Gula & karbohidrat menyumbang kepada peningkatan kolesterol

 

Bila cakap pasal kolesterol, biasanya kita fikirkan tentang makanan berlemak. Tapi sebenarnya gula/karbohidrat pun menyumbang kepada peningkatan kolesterol, malah lebih lagi! Karbohidrat yang berlebihan dan gula bukan saja meningkatkan kolesterol malah berat badan. Sangat sedikit lemak daripada makanan jadi kolesterol. Yang menyebabkan kolesterol adalah penggunaan berlebihan karbohidrat pada satu-satu masa.

Bila kita makan makanan berkarbohidrat, badan akan pecahkan ia kepada glukosa supaya ia boleh menyeberangi sel-sel dinding usus dan memasuki aliran darah. Kalau korang makan terlalu banyak karbohidrat, maknanya korang akan ada terlalu banyak glukosa terperangkap dalam darah sedangkan insu1in tak cukup untuk gerakkan semua glukosa itu ke dalam sel-sel. Jadi apa yang berlaku kepada glukosa berlebihan? Sebahagian disimpan dalam hati sebagai glikogen yang akan dikeluarkan apabila korang tak makan. Kalau satu masa nanti korang tak makan 3 hari, glikogen ini akan digunakan sebagai tenaga untuk korang terus hidup. Tapi, hati pun tak dapat simpan glikogen banyak sangat. So, macamana? Badan akan buat 3 cara :

  • samada tukarkan glukosa berlebihan kepada lemak badan, yang jadikan berat badan bertambah. OH NOOOOO!!! 
  • tukar glukosa ke dalam lipid (lemak), yang kekal dalam aliran darah sebagai kolesterol dan trigliserida.
  • tukar glukosa kepada lemak yang disimpan di dalam hati, yang membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai fatty liver.

Berhentilah makan makanan manis banyak sangat, dan seimbangkan pengambilan karbohidrat. Tak pasal-pasal gemuk pun dapat, kolesterol pun dapat!
.

Diana Ishak
Read more

Cara hilangkan bintik putih kolesterol di bawah mata

 

 .

Salah satu tanda korang ada kolesterol tinggi adalah kewujudkan bintik-bintik atau kutil lemak di sekitar mata dan eyebags. Ini dikenali sebagai xanthelasma.
.
Walaupun salah satu punca utama xanthelasma adalah kerana kolesterol tinggi, ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, diabetes atau masalah hati. Orang yang mempunyai kolesterol tinggi, sirosis atau diabetes mempunyai risiko yang tinggi mendapat xanthelasma. Dan biasanya yang berumur antara 40 dan 60 tahun mudah dapat xanthelasma.
.
Macamana nak hilangkan bintik-bintik putih ni?
.
Boleh hilang.
Tapi, penting untuk korang pastikan punca xanthelasma baru boleh plan rawatan yang sewajarnya. Sebagai contoh, kalau puncanya ialah kolesterol yang tinggi, maknanya korang kena kurangkan tahap kolesterol dulu. Dalam pada itu, boleh juga gunakan kaedah di bawah untuk kurangkan lebam (eyebags) dan bintik putih tadi.
.
🥗 Bawang putih.
Enzim di dalam bawang putih bantu mengurangkan xanthelasma. Selain dari tu, bawang putih juga boleh kurangkan tahap kolesterol yang tinggi. Dalam Nutrijuice ada ekstark bawang putih 😊.
Hancurkan bawang putih jadi serbuk halus. Tambah sikit air jadikan pes dan tepek pada bawah mata. Biarkan 1 jam sebelum membilasnya.
.
🍎 Cuka epal (Apple Cider)
Cuka epal boleh kurangkan LDL (kolesterol jahat). Ia cairkan kolesterol dan lemak serta membantu hati dalam mengeluarkan toksin dari badan. Plus, asid asetik dalam cuka bantu mengeluarkan bintik putih bawah mata. Rendam kapas dalam cuka epal cider cuka dan tepek pada kawasan mata. Selotape-kan kapas di mata supaya kekal begitu selama 2 jam, kemudian bilas dengan air suam. Nutrijuice juga ada extract epal 😊.
.
🍌 Kulit pisang.
Kulit pisang sangat berkesan untuk kurangkan xanthelasma. Potong sekeping kulit pisang masak. Dengan teliti letakkan bahagian dalam kulit ke kawasan xanthelasma. Selotape-kan biar ia kekal begitu semalaman. Esok pagi, bilas.
.
Ternyata dalam Nutrijuice sendiri ada bahan untuk mengurangkan xanthelasma. Jadi, why not cuba saja Nutrijuice?
.

Diana Ishak
Read more

Awas jika tanda-tanda ini ada pada anda!

 

 .

KOLESTEROL TINGGI ANTARA PUNCA MATI PUCUK.
.
Mak aiiiii.
Takutnya dengar.
Dah apa kaitannya pulak kolesterol dengan mati pucuk?
.
Ok, macam ni.
Kolesterol bukanlah penyakit, tapi ia boleh jadi risiko kepada penyakit lain..
Ramai orang tak heran dengan kolesterol.
Sebab kolesterol ni tak nampak kat mata.
Selalunya apa yang tak nampak, maknanya tak penting, kan?
.
Kolesterol boleh hadir dalam badan tanpa sebarang gejala. Tau-tau je arteri dah tersumbat. Arteri yang tersumbat akan mengurangkan aliran darah dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. Dan aliran darah yang berkurangan juga dikaitkan dengan gangguan seksual - mati pucuk.
.
Kolesterol bukan block arteri jantung saja tau, tapi juga saluran darah di bahagian badan yang lain lebih-lebih bawah pinggang hingga kaki. Sebab tu lah kalau korang kerap sangat kebas dan sakit kaki, cepat-cepat check kolestrol. Kolesterol menyebabkan blockage saluran ke bahagian pelvis. Lelaki yang ada kolesterol tinggi kadang-kadang berakhir dengan mati pucuk sebab tak dapat aliran darah yang cukup untuk zakar. So, guys, hati-hati. Check kolesterol now. Lepas tu get our Nutrijuice. It's proven already kolesterol boleh turun dalam masa 2-3 minggu.

Diana Ishak
Read more

Makanan berwarna merah untuk jantung yang sihat

 

 .

Dah sampai masa untuk ubah statement "an apple a day keeps a doctor away" - sebab tomato dan cranberry pun can keeps a doctor away too.
.
🍅 Orang kata rajin-rajin makan tomato mentah sebab fresh dan zat tak hilang berbanding tomato yang dimasak. Jangan nak membongak yo. Takde maknanya. Tomato ada lycopene dan lycopene lebih mudah diserap oleh badan bila dimasak. Pebneda lycopene ni? Lycopene ni lah kalau dimakan lebih daripada lima kali seminggu dalam tempoh 11 tahun akan mengurangkan risiko penyakit koronari sebanyak 26 peratus.
.
🍎 Sebiji epal sehari boleh kurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) sebanyak 40%. Pastikan makan buahnya, bukannya minum jus sebab khasiat yang tinggi adalah pada kulit epal.
.
🍒 Minum 3 cawan jus kranberi setiap hari boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) sebanyak 10% dan mengurangkan penyakit jantung sebanyak 40%.
.
🍷 Jus delima mempunyai kapasiti antioksidan yang lebih besar daripada jus cranberry dan teh hijau.
.
Apa yang lebih menarik, dalam NUTRIJUICE ada ekstrak epal dan delima. Tak rugi ambil Nutrijuice. 😉
.

Diana Ishak
Read more

5 cara kurangkan kolesterol tanpa ubat

 

 .

5 CARA UNTUK KURANGKAN KOLESTEROL TANPA UBAT :

🍄 Ubah pemakanan.
Makanan berasaskan tumbuhan, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kacang merendahkan kolesterol secara semula jadi.

🍄 Ambil makanan tambahan yang mengandungi sterol tinggi.
Sterol tumbuhan adalah versi "kilang kolesterol" dan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi, ia menghalang penyerapan kolesterol manusia dalam usus kecil. NUTRIJUICE adalah antara produk yang mempunyai sterol tumbuhan yang tinggi. Sebab itulah selepas menggunakan Nutrijuice selama 2 minggu, kolesterol pasti menurun.

🍄 Makan beras merah.
Beras merah mengandungi bahan yang sama dengan bahan aktif dalam ubat kolesterol.

🍄 Serbuk kayu manis.
½ sudu kayu manis setiap hari mengurangkan jumlah kolesterol sebanyak 26 peratus.

🍄 Makan oatmeal.
Ia mengandungi serat yang bertukar menjadi gel dalam badan, yang memberi rasa kenyang dan mencernakan kolesterol.

 

Diana Ishak
Read more

Apa kaitan sakit dada (angina) dengan kolesterol?

 

 .

Apa kaitan sakit dada (angina) dengan kolesterol?

Angina adalah sakit dada atau ketidakselesaan disebabkan otot jantung tak dapat cukup darah dan oksigen.Ada yang merasa seperti tekanan pada dada. Ada juga merasa tak selesa pada bahu, lengan, leher, rahang, atau belakang tengkuk. Tapi, angina (sakit dada) bukan satu penyakit. Ia merupakan simptom kepada sakit jantung. Bukan sakit jantung tau, tapi tanda-tanda ke arah itu.
Dan sebahagian besar sakit jantung berpunca dari kolesterol yang tinggi dalam saluran darah. Ini biasanya berlaku bila satu atau lebih arteri koronari tersumbat dengan kolesterol.

Kalau anda kerap rasa sakit dada, make sure dapatkan pemeriksaan doktor dulu. Doktor tahu samaada anda ada angina atau tak. Kalau angina anda adalah kategori berat, anda mungkin perlukan rawatan segera untuk halang serangan jantung.

Sebab itulah kami hasilkan Nutrijuice.
Fungsi Nutrijuice adalak untuk rendahkan kandungan kolesterol.
Kandungan kolesterol yang rendah akan mengurangkan potensi untuk dapat sakit jantung.

Tapi, tak bermakna jika tahap kolesterol rendan anda tak berisiko dapat sakit jantung. Ini kerana, selain dari masalah kolesterol, ada penyebab lain yang menyumbang kepada sakit jantung, antaranya :

✔ kolesterol 〰 PUNCA UTAMA
✔ darah tinggi
✔ merokok
✔ diabetis
✔ kegemukan
✔ tak aktif
✔ pemakanan yang tak sihat
✔ umur
✔ sejarah keluarga ada yang menghidap sakit jantung.

Diana Ishak
Read more

Fakta-Fakta Menarik Tentang Kolesterol Yang Anda Perlu Tahu

 .

Siapa kat sini suka makan otak angkat tangan! 🙋
Tak kisahlah otak lembu ke 🐄, otak kambing ke🐐 , janji namanya otak.

Otak memang sedap dimakan.
Tapiiiiii otak ada tahap kolesterol dan lemak yang tinggi.
140g otak ada lebih kurang 3500mg kolesterol.
Belum masuk lemak lagi.
TINGGI TU!
Selalunya, mereka yang suka makan otak akan lebih senang dapat penyakit kardiovaskular akibat saluran darah yang tersumbat dek kerana pembentukan kolesterol.

Kalau rasa-rasa tak boleh tinggalkan otak, make sure masa beli otak, beli sekali Nutrijuice, ok?

.

1. Kita tidak boleh hidup tanpa kolesterol.
Kita dilahirkan dengan kolesterol dalam badan kita. Bayi mendapat kolesterol daripada susu dan sebenarnya, kolesterol juga ditambah ke dalam susu formula. Kolesterol adalah penting kerana semua hormon dan sel-sel kita memerlukannya untuk berfungsi dengan betul. Ia juga merupakan blok binaan untuk semua sel-sel badan, dan ia membantu hati membuat asid yang diperlukan untuk memproses lemak.

 .

2. Satu daripada setiap tiga orang dewasa mempunyai kolesterol tinggi. Mereka yang berusia 20 tahun perlu memeriksa kolesterol setiap lima tahun.

 .

3. Kolesterol tinggi boleh jadi disebabkan genetik.
Banyak tumpuan diberikan kepada pengawalan paras kolesterol melalui perubahan diet dan senaman, tetapi antara faktor yang mempengaruhi juga adalah genetik. Apabila anda makan makanan yang mengandungi kolesterol, seperti daging, ikan, dan susu, badan anda menghilangkan lebihan kolesterol itu jika ia berfungsi secara normal. Tetapi berapa banyak kolesterol yang dapat dihilangkan bergantung kepada genetik anda.

 .

4. Bilangan orang yang harus bergantung pada ubat-ubatan kolesterol semakin meningkat. Anda perlu cuba Nutrijuice untuk merawat kolesterol tinggi jika anda :
.
a. Pernah mengalami strok, angina (sakit dada).
b. Pernah diserang sakit jantung.
c. Mempunyai tahap LDL (kolesterol jahat) yang tinggi (190 mg/dl atau lebih tinggi)
d. Mempunyai penyakit kencing manis
e. Xanthelasma (kekuningan) dalam mata
f. Sedang berada di peringkat umur 40 dan 75 tahun.

 .

5. Kanak-kanak boleh mempunyai kolesterol tinggi.
Ramai orang berpendapat bahawa kolesterol tinggi adalah isu orang dewasa, tetapi kunci untuk mengekalkan tahap normal kolesterol adalah untuk memulakan ujian awal. Dan pemeriksaan perlu dilakukan bermula pada usia 2 tahun untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghadapi masalah kolesterol, sekiranya mereka ada masalah obesiti, sejarah keluarga yang mempunyai serangan jantung dan sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol yang tinggi.

 .

6. Berpeluh boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) anda. Selain daripada makan makanan yang sihat, anda boleh meningkatkan tahap HDL anda dengan banyakkan senaman.

 .

7. Tahap kolesterol wanita turun naik. Walaupun wanita cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah daripada lelaki, mereka mengalami kenaikan kolesterol semasa mengandung dipercayai untuk membantu otak bayi berkembang. Dan susu ibu yang kaya dengan kolesterol dianggap sebagai perlindungan untuk jantung anak. Selepas kehamilan, tahap kolesterol harus kembali normal. Tetapi selepas putus haid, paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) wanita meningkat, manakala paras HDL (kolesterol baik) menurun. Pada usia 75, wanita cenderung untuk mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi berbanding lelaki.

 .

8. Supplement boleh mengurangkan kolesterol. Melainkan jika anda berisiko tinggi untuk serangan jantung, diet dan senaman adalah pilihan pertama anda untuk mengurangkan kolesterol. Sebenarnya ramai yang ada kolesterol tinggi tak mahu mengambil ubat kolesterol. Mujurlah makan makanan yang sihat dan menambahkan dengan 2 hingga 3 gram stanols dan sterol setiap hari boleh mengurangkan LDL (kolesterol jahat) sebanyak 6 hingga 15 peratus. Nutrijuice ada kandungan stanols dan sterols yang tinggi. Dalam masa 2-3 minggu anda akan dapati kolesterol turun perlahan-lahan. Boleh ke sini untuk lihat testimoni Nutrijuice : http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-nutrijuice

 

Diana Ishak
Read more

Makanan untuk turunkan kolesterol

 .

Diet anda sekarang mungkin cukup untuk menurunkan kolesterol ke tahap yang sihat. Tapi boleh pertimbangkan juga untuk menambah makanan ini untuk bantu mengawal kolesterol anda :

1. Oatmeal
2. Walnut, badam dan kacang lain.
3. Ikan, terutama ikan kembung, sardin, tuna dan salmon.
4. Minyak zaitun.
5. Makanan yang kaya dengan sterol tumbuhan atau stanols, seperti lemon, delima, epal dan madu.

Nutrijuice mempunyai kesemua bahan yang ada pada point nombor 5. Agak susah untuk kita memastikan memakan kesemua epal, lemon, delima dan madu setiap hari. Tapi dengan Nutrijuice, anda hanya perlu ambil 2 sudu besar saja setiap hari. Simple!

 .

Anda perlu makan satu setengah cawan oat setiap hari selama 1 bulan untuk menurunkan kolesterol sebanyak 5-8%.

 .

Makan 4 genggam walnut/badam/kacang setiap hari selama 1 bulan boleh menurunkan kolesterol.

 .

Makan 100g salmon 2 kali seminggu selama 1 bulan boleh menurunkan kolesterol.

 .

Walaupun ia membantu menurunkan kadar kolesterol, tetapi minyak zaitun tak boleh diambil dengan banyak. Cara pengambilan adalah mengandaikan jumlah sapuan mentega di atas sekeping roti. Mungkin hanya setengan sudu besar setiap hari.

 .

4 biji epal, 2 biji lemon, 4 biji oren, 2 biji delima setiap hari, dimakan secara rutin selama 1 bulan boleh menurunkan kolesterol. Atau, lebih mudah ambil 1 sudu besar Nutrijuice 2 kali sehari. Kesemua ekstrak buah-buahan ini terdapat dalam Nutrijuice. Lebih senang kan?

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Tentang Sakit Jantung

 

 .

💚 Punca UTAMA penyakit jantung adalah penyakit arteri koronari (CAD), yang merupakan arteri koronari tersumbat atau menyempit disebabkan oleh KOLESTEROL.

 .

💚 Seseorang yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik (first degree relative) dan bapa saudara, datuk atau nenek (second degree relative) yang mengalami sakit jantung sebelum umur 60 adalah hampir 10 kali ganda berkemungkinan untuk mendapat sakit jantung juga.

 .

💚 Lelaki dan wanita dengan ukur lilit peha kurang daripada 23.62 inci (60cm) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dapat sakit jantung.

 .

💚 Hanya 4-6 minit saja diperlukan selepas serangan jantung sebelum otak seseorang berhenti berfungsi atau boleh meninggal dunia.

 .

💚 Mereka yang berjaga sehingga lewat malam terdedah kepada risiko penyakit jantung walaupun cukup tidur lapan jam.

 .

💚 Orang yang tak menjaga kesihatan mulut cenderung untuk mempunyai aterosklerosis (arteri tersumbat) kerana bakteria dalam gusi dan gigi boleh memasuki aliran darah dan membekukan darah pada arteri.

 .

💚 Ketawa melegakan dan mengembangkan salur darah ke jantung.

 .

💚 Wanita menopaus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung kerana badan mereka menghasilkan kurang estrogen.

 .

💚 Umur adalah faktor yang paling utama penyebab penyakit jantung, diikuti oleh jantina, sejarah keluarga, merokok, obesiti, kurang bersenam, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan kolesterol.

 .

Yang menariknya, walaupun kolesterol adalah faktor paling rendah penyebab sakit jantung, tetapi bermula dengan kolesterol lah penyakit diabetis, darah tinggi, obesiti dan sakit jantung terjadi. Cubalah Nutrijuice kerana Nutrijuice memang dirumus khas untuk merendahkan kolesterol. Ramai pengguna yang mendapati kolesterol berkurang dalam 2-3 minggu penggunaan. Nutrijuice juga ada herba yang meningkatkan estrogen dalam badan, sesuai untuk wanita yang menopause. Lihat testimoni pengguna Nutrijuice di sini : http://greenaard.myshopify.com/pages/testimoni-nutrijuice

 

Diana Ishak
Read more

Nutrijuice dan kaitannya dengan jantung anda.

 

 .

♥ Saintis kata, setengah gelas jus delima dan tiga biji kurma sehari boleh meningkatkan kesihatan jantung.

 .

♥ minum jus lemon setiap hari merendahkan risiko terkena strok dan meningkatkan penyerapan iron (pengihap anemia sesuai guna cara ni)

 .

♥ 1 cawan lemon dan 1 cawan bawang putih sangat bagus untuk merawat saluran jantung yang tersumbat.

 .

♥ campurkan secubit safron dalam segelas susu, minum setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dan darah tinggi serta memperbaiki kesihatan jantung.

 .

♥ 1 sudu besar madu setiap hari akan merendah kolesterol sebanyak 3% dan mampu menurunkan berat badan (mild).

 .

Nampak tak betapa semua bahan untuk mencegah sakit jantung ada pada makanan semulajadi? Yang bagusnya, semua bahan-bahan di atas dalam sebotol Nutrijuice. Anda hanya perlu makan 1 sudu besar Nutrijuice setiap pagi dan malam. Selepas 2 minggu, check bacaan kolesterol anda, ok?

Diana Ishak
Read more

Nutrijuice bukan sekadar untuk kolesterol.

1. KOLESTEROL, GOUT DAN EPAL

Jika nak turunkan tekanan darah dan kolesterol cubalah makan epal 2-3 biji sehari. Memang boleh membantu. Tapi jangan kupas kulitnya kerana kulit epal ada phenolics yang boleh turunkan kolesterol dengan cara menyerap kolesterol dengan lebih berkesan. Penyerapan ni membuatkan kolesterol kurang berkumpul dalam arteri.

Kolesterol tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk gout. Jika epal mengurangan kolesterol dalam badan maka ia juga boleh mengurangkan risiko gout juga. Kerana gout terjadi disebabkan pengambilan makanan yang tinggi asid urik seperti daging dan makanan laut. Pesakit gout dicadangkan untuk makan makanan yang rendah kandungan asid uric dan epal adalah yang terbaik kerana kandungan asid uric epal hanya 14 mg. Nak lagi bagus, minum cuka epal (apple cider) kerana ia membantu memecahkan asid uric dalam badan.

2. KOLESTEROL, GOUT DAN LEMON

Jadikan rutin setiap pagi – perah 2 biji lemon dalam air panas dan minum. Ini kerana flavonoid dalam jus lemon bertindak sebagai agen yang menurunkan paras kolesterol. Flavonoid juga memecahkan asid urik penyebab gout. Ramai penghidap gout minum jus lemon untuk cegah serangan gout. Ia bukan saja meningkatkan sistem penghadaman tapi mengurangkan haba dalam badan. Perasan tak sesetengah restoran akan hidangkan air kosong dengan hirisan lemon kalau cuaca terlalu panas? Itulah fungsinya, untuk membuang haba.

3. KOLESTEROL, GOUT DAN MADU

Dulu madu sering digunakan untuk merawat luka dan kesan terbakar. Madu bolehmengurangkan paras kolesterol juga. Tetapi sebelum tu pastikan berbincang dengan doktor tentang risiko kesihatan yang mungkin timbul sekiranya anda memilih untuk cuba rawatan lain selain dari ubat-ubatan doktor.

Boleh ambil 1-5 sudu besar madu dua atau tiga kali sehari untuk menurunkan kolesterol. Rawatan alternatif untuk gout dan artritis adalah dengan menggunakan madu dengan cara mencampurkannya dengan herba lain. Contohnya, kayu manis dengan madu atau cuka epal dengan madu yang dicampur dalam air panas. Mesti minum secara rutin baru dapat lihat hasilnya.

4. KOLESTEROL, GOUT DAN SAFFRON

Saffron adalah salah satu rempah paling mahal di dunia. Ia pernah dikaitkan dengan royalti di mana permaisuri akan menggunakan saffron dalam mandian untuk kecantikan kulit. Saffron juga digunakan dengan meluas untuk rawat gout sejak zaman dahulu. Bahan aktif dalam saffron adalah colchicine, yang memainkan peranan penting dalam merawat gout. Saffron juga ada bahan yang dinamakan crocetin yang berfungsi merendahkan kandungan kolesterol dalam darah. Cuma campurkan suku sudu kecil saffron dalam secawan susu dan minum setiap hari.

5. KOLESTEROL, GOUT DAN NUTRIJUICE

Nutrijuice mengandungi kesemua bahan di atas - madu, saffron, lemon dan ekstrak apple yang semuanya bagus untuk tujuan melegakan gout dan mengurangkan tahap kolesterol. Hanya perlu diambil 2 kali sehari, setiap pagi dan malam. Nak cuba?
 

Diana Ishak
Read more
23 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart