Perlu ke pakai toner selepas guna makeup remover?


This is a good question. Ramai yang keliru penggunaan toner dan makeup remover.

Perbezaan utama antara toner dan makeup remover adalah fungsi utamanya. Toner membersihkan kulit dan memulihkan keseimbangan pH kulit, manakala makeup remover menanggalkan solekan daripada kulit. Menanggalkan solekan dari kulit bukanlah sukar jika menggunakan produk yang betul.

Sesetengah wanita mungkin menggunakan toner dan pencuci muka (cleanser) untuk menanggalkan solekan. Tetapi, itu mungkin mengambil masa yang lama dan melibatkan banyak menggosok dan meninggalkan kesan solekan (residue) pada wajah.

Makeup remover ialah bahan yang direka khas yang menanggalkan sebarang jenis solekan. Makeup remover menanggalkan SEMUA kesan solek, sehingga ke setiap liang.

Toner pula ialah produk penjagaan kulit yang digunakan pada muka selepas pembersihan. Toner juga boleh melembapkan, menyegarkan dan melindungi kulit. Paling penting, toner mempunyai keupayaan untuk menyegarkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan semula jadi kulit. Inilah sebabnya kenapa toner tidak akan merengsakan kulit sensitif atau menyebabkan kekeringan. Toner sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, atau yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka.

Apa maksudnya dengan "yang memerlukan pembersihan tambahan selepas mencuci muka."?

Pencuci muka berasaskan krim dan makeup remover berasaskan minyak (seperti baby oil) memerlukan double cleansing supaya kulit benar-benar bersih. Memakai toner selepas mencuci muka membantu menghapuskan kesan-kesan minyak yang masih melekat pada muka.

Berbeza dengan Makeup Remover GreenAard, ia adalah berasaskan air, yang mana bila dipicit, akan mengeluarkan buih. Kelebihan ini menjadikan Makeup Remover GreenAard umpama makeup remover 2 dalam 1, sekaligus membersihkan muka. Hasilnya, kulit muka benar-benar bersih tanpa sebarang kesan solekan mahupun berminyak.

Kebanyakan orang menganggap cleanser boleh berfungsi sebagai makeup remover, tetapi ini tidak benar. Cleanser tidak direka khusus untuk menanggalkan solekan, jadi ia tidak benar-benar berkesan seperti makeup remover. Maka, jika anda menggunakan Makeup Remover GreenAard, toner adalah TIDAK WAJIB. Tetapi, kalau mahu gunakan toner sebagai skincare regime, tidak ada masalah. Berbanding pencuci muka atau makeup remover berasaskan krim dan oil, toner adalah WAJIB.

Makeup Remover GreenAard mempunyai keupayaan untuk menanggalkan pelbagai jenis kosmetik seperti blusher, concealer, eye shadow dan mascara.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart