Berhabis beli makeup tools, tetapi kenapa untuk bersihkan solekan wajah hanya guna wet wipes?
Melabur dalam alat solekan berkualiti adalah satu kemestian bagi peminat kecantikan. Daripada berus solek dengan bulu yang gebu, berus tirus atau senget, kepada aplikator, alatan ini semua membantu mencapai rupa yang diinginkan. Tetapi, when it comes to removing make-up, ramai bergantung pada wet wipes dan teknik pembersihan yang tidak betul. Kenapa, ya? Kenapa bila mencuci solekan ramai suka memilih untuk berlebih kurang sahaja?
Menggunakan kaedah pembersihan yang salah boleh menyebabkan masalah kulit seperti liang tersumbat, jerawat, dan kerengsaan. Berus dan sponge yang kotor boleh mengumpul bakteria dan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Itulah sebabnya penting untuk membersihkan solekan wajah dengan betul. Wet wipes mungkin pilihan yang mudah, tetapi ia sebenarnya meninggalkan sisa solekan pada wajah. Wet wipes TIDAK PERNAH mampu untuk membersihkan kulit sepenuhnya. Ini kerana wet wipes tidak mempunyai tahap kuasa pembersihan yang sama seperti sabun dan air.
Walaupun wet wipes boleh mengeluarkan kotoran dan solekan dari permukaan kulit, ia tidak berkesan untuk membuang bakteria atau pengumpulan minyak pada liang kulit. Malah, gosokan dan pressure sekitar kulit wajah akan membuatkan solekan lebih termasuk ke dalam liang kulit. Sisa solekan yang tersisa ini boleh menghalang penyerapan produk kulit lain, seperti moisturizers dan sunscreens. Ini bermakna wet wipes yang digunakan dengan kerap, tidak akan mampu melindungi kulit secukupnya. Kesimpulannya, walaupun wet wipes kelihatan seperti pilihan yang mudah untuk membersihkan solekan, ia bukanlah pengganti kebersihan yang betul. Lebih bagus menggunakan air dan sabun atau makeup remover yang lembut untuk memastikan kulit dibersihkan secara menyeluruh.