Gula & karbohidrat menyumbang kepada peningkatan kolesterol

 

 .

Bila cakap pasal kolesterol, biasanya kita fikirkan tentang makanan berlemak. Tapi sebenarnya gula/karbohidrat pun menyumbang kepada peningkatan kolesterol, malah lebih lagi!
.
Karbohidrat yang berlebihan dan gula bukan saja meningkatkan kolesterol malah berat badan. Sangat sedikit lemak daripada makanan jadi kolesterol. Yang menyebabkan kolesterol adalah penggunaan berlebihan karbohidrat pada satu-satu masa.
.
Bila kita makan makanan berkarbohidrat, badan akan pecahkan ia kepada glukosa supaya ia boleh menyeberangi sel-sel dinding usus dan memasuki aliran darah. Kalau korang makan terlalu banyak karbohidrat, maknanya korang akan ada terlalu banyak glukosa terperangkap dalam darah sedangkan insu1in tak cukup untuk gerakkan semua glukosa itu ke dalam sel-sel. Jadi apa yang berlaku kepada glukosa berlebihan?
.
Sebahagian disimpan dalam hati sebagai glikogen yang akan dikeluarkan apabila korang tak makan. Kalau satu masa nanti korang tak makan 3 hari, glikogen ini akan digunakan sebagai tenaga untuk korang terus hidup. Tapi, hati pun tak dapat simpan glikogen banyak sangat. So, macamana? Badan akan buat 3 cara :
.
👉 samada tukarkan glukosa berlebihan kepada lemak badan, yang jadikan berat badan bertambah. OH NOOOOO!!! 😱
.
👉 tukar glukosa ke dalam lipid (lemak), yang kekal dalam aliran darah sebagai kolesterol dan trigliserida.
.
👉 tukar glukosa kepada lemak yang disimpan di dalam hati, yang membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai "fatty liver."
.
Dah la.
Berenti la makan makanan manis banyak sangat, dan seimbangkan pengambilan karbohidrat. Tak pasal-pasal gemuk pun dapat, kolesterol pun dapat!
.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart