Mana yang lebih baik, antara double cleansing menggunakan sabun dan air atau menggunakan makeup remover?

Bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis kulit, keperluan kulit, dan gaya hidup seseorang. Kedua-dua kaedah pembersihan mempunyai kelebihan tersendiri. Tetapi untuk menentukan mana yang lebih sesuai, kita perlu memahami bagaimana kedua-duanya berfungsi dan keperluan kulit yang berbeza.

Pembersihan dua kali biasanya menggunakan produk berasaskan MINYAK ATAU BALM untuk menyingkirkan makeup semasa langkah pertama. Langkah kedua pula menggunakan pencuci berasaskan air seperti sabun atau gel untuk membersihkan baki minyak pada kulit. Makeup remover pula berfungsi untuk membersihkan makeup, kotoran, dan minyak pada permukaan kulit dengan sekali pembersihan.

Makeup remover lebih cepat dan praktikal. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sering kesuntukan masa atau perlu membersihkan wajah dengan pantas. Manakala mencuci muka dengan double cleansing pula memerlukan masa lebih lama, jadi mungkin tidak praktikal bagi sesetengah orang yang mempunyai jadual sibuk. Banyak makeup remover moden dirumus khas untuk membersihkan wajah tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan kulit. Sebagai contoh, Makeup Remover GreenAard mampu membersihkan kulit tanpa perlu bilas, menjadikannya lebih lembut terutama untuk kulit sensitif. Makeup Remover GreenAard juga mengandungi bahan-bahan pelembap seperti glycerin atau aloe vera, yang membantu mengekalkan kelembapan semasa proses pembersihan. Berbeza dengan Makeup Remover GreenAard, pembersihan menggunakan teknik double cleansing boleh menyebabkan iritasi.

Sesetengah orang yang mempunyai kulit sensitif seperti rosacea atau eczema sebenarnya tidak sesuai dengan dengan teknik double cleansing kerana pembersihan 2 kali boleh mengganggu keseimbangan kulit. Jadi, mana satu yang lebih baik?

Kedua-dua kaedah mempunyai tempatnya dalam penjagaan kulit, dan mana yang lebih baik bergantung kepada keperluan kulit individu. Untuk yang menggunakan makeup tebal atau SPF tinggi, kami syorkan Makeup Remover GreenAard kerana ia menyingkirkan makeup dengan lebih menyeluruh, termasuk sunblock yang sukar dibersihkan. Untuk yang tidak menggunakan banyak makeup dan hanya perlu membersihkan kotoran dan minyak muka, pencuci muka biasa sudah memadai. Bagi mereka dengan kulit sensitif, kami syorkan Clensing Gel GreenAard. Ini lebih sesuai daripada double cleansing yang boleh menyebabkan kulit lebih mudah kering atau iritasi.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart