Apa yang akan terjadi kalau anda tidur dalam keadaan muka masih ada solekan.

 

 .

 

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Women spend TWO YEARS of their life applying make up!

Women spend TWO YEARS of their life applying make up! But why it is not surprising at all? 😆😆

Bukan itu saja, kajian baru-baru ini menunjukkan lebih seumur hidup kita (wanita) dihabiskan dengan purata 722 hari untuk kelihatan cantik. Dan alat solek bukannya murah, ok? Bermakna purata SEHARI wanita habiskan selama 40 minit hanya untuk solek muka saja! Dan kadar waktu bersolek ini bertambah di hujung minggu. Wow! Patut lah lelaki marah kena tunggu wanita bersiap. 😆

Itu baru bersolek. Belum masuk part membersihkan solekan. Lebih-lebih lagi time tumpang surau awam. Berlama-lama dalam surau bukan kerana solat yang panjang, tapi kerana masa yang diambil untuk membuang solekan dan kemudian bersolek kembali. .

Nah! Kami nak anda cuba GreenAard Makeup Remover. Boleh bagi kerja cuci muka tu cepat sikit. Hanya 1 minit saja, semua solekan waterproof kapofffffff! Hilang dan bersih sebersih bersihnya! Tak caya? Tengok SINI

 

Diana Ishak
Read more

Jangan gunakan wet wipes untuk bersihkan solekan!

 

 .

🙅 wet wipes tak benar-benar membersihkan solekan pada wajah. Ia sebenarnya hanya 'tolak' solekan ke seluruh muka. Pada dasarnya anda menggerakkan sisa solekan dan bakteria di sekitar pada muka, dari satu tempat ke tempat lain. Ini akan menyumbatkan liang dan menyebabkan jerawat.

 .

🙅 solekan yang tak benar-benar bersih akan membuatkan apa-apa losyen atau krim yang anda gunakan selepas itu, tak akan betul- betul menyerap ke dalam kulit. Maksudnya, anda dah buang masa dan wang membeli krim dan losyen.

 .

🙅 kebanyakkan wanita menggunakan wet wipes untuk bersihkan solekan pada mata. Tapi anda tak tau yang kandungan cleansing lotion pada wet wipes agak sedikit. Selalunya anda perlu sental/gosok mata dengan kuat untuk tanggalkan solekan. Sedangkan kulit di bahagian mata adalah nipis. Ini akan mempercepatkan kedutan pada mata.

 .

🙅 wet wipes menggantikan fungsi cleansing lotion dengan alkohol sebagai bahan untuk menanggalkan solekan. Ini menyebabkan kulit jadi kering kerana alkohol akan menghilangkan natural oil pada kulit.

 .

🙅 Kalau kulit anda sensitif, jangan guna wet wipes. Guna makeup remover berasaskan cecair yang efektif menanggalkan solekan. Lihat testimoni video kami di sini : http://greenaard.myshopify.com/pag…/testimoni-makeup-remover

 . 

Diana Ishak
Read more

Cara terbaik untuk pilih warna solekan yang sesuai dengan kulit

 

Ramai wanita akan mencuba warna lipstik, eyeshadow dan powder pada tangan.
Salah cara tu.
Tona kulit pada tangan tak sama dengan tona kulit muka. Oleh kerana kita mencuci tangan lebih kerap dari muka, adalah tak tepat untuk kita lihat kesesuaian warna solekan dengan cara mencalitnya pada kulit tangan. Ini membuatkan kita cenderung pilih warna yang lebih gelap daripada warna kulit muka.
Cara yang betul adalah test pada wajah terus. Atau uji pada hujung jari kerana hujung jari mempunya tona yang lebih hampir dengan wajah. Oh, jangan lupa bawa GreenAard Makeup Remover sekali masa try alat solek kat kaunter. Lepas test, boleh terus spray makeup remover and wipe. Done!
.
Diana Ishak
Read more
Kalau pakai kanta lekap (contact lens) boleh ke guna GreenAard Makeup Remover?

Kalau pakai kanta lekap (contact lens) boleh ke guna GreenAard Makeup Remover?

 

 

Ada yang tanya kalau pakai contact lens (kanta lekap), boleh ke guna GreenAard Makeup Remover ni?

Jawapannya BOLEH.

Sebenarnya untuk yang pakai contact lens, korang boleh guna mana-mana makeup remover asalkan ianya makeup remover yang bebas minyak, hypoallergenic, dan selamat untuk mata dan contact lens.

Paling selamat, buka dulu contact lens sebelum basuh solekan. Hati-hati semasa menggunakan kapas sebab kapas ada gentian yang boleh masuk ke dalam mata. Sebaiknya sapu makeup remover ke mata dengan tangan, gosok dengan perlahan untuk menanggalkan solekan dan kemudian baru lap sisa solekan yang tertanggal tadi dengan kapas. Jangan guna makeup remover berasaskan minyak.

Kalau perlu menanggalkan solekan tanpa membuang contact lens, lakukannya dengan hati-hati supaya sisa solekan tak masuk ke dalam mata kerana ia akan merosakkan lens.

Yang penting sekali kena hati-hati semasa memakai solekan. Sebab, dalam kebanyakkan situasi, masalah mata adalah disebabkan oleh solekan, bukan makeup remover.

1. Maskara
Untuk menjadikan bulu mata nampak lebat, kebanyakan maskara menggunakan rayon atau gentian nilon pada berusnya. Bila bahan ini (rayon/nilon) kering, ada kemungkinan ia akan jatuh ke dalam mata. Kalau maskara tu di-apply dengan tebal, dan contact lens pula tak dibersihkan dengan betul, ini yang mengakibatkan jangkitan pada mata. Sebaik-baiknya, pilih maskara yang water based, yang bebas minyak dan tak menggunakan gentian rayon/nilon (fiber free). Masa nak apply maskara tu, sapu di hujung bulu mata saja, jangan sapu dari pangkal. Berhati-hati bila gunakan maskara. Kerosakan mata dari berus maskara boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

2. Eyeliner (pensil mata)
Guna water based eyeliner.

3. Eyeshadow (pembayang mata)
Jangan guna berlebihan kerana serbuk/serpihan eyeshadow lebih senang untuk jatuh dan masuk ke dalam mata.

GreenAard Makeup Remover bertindak 2 dalam 1 - menanggalkan solekan dan mencuci wajah. Ia berasaskan sabun dan air, tidak berminyak dan bebas alkohol.

 

 

Diana Ishak
Read more

Ada sebab lain kenapa kulit muka jadi pucat dan cepat tua

Semua tahu sebelum tidur kena pastikan muka dah bersih dari sebarang kesan solekan. Tapi kadang-kadang kita mengelat jugak kan? Lebih-lebih lagi kalau balik lewat malam, dalam keadaan perut kenyang. Bukak pintu bilik nampak katil dulu. Alahaiii, nampak macam katil tu ada tangan tengah memanggil-manggil kita. Lalu malam tu kita 'menghalalkan' muka kita tak bercuci. Kalau cuci pun, asal basah je. Pernah buat, kan? Tipulah kalau kata tak pernah buat.

Ramai yang berbelanja krim muka macam nak rak. Lengkap dengan krim muka, krim mata, krim hilangkan kedut. Segala tok nenek krim dia beli. Pakailah sepuluh jenis krim kat muka pun tapi kalau solekan tak dicuci dengan betul, apetah lagi tidur malam dengan keadaan muka masih ada secalit foundation - akan membuatkan kulit cepat tua.

Kulit manusia diperbaharui pada waktu malam. Kalau waktu tidur muka masih penuh dengan solekan, macamana kulit nak 'bernafas'?

Selain dari tu, solekan yang dicuci dengan betul akan buatkan korang tidur dengan lebih nyenyak. Tak percaya cuba tidur dengan muka penuh solekan. Esok pagi, muka akan nampak letih dan 'berat' di samping jadi berminyak.

Cuba check point-point dalam setiap gambar, kat mana kesalahan kita selama ni semasa mencuci muka sehinggakan kulit nampak cepat tua. 

1. Tidur tanpa tanggalkan solekan lansung.

Ini boleh mendatangkan malapetaka pada kulit sebab, dalam sekelip mata, solekan akan bercampur dengan peluh dan bakteria pada muka. Inilah yang buatkan muka naik jerawat. Muka yang kerap dibiarkan dengan solekan semalaman, akan buatkan kulit kurang lembap, dan akhirnya berminyak. Just pastikan muka bebas solekan sebelum tidur sebab kalau kulit dah mula berminyak, korang tunggu saja lah. Macam-macam yang tumbuh kat muka nanti. Masa tu, lagi banyak kena berbelanja untuk muka sebab selalunya krim untuk kulit sensitif jauh lebih mahal!

Memang leceh nak tanggalkan solekan lebih-lebih lagi kalau mata dah mengantuk. Mula-mula kena tanggalkan solekan dulu, lepas tu nak kena bilas dengan air, then nak cuci dengan sabun pulak (sebab kebanyakkan makeup remover adalah oil-based formula). Tapi nak tak nak kena buat jugak.

Kalau dah tau leceh, pilihlah makeup remover yang tak leceh. Yang ada formula menanggalkan solekan sekaligus mencuci muka. Sekali jalan.

2. Basuh muka tanpa tanggalkan solekan terlebih dahulu.

Ni pun ramai yang pernah buat kan? Especially waktu nak ambil wuduk. Nak cepat punya pasal, terus skip makeup remover. Sabun muka terus dengan harapan solekan tanggal. Lepas tu muka jadi macam zombie.

Mula-mula kena faham kenapa makeup remover dicipta. Kalau solekan boleh ditanggalkan hanya dengan sabun buku Lux ataupun pencuci muka je, tak perlulah saintis bersusah payah cipta makeup remover.

Alat kosmetik menggunakan bahan kimia yang bersifat kalis minyak, air dan peluh. Jadi, ia perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menanggalkannya. Mungkin sebab tu ramai yang skip makeup remover sebab nak tanggalkan solekan perlukan extra tenaga untuk genyeh dan tenyeh muka supaya solekan tanggal. Sampai herot-berot mulut kena tenyeh. Selalunya makeup remover yang begini adalah dari jenis oil-based formula.

Carilah makeup remover yang berasaskan buih atau 2 in 1 - boleh menanggalkan solekan dan mencuci muka sekaligus.

3. Guna kapas/tisu yang sama untuk tanggalkan solekan satu wajah.

Ini pun ramai yang buat. Nak jimat kapas punya pasal. Hanya dengan 1 keping kapas yang besar tapak tangan tu dia guna untuk tanggalkan solekan satu muka. Tak boleh macam tu!

Menggunakan satu kapas/tisu saja untuk seluruh wajah tak akan membuatkan muka korang jadi bersih, sebab :

a. risiko solekan pada mata berpindah pada muka, dan sebaliknya. Lepas tenyeh mata, kita tenyeh pipi. Kesan solekan tu akan masuk pada liang wajah.

b.  kesan solekan boleh jadi masih tertinggal pada wajah. Sebab tu kena guna sekurang-kurangnya 3 tisu untuk pastikan wajah benar-benar bersih. 2 untuk buang solekan, dan 1 untuk buang sisa solekan. 

4. Solekan mata tak tanggal sepenuhnya.

Tak basuh solekan mata dengan teliti bukan saja membuatkan mata nampak sembab tapi boleh menyebabkan jangkitan mata, selalunya ketumbit tumbuh di dalam mata. Cuba ambil masa sikit untuk buang celak atau maskara walaupun korang kena pakai sampai 8 keping tisu. Amboi, pakai nak. Time buang, malas pulak.

Sebenarnya solekan yang paling susah nak ditanggalkan adalah solekan mata. Dan rasanya saintis mencipta makeup remover tujuan sebenarnya adalah untuk tanggalkan solekan mata. Tapi sekarang dah tak perlu sakitkan mata dengan guna makeup remover berasaskan minyak. Leceh. Guna yang berasaskan buih, kerana buih melarutkan solekan. Lebih senang dan jimat masa. 

5. Tak gunakan makeup remover yang betul.

Kalau korang hanya mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan hanya memakai pencuci muka biasa. Tapi kalau muka benar-benar ada solekan, pastikan guna makeup remover.

Makeup remover yang macamana?

Kalau maskara dan celak, gunakan makeup remover berasaskan minyak. Tapi leceh sikit, sebab selepas gunakannya muka mesti dibasuh dengan pencuci muka pulak. Kalau tak, muka akan berminyak.

Tapi, korang boleh try guna out Makeup Remover, kerana :

a. oil-free formula (produk bebas minyak). 

b. foam-based (berasaskan buih). Buih inilah yang bertindak menanggalkan solekan paling degil seperti maskara dan celak. 

c. buih pada makeup remover ini juga bertindak sebagai pencuci muka. Senang kan bila makeup remover dan pencuci muka ada dalam satu botol. 

d. bentuk spray bottle. Tak akan ada kejadian botol tumpah dalam beg.

e. ada glycerin. Glycerin adalah bahan untuk merawat kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis. Ini bermakna, makeup remover ini boleh digunakan oleh kulit normal dan sensitif.

f. kalau tangan terconteng pen, hanya spray makeup remover ini di kawasan conteng, gosok dan urut perlahan, kemudian lap kan. Tak perlu bilas dengan air sebab produk ini tak berminyak. (lihat gambar sebelah)

g. bahan-bahan yang diguanakan adalah bahan semulajadi yang telah diluluskan oleh KKM NOT161000079K.

 

 

 

Diana Ishak
Read more
30 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart