibat kelenjar sebum yang terlalu aktif, genetik ini boleh diturunkan.

Punca 2: Usia
Kulit menghasilkan kurang sebum apabila semakin tua. Kulit yang semakin tua kehilangan protein, seperti kolagen, dan kelenjar sebum menjadi perlahan.

Itulah sebabnya mengapa ramai orang yang semakin berusia kulit semakin kering. Ketika itu juga garis halus dan kedutan semakin ketara kerana kekurangan kolagen dan sebum (minyak semulajadi). Satu manfaat kulit berminyak, ketika semakin berusia, kulit tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan yang cepat. Awet muda! Pori-pori boleh meregang kerana usia. Turun naik berat badan dan jerawat sebelum ini juga menjadikan liang pori membesar dan cenderung menghasilkan lebih banyak minyak. Pori-pori TIDAK BOLEH dikecilkan, tetapi seseorang can take extra care untuk mengawal minyak muka yang keluar dengan menyerap minyak menggunakan blotting papers.

Cleansing Gel mungkin tidak berapa sesuai untuk digunakan jika kulit berminyak tetapi boleh cuba our Makeup Remover. Makeup Remover GreenAard adalah 2 dalam 1 - makeup remover dan cleanser.
Diana Ishak
Read more

Ada sebab lain kenapa kulit muka jadi pucat dan cepat tua

Punca kenapa kulit muka cepat tua - #1.
Membasuh muka tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu.

Solekan TIDAK AKAN tanggal dengan baik dengan menggunakan sabun biasa. Kalaupun tanggal, pasti mengambil masa. Jika tidak dibersihkan dengan betul, pasti ada kesan smudge di sekeliling mata. Anda sebab kenapa makeup remover dicipta khas untuk membersihkan solekan wajah. Jika solekan boleh dibersihkan hanya dengan sabun buku Lux ataupun pencuci muka biasa, tak perlulah saintis bersusah payah mencipta makeup remover, betul tak? Alat kosmetik menggunakan bahan kimia yang bersifat kalis minyak, air dan peluh. Jadi, ia perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menanggalkannya. Mungkin sebab itulah ramai skip malas memakai make up kerana nak membersihkannya perlu extra effort.

Punca kenapa kulit muka cepat tua - #2.
Menggunakan kapas/tisu yang sama pada seluruh wajah.

Nak jimat kapas punya pasal, ada yang menggunakan hanya 1 keping kapas untuk tanggalkan solekan pada seluruh muka. Jangan buat macam tu! Menggunakan satu kapas/tisu saja untuk membersihkan seluruh wajah TIDAK AKAN membuatkan muka jadi bersih. Ini kerana, solekan pada mata boleh berpindah pada bahagian muka yang lain, dan sebaliknya. Kesan solekan pada kapas yang sudah kotor ini berpotensi masuk pada liang wajah. Selain dari itu, menggunakan kapas/tisu tidak benar-benar bersih. Kesan solekan boleh tertinggal pada wajah. Sebab itulah, penggunaan tisu/kapas/wet wipes bukan kaedah yang bagus untuk membersihkan solekan. Gosokan yang kuat pada kulit sekitar mata membuatkan kulit mudah kering dan berkedut, kerana kulit sekitar mata lebih nipis berbanding bahagian lain.

Punca kenapa kulit muka cepat tua - #3.
Solekan mata tak tanggal sepenuhnya.

Solekan mata yang tak dibuang dengan betul bukan sahaja membuatkan mata nampak sembab, tetapi menyebabkan jangkitan mata (selalunya ketumbit tumbuh dalam mata). Sebenarnya solekan yang paling susah nak ditanggalkan adalah solekan mata. Dan tujuan sebenar saintis mencipta makeup remover adalah untuk membersihkan solekan mata.

Punca kenapa kulit muka cepat tua - #4.
Tak gunakan makeup remover yang betul.

Jika mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan hanya memakai pencuci muka biasa. Tetapi, muka yang ada solekan, perlu gunakan makeup remover untuk membersihkannya.

Makeup Remover GreenAard TERBUKTI membersihkan kesan solekan dengan efisien dan cepat. Pakej makeup remover yang available:
  • 1 x Makeup Remover 50g, RM39
  • 1 x Makeup Remover 125g, RM65
  • 2 x Makeup Remover 125g, RM120 - jimat RM10
  • Combo 1 x Makeup Remover 125g dan Cleansing Gel, RM115 - jimat RM9


Diana Ishak
Read more

STOP! Jangan percaya pada mitos solekan ini.

Di media sosial, beauty influencers selalu memberitahu apa yang perlu atau yang tidak boleh dilakukan apabila bersolek. Sometimes nasihat yang diberi sangat mengerikan. 

Mitos 1: Tidak perlu suncreen jika alat solek sudah mempunyai SPF.
Salah! Seseorang perlu memakai sunscreen setiap hari, walaupun skin care mempunyai SPF di dalamnya. Sekiranya mahukan perlindungan dari sinar UV, sunsreen adalah langkah yang tidak boleh di-skip dalam rutin kecantikan. Kebanyakan formulasi kosmetik tidak mempunyai cukup perlindungan dari sinar UV.

Mitos 2: Solekan tidak lengkap tanpa foundation.
Sekiranya menjaga kulit anda dengan baik, seseorang tidak memerlukan foundation to pull off a flawless finish. For special touch, sapukan highlighter pada tulang pipi, hujung hidung dan dagu untuk nampak glow. Boleh juga sapukan sedikit shimmer.

Mitos 3: Wanita berkulit gelap tidak sesuai pakai solekan terang.
Silap! Warna terang pada wanita berkulit gelap lebih nampak hebat. Yang utama, pastikan warna tidak bercapuk dan blend well dengan gaya dan pakaian.

Mitos 4: Alat solek tiada tarikh luput.
Bahan dalam solekan rosak dari masa ke masa. Alat solek yang tamat tarikh luput boleh menjadi tempat bakteria membiak. Banyak kosmetik tidak menyatakan tarikh luput, maka selalu beringat untuk buang alat solek yang tidak habis diguna selepas 12 bulan dibuka.

Mitos 4 : Kosmetik berjenama lebih baik.
Kebanyakan bahan aktif dalam produk penjagaan kulit especially yang anti-penuaan adalah sama, tidak kira jenama apa atau berapa harganya. Tetapi yang membezakan adalah formula. Formula memainkan peranan terhadap keberkesanan sesuatu produk dan kesesuaiannya pada kulit pengguna.

Makeup Remover GreenAard diformulasikan untuk menghapuskan solekan tanpa perlu anda membilasnya dengan cleanser selepas itu. Makeup Remover ini berasaskan cecair dan membentuk buih apabila botol dipicit. Terus sapukan pada wajah dan gosok selama 1 minit. Bilas dengan air. Selesai! Tidak perlu bilas dengan facial cleaner kerana Makeup Remover GreenAard tidak berminyak. Yang istimewa, disebabkan ia bukan berasaskan minyak, anda tidak perlu apply toner selepas itu. Boleh terus apply moisturiser.

Note: Toner hanya perlu dipakai sekiranya memakai facial cleanser berasaskan minyak.
Diana Ishak
Read more

Perlu ke pakai toner selepas guna makeup remover?


This is a good question. Ramai yang keliru penggunaan toner dan makeup remover.

Perbezaan utama antara toner dan makeup remover adalah fungsi utamanya. Toner membersihkan kulit dan memulihkan keseimbangan pH kulit, manakala makeup remover menanggalkan solekan daripada kulit. Menanggalkan solekan dari kulit bukanlah sukar jika menggunakan produk yang betul.

Sesetengah wanita mungkin menggunakan toner dan pencuci muka (cleanser) untuk menanggalkan solekan. Tetapi, itu mungkin mengambil masa yang lama dan melibatkan banyak menggosok dan meninggalkan kesan solekan (residue) pada wajah.

Makeup remover ialah bahan yang direka khas yang menanggalkan sebarang jenis solekan. Makeup remover menanggalkan SEMUA kesan solek, sehingga ke setiap liang.

Toner pula ialah produk penjagaan kulit yang digunakan pada muka selepas pembersihan. Toner juga boleh melembapkan, menyegarkan dan melindungi kulit. Paling penting, toner mempunyai keupayaan untuk menyegarkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan semula jadi kulit. Inilah sebabnya kenapa toner tidak akan merengsakan kulit sensitif atau menyebabkan kekeringan. Toner sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, atau yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka.

Apa maksudnya dengan "yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka."?

Pencuci muka berasaskan krim dan makeup remover berasaskan minyak (seperti baby oil) memerlukan double cleansing supaya kulit benar-benar bersih. Memakai toner selepas mencuci muka membantu menghapuskan kesan-kesan minyak yang masih melekat pada muka.

Berbeza dengan Makeup Remover GreenAard, ia adalah berasaskan air, yang mana bila dipicit, akan mengeluarkan buih. Kelebihan ini menjadikan Makeup Remover GreenAard umpama makeup remover 2 dalam 1, sekaligus membersihkan muka. Hasilnya, kulit muka benar-benar bersih tanpa sebarang kesan solekan mahupun berminyak.

Kebanyakan orang menganggap cleanser boleh berfungsi sebagai makeup remover, tetapi ini tidak benar. Cleanser tidak direka khusus untuk menanggalkan solekan, jadi ia tidak benar-benar berkesan seperti makeup remover. Maka, jika anda menggunakan Makeup Remover GreenAard, toner adalah TIDAK WAJIB. Tetapi, kalau mahu gunakan toner sebagai skincare regime, tidak ada masalah. Berbanding pencuci muka atau makeup remover berasaskan krim dan oil, toner adalah WAJIB.

Makeup Remover GreenAard mempunyai keupayaan untuk menanggalkan pelbagai jenis kosmetik seperti blusher, concealer, eye shadow dan mascara.

Diana Ishak
Read more

Walaupun kita hanya pakai bedak bayi di wajah, kulit masih perlu "bernafas" dengan sempurna.


Kebanyakkan wanita malas nak cuci solekan kerana ia sangat mengambil masa dan meletihkan. Boleh jadi itu punca kenapa sesetengah wanita malas bersolek. Having said that, you will be surprised by the miracle that makeup remover can do.

Makeup Remover boleh menyelamatkan kita dari beberapa masalah kulit :

  • penuaan pra-matang (tua sebelum waktu)
  • jerawat
  • kerengsaan kulit (irritation)


Walaupun tak menggunakan sebarang solekan, wajah masih terdedah kepada sinaran UV, kotoran dan pencemaran setiap hari. That's why kita masih perlu membersihkan wajah dengan betul, at least sebelum tidur.

Makeup Remover membantu menyingkirkan kotoran yang ada pada permukaan dan dalam kulit. Mengabaikan langkah ini menyebabkan kerengsaan lantas kulit tua lebih cepat dari sepatutnya. Walaupun kita hanya pakai bedak bayi di wajah, kulit masih perlu "bernafas" dengan sempurna.

Membasuh muka dengan 'cincai' tidak membantu, apatah lagi jika kerap bersolek, lebih berisiko mendapat jerawat dan bintik hitam jika kulit tidak benar-benar bersih.

Pencuci muka (cleanser) yang biasa TIDAK BERFUNGSI sebagai makeup remover. Cleanser tidak membuang solekan pada wajah dengan teliti. Ia hanya membersihkan wajah dari lebihan minyak, bukan membuang bahan kimia dari solekan. Ada beza tu, ya.

Kulit pada sekitar mata adalah nipis dan paling sensitif. Menggosok kawasan sekitar mata untuk membuang solekan menyebabkan kulit berkedut dengan cepat. Sebab itulah cleanser biasa tidak sesuai digunakan kerana tak dilengkapi dengan bahan pencuci untuk menghapuskan solekan degil.

Wet wipes TIDAK EFEKTIF untuk membuang solekan wajah. Walaupun kelihatan ringkas, ia tidak membersihkan solekan dengan sempurna kerana ia hanya menghapuskan solekan pada permukaan kulit sahaja. Apabila wet wipes digosok pada kulit, residue solekan tersebar ke seluruh wajah. You still need to wash your face after that, so what's the point of using wet wipes?

Kulit manusia ada liang, sedangkan wet wipes tak mampu membersihkan kotoran yang ada di dalam liang. Penggunaan wet wipes memerlukan kulit ditekan kuat menyebabkan risiko solekan semakin ditekan masuk ke dalam kulit dan akhirnya menjadi makanan bakteria.

It's fine to choose whichever method you wish, tetapi gunakanlah produk yang betul. Wet wipes, cleanser dan makeup remover kelihatan mempunyai fungsi yang sama, hakikatnya TIDAK SAMA.

Diana Ishak
Read more

MAKEUP REMOVER bukan sekadar membersihkan solekan pada wajah

Kebanyakkan wanita malas nak cuci solekan kerana ia sangat mengambil masa dan meletihkan. Boleh jadi itu punca kenapa sesetengah wanita malas bersolek. Having said that, you will be surprised by the miracle that makeup remover can do. Makeup Remover boleh menyelamatkan kita dari beberapa masalah kulit :
  • penuaan pra-matang (tua sebelum waktu)
  • jerawat
  • kerengsaan kulit (irritation)
Walaupun tak menggunakan sebarang solekan, wajah masih terdedah kepada sinaran UV, kotoran dan pencemaran setiap hari. That's why kita masih perlu membersihkan wajah dengan betul, at least sebelum tidur. Makeup Remover membantu menyingkirkan kotoran yang ada pada permukaan dan dalam kulit. Mengabaikan langkah ini menyebabkan kerengsaan lantas kulit tua lebih cepat dari sepatutnya.

Walaupun kita hanya pakai bedak bayi di wajah, kulit masih perlu "bernafas" dengan sempurna. Membasuh muka dengan 'cincai' tidak membantu. Apatah lagi kalau kerap bersolek, lebih berisiko mendapat jerawat dan bintik hitam kalau kulit tidak benar-benar bersih. Pencuci muka (cleanser) yang biasa TIDAK BERFUNGSI sebagai makeup remover. Cleanser tidak membuang solekan pada wajah dengan teliti. ia hanya membersihkan wajah dari lebihan minyak, bukan membuang bahan kimia dari solekan.

Kulit pada sekitar mata nipis dan paling sensitif. Menggosok kawasan itu bagi membuang solekan boleh menyebabkan kulit berkedut dengan cepat. Sebab itulah cleanser biasa tak sesuai digunakan kerana tak dilengkapi dengan bahan pencuci untuk menghapuskan solekan degil. Wet wipes TIDAK EFEKTIF untuk membuang solekan wajah. Walaupun kelihatan ringkas, ia tidak membersihkan solekan dengan sempurna kerana ia hanya menghapuskan solekan pada permukaan kulit sahaja. Apabila wet wipes digosok pada kulit, residue solekan tersebar ke seluruh wajah. You still need to wash your face after that, so what's the point of using wet wipes?

Kulit kita ada liang sedangkan wet wipes tak mampu membersihkan kotoran yang ada dalam liang. Penggunaan wet wipes memerlukan kulit ditekan kuat menyebabkan risiko solekan semakin ditekan masuk ke dalam kulit dan akhirnya menjadi makanan bakteria. It's fine to choose whichever method you wish, tetapi gunakan produk yang betul. Wet wipes, cleanser dan makeup remover kelihatan mempunyai fungsi yang sama, hakikatnya TAK SAMA.


Diana Ishak
Read more

Apa yang dimaksudkan dengan LIANG KULIT TERBUKA [open pores]

Kulit manusia mempunyai liang-liang kecil dan liang-liang ini tersumbat akibat rembesan minyak yang berlebihan. Pengumpulan minyak menyebabkan dinding liang meregang dan akhirnya terbuka. Ok, bayangkan begini. Belon yang sama jika ditiup dan dilepaskan udara berkali-kali, lama-kelamaan belom tersebut akan "lari" bentuk asalnya. Begitulah juga dengan kulit manusia.

Apa yang perlu dilakukan adalah, jaga kulit dengan cara membersihkannya dengan betul SETIAP HARI (kerana setiap hari kulit muka menghasilkan minyak). Skincare yang digunakan mestilah dapat mengimbangi pengeluaran minyak muka. Antaranya :
  • Gunakan clay mask (mask tanah liat). Clay mask membantu menyerap minyak dan membersihkan kulit.
  • Gunakan moisturiser bebas minyak (oil-free). Mempunyai kulit berminyak tak bermakna kita boleh skip moisturiser.
Moisturiser bebas minyak mengandungi SPF yang tidak lebih dari 30, jadi ia tak akan menyebabkan kulit bertambah melekit. Kalau SPF yang lebih tinggi, konsentrasi sun block juga lebih tinggi. Ini menyebabkan kulit semakin berminyak. Selain itu, gunakan produk berasaskan glycolic acid. Acid ini datang dari tebu. Ia adalah bahan penting untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak. Fungsi asid ini, mengurangkan minyak yang berlebihan dan menghalang liang dari tersumbat. MAKEUP REMOVER GREENAARD mengandungi glycolic acid.

Ada satu lagi, iaitu asid hyaluronik. Ia wujud semula jadi dalam badan. Asid hyaluronik mempunyai kapasiti untuk menarik dan menahan 1000x kelembapan pada kulit. Asid hyaluronic yang cukup dalam badan akan merangsang penghasilan kolagen dengan baik. Sebab itulah kulit orang-orang muda lebih lembap dan tegang berbanding kulit orang tua kerana asid hyaluronic masih banyak ketika ini.GLOEI GREENAARD mengandungi ekstrak tumbuhan yang merangsang penghasilan asid hyaluronic supaya kolagen dapat dibuat secara semula jadi dalam badan.

Oh! Ada lagi satu - Sodium laureth sulfate (SLeS). Ramai orang percaya bila kulit berminyak maka mesti mencuci muka dengan kerap. Sebaliknya, mencuci muka dengan berlebihan akan menipiskan skin barrier, akhirnya minyak keluar dengan lebih banyak. Cuci muka sebaiknya 2-3 kali sehari sahaja, dengan menggunakan targeted formula product seperti CLEANSING GEL GREENAARD (CG). CG ada SLeS yang akan masuk ke liang kulit dan menarik minyak yang tersumbat di dalamnya. SLeS membantu 'mengosongkan' liang lantas kelihatan liang lebih kecil.
Diana Ishak
Read more

Kalau asas penjagaan wajah tak betul, makan kolagen 10 botol pun tak jalan.

Semua tahu sebelum tidur kena pastikan wajah bersih dari sebarang solekan. Tapi kadang-kadang kita mengelat juga, kan? Lebih-lebih lagi bila balik lewat malam dan dalam keadaan perut kenyang. Buka pintu bilik nampak katil dulu. Lalu, malam itu kita 'menghalalkan' muka tidak bercuci. Pernah buat, kan? Tipulah kalau kata tak pernah buat.

Ramai yang shopping sikn care macam nak rak - complete krim muka, krim mata, krim hilangkan kedut dan segala tok nenek krim yang lain. The thing is, pakailah sepuluh jenis krim pun tetapi kalau solekan wajah tidak dibersihkan dengan betul, apatah lagi tidur malam dalam keadaan muka masih ada secalit foundation - inilah punca kulit cepat tua.

Wajah yang bersih dari solekan membuat tidur lebih nyenyak. Jika tak percaya, cubalah tidur dengan wajah bersolek. Esok pagi, muka akan nampak letih dan 'berat', serta berminyak. Tidur tanpa membasuh muka mendatangkan malapetaka pada kulit kerana solekan akan bercampur dengan peluh dan bakteria pada muka. Akhirnya menjadikan kulit kurang lembap, seterusnya berminyak. Inilah yang buatkan muka naik jerawat.

Just pastikan muka bebas solekan sebelum tidur kerana jika kulit dah mula berminyak, tunggu sajalah. Macam-macam yang tumbuh di muka nanti. Ketika itu, lagi banyak duit perlu dikeluarkan kerana produk untuk kulit sensitif jauh lebih mahal! Memang leceh nak tanggalkan solekan lebih-lebih lagi ketika mata dah mengantuk. Tetapi nak tak nak mesti buat juga. Pilihlah makeup remover yang tak leceh, yang ada formula menanggalkan solekan sekaligus mencuci muka.

Makeup Remover GreenAard menanggalkan kesan solekan dalam masa 1 minit sahaja. Tak percaya? Kenalah cuba. Yang pasti, Makeup Remover ini:
  • tidak berminyak
  • tidak perlu dibilas dengan pencuci muka
  • boleh dilap begitu saja jika anda dalam kereta
Diana Ishak
Read more

Jangan cincai bila membersihkan solekan maskara dan eyeliner!

Jika hanya mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan memakai pencuci muka biasa. Tetapi jika wajah ada solekan, lebih-lebih lagi di bahagian mata, pastikan guna MAKEUP REMOVER. Yes, you can't just remove the makeup on your eyes with a regular face wash. Mesti gunakan makeup remover.

Makeup remover yang macamana?

Untuk membersihkan maskara dan eyeliner, gunakan makeup remover berasaskan minyak. Tetapi ia agak leceh kerana selepas menggunakannya wajah mesti dibilas dengan pencuci muka pula. Jika tidak, muka jadi berminyak. Ketika membuang solekan pada mata harus teliti. Jika tidak, bukan saja mata nampak sembab tetapi boleh menyebabkan jangkitan. Selalunya mata yang tak dibersihkan dengan betul akan tumbuh ketumbit DI DALAM mata.

Menanggalkan solekan pada mata perlu bertenang-tenang kerana kulit sekitar mata lebih nipis dari bahagian lain. Tidak boleh digosok dengan kuat (sekiranya menggunakan tisu atau wet wipes) kerana boleh menyebabkan wrinkles terbentuk lebih awal dari usia sebenar. Dari sudut sejarah, saintis mencipta makeup remover bertujuan untuk membuang solekan pada mata kerana mereka tahu betapa sensitifnya kulit sekitar mata.

Kini telah banyak pilihan makeup remover di pasaran. Selain makeup remover berasaskan minyak, ada pilihan lain yang lebih senang dan menjimatkan masa. 

  • GreenAard Makeup Remover adalah oil-free formula (produk bebas minyak).
  • Tidak perlu dibilas dengan pencuci muka selepas guna. 
  • Makeup remover ini berasaskan buih. Buih inilah yang menanggalkan solekan paling degil seperti maskara dan eyeliner. Buih juga bertindak sebagai pencuci muka.
  • Bentuk spray bottle, untuk mengelakkan kejadian botol tumpah dalam beg.
  • Mengandungi glycerin. Glycerin adalah bahan terbaik untuk kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis. Bermakna, makeup remover ini boleh digunakan oleh kulit normal dan sensitif.
  • Jika tangan terconteng dengan pen, spray saja di kawasan conteng, gosok dan urut perlahan, kemudian lap kan. Tak perlu bilas dengan air kerana produk ini tak berminyak.
  • Bahan-bahan yang diguanakan adalah semulajadi yang telah diluluskan oleh KKM - NOT161000079K.
Diana Ishak
Read more

Bila tarikh luput alat solek?

Alat solek memang mempunyai tarikh luput, dan jangka hayatnya lebih pendek daripada yang kita sangkakan. Jangka hayat alat solek bergantung pada jenis kosmetik dan bagaimana ia disimpan, dan samada ia tetutup atau terbuka. Semua alat solek akan tamat tempoh biasanya 2 tahun selepas dibuka. Kadang-kadang hanya 3 bulan untuk eye makeup.

Tarikh luput yang dicetak pada alat solek adalah panduan selepas produk dibuka. Secara amnya, jika disimpan dengan betul di tempat yang sejuk dan kering, kebanyakan alat solek yang belum dibuka dan ditutup sepenuhnya boleh bertahan selama 2-3 tahun. Alat solek berasaskan krim boleh tamat tempoh lebih awal kerana minyak di dalamnya mudah menjadi tengik. Sekiranya produk itu adalah formulasi bahan semula jadi tanpa pengawet, ia juga boleh tamat tempoh awal, walaupun dalam keadaan tertutup.

Semua bahan pengawet dalam alat solek (untuk tujuan memanjangkan hayat) boleh berubah dari masa ke masa, walaupun produk tersebut belum dibuka. Jadi, jangan simpan alat solek apa pun selama lebih dari 3 tahun. Yang paling baik, buang alat solek yang sudah tamat tempoh. Tetapi jika masih mahu menggunakannya setelah tamat tempoh, may be fine health-wise tetapi ia tidak akan berfungsi dengan baik.

Lipstik dan eye liner berasaskan pensil mempunyai jangka hayat lebih lama kerana ia boleh diasah. Untuk memastikan alat solek bertahan selama yang sepatutnya, bersihkan berus solekan dengan kerap dan elakkan berkongsi alat solek. Alat solek yang sudah tamat tempoh boleh menjadi kering atau rapuh. Jangan gunakan air untuk melembapkannya, kerana boleh introduce bakteria. Lagipun, pigmen warna mungkin tidak kelihatan sebaik asal. Solekan yang tamat tempoh boleh menyebabkan jerawat, ruam dan jangkitan mata.

Secara amnya, jangkaan kosmetik bergantung pada jenisnya:
  • lipstick : 18–24 bulan
  • lip gloss : 12–18 bulan
  • foundation & concealer : 12–18 bulan
  • mascara : 3–6 bulan
  • liquid eyeliner : 3–6 months
  • produk krim : 12–18 bulan
  • produk serbuk (powder) : 12–18 bulan

Sekiranya produk tidak dinyatakan tarikh luput, boleh ikuti langkah ini:
  1. Langkah pertama adalah mencium bau alat solek. Sekiranya ada bau tak menyenangkan atau hapak atau tengik, buang.
  2. Perhatikan perubahan warna. Sebagai contoh, concealer akan teroksida dan bertukar menjadi sedikit oren.
  3. Perhatikan teksturnya telah berubah atau tidak. Buang jika produk itu terasa berbeza pada kulit
Diana Ishak
Read more
30 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart