Ada sebab lain kenapa kulit muka jadi pucat dan cepat tua

Semua tahu sebelum tidur kena pastikan muka dah bersih dari sebarang kesan solekan. Tapi kadang-kadang kita mengelat jugak kan? Lebih-lebih lagi kalau balik lewat malam, dalam keadaan perut kenyang. Bukak pintu bilik nampak katil dulu. Alahaiii, nampak macam katil tu ada tangan tengah memanggil-manggil kita. Lalu malam tu kita 'menghalalkan' muka kita tak bercuci. Kalau cuci pun, asal basah je. Pernah buat, kan? Tipulah kalau kata tak pernah buat.

Ramai yang berbelanja krim muka macam nak rak. Lengkap dengan krim muka, krim mata, krim hilangkan kedut. Segala tok nenek krim dia beli. Pakailah sepuluh jenis krim kat muka pun tapi kalau solekan tak dicuci dengan betul, apetah lagi tidur malam dengan keadaan muka masih ada secalit foundation - akan membuatkan kulit cepat tua.

Kulit manusia diperbaharui pada waktu malam. Kalau waktu tidur muka masih penuh dengan solekan, macamana kulit nak 'bernafas'?

Selain dari tu, solekan yang dicuci dengan betul akan buatkan korang tidur dengan lebih nyenyak. Tak percaya cuba tidur dengan muka penuh solekan. Esok pagi, muka akan nampak letih dan 'berat' di samping jadi berminyak.

Cuba check point-point dalam setiap gambar, kat mana kesalahan kita selama ni semasa mencuci muka sehinggakan kulit nampak cepat tua. 

1. Tidur tanpa tanggalkan solekan lansung.

Ini boleh mendatangkan malapetaka pada kulit sebab, dalam sekelip mata, solekan akan bercampur dengan peluh dan bakteria pada muka. Inilah yang buatkan muka naik jerawat. Muka yang kerap dibiarkan dengan solekan semalaman, akan buatkan kulit kurang lembap, dan akhirnya berminyak. Just pastikan muka bebas solekan sebelum tidur sebab kalau kulit dah mula berminyak, korang tunggu saja lah. Macam-macam yang tumbuh kat muka nanti. Masa tu, lagi banyak kena berbelanja untuk muka sebab selalunya krim untuk kulit sensitif jauh lebih mahal!

Memang leceh nak tanggalkan solekan lebih-lebih lagi kalau mata dah mengantuk. Mula-mula kena tanggalkan solekan dulu, lepas tu nak kena bilas dengan air, then nak cuci dengan sabun pulak (sebab kebanyakkan makeup remover adalah oil-based formula). Tapi nak tak nak kena buat jugak.

Kalau dah tau leceh, pilihlah makeup remover yang tak leceh. Yang ada formula menanggalkan solekan sekaligus mencuci muka. Sekali jalan.

2. Basuh muka tanpa tanggalkan solekan terlebih dahulu.

Ni pun ramai yang pernah buat kan? Especially waktu nak ambil wuduk. Nak cepat punya pasal, terus skip makeup remover. Sabun muka terus dengan harapan solekan tanggal. Lepas tu muka jadi macam zombie.

Mula-mula kena faham kenapa makeup remover dicipta. Kalau solekan boleh ditanggalkan hanya dengan sabun buku Lux ataupun pencuci muka je, tak perlulah saintis bersusah payah cipta makeup remover.

Alat kosmetik menggunakan bahan kimia yang bersifat kalis minyak, air dan peluh. Jadi, ia perlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menanggalkannya. Mungkin sebab tu ramai yang skip makeup remover sebab nak tanggalkan solekan perlukan extra tenaga untuk genyeh dan tenyeh muka supaya solekan tanggal. Sampai herot-berot mulut kena tenyeh. Selalunya makeup remover yang begini adalah dari jenis oil-based formula.

Carilah makeup remover yang berasaskan buih atau 2 in 1 - boleh menanggalkan solekan dan mencuci muka sekaligus.

3. Guna kapas/tisu yang sama untuk tanggalkan solekan satu wajah.

Ini pun ramai yang buat. Nak jimat kapas punya pasal. Hanya dengan 1 keping kapas yang besar tapak tangan tu dia guna untuk tanggalkan solekan satu muka. Tak boleh macam tu!

Menggunakan satu kapas/tisu saja untuk seluruh wajah tak akan membuatkan muka korang jadi bersih, sebab :

a. risiko solekan pada mata berpindah pada muka, dan sebaliknya. Lepas tenyeh mata, kita tenyeh pipi. Kesan solekan tu akan masuk pada liang wajah.

b.  kesan solekan boleh jadi masih tertinggal pada wajah. Sebab tu kena guna sekurang-kurangnya 3 tisu untuk pastikan wajah benar-benar bersih. 2 untuk buang solekan, dan 1 untuk buang sisa solekan. 

4. Solekan mata tak tanggal sepenuhnya.

Tak basuh solekan mata dengan teliti bukan saja membuatkan mata nampak sembab tapi boleh menyebabkan jangkitan mata, selalunya ketumbit tumbuh di dalam mata. Cuba ambil masa sikit untuk buang celak atau maskara walaupun korang kena pakai sampai 8 keping tisu. Amboi, pakai nak. Time buang, malas pulak.

Sebenarnya solekan yang paling susah nak ditanggalkan adalah solekan mata. Dan rasanya saintis mencipta makeup remover tujuan sebenarnya adalah untuk tanggalkan solekan mata. Tapi sekarang dah tak perlu sakitkan mata dengan guna makeup remover berasaskan minyak. Leceh. Guna yang berasaskan buih, kerana buih melarutkan solekan. Lebih senang dan jimat masa. 

5. Tak gunakan makeup remover yang betul.

Kalau korang hanya mengenakan BB krim pada wajah, ia boleh ditanggalkan dengan hanya memakai pencuci muka biasa. Tapi kalau muka benar-benar ada solekan, pastikan guna makeup remover.

Makeup remover yang macamana?

Kalau maskara dan celak, gunakan makeup remover berasaskan minyak. Tapi leceh sikit, sebab selepas gunakannya muka mesti dibasuh dengan pencuci muka pulak. Kalau tak, muka akan berminyak.

Tapi, korang boleh try guna out Makeup Remover, kerana :

a. oil-free formula (produk bebas minyak). 

b. foam-based (berasaskan buih). Buih inilah yang bertindak menanggalkan solekan paling degil seperti maskara dan celak. 

c. buih pada makeup remover ini juga bertindak sebagai pencuci muka. Senang kan bila makeup remover dan pencuci muka ada dalam satu botol. 

d. bentuk spray bottle. Tak akan ada kejadian botol tumpah dalam beg.

e. ada glycerin. Glycerin adalah bahan untuk merawat kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis. Ini bermakna, makeup remover ini boleh digunakan oleh kulit normal dan sensitif.

f. kalau tangan terconteng pen, hanya spray makeup remover ini di kawasan conteng, gosok dan urut perlahan, kemudian lap kan. Tak perlu bilas dengan air sebab produk ini tak berminyak. (lihat gambar sebelah)

g. bahan-bahan yang diguanakan adalah bahan semulajadi yang telah diluluskan oleh KKM NOT161000079K.

 

 

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart