Daging baik & daging TAK baik

 

 .

Makan daging memang bagus sebab badan kita perlukan protein, tapi kena hati-hati dengan lemak yang terkandung di dalamnya. Kalau tak kena gaya, kolesterol naik mencanak-canak. Walaupun kebanyakan orang percaya bahawa semua jenis potongan daging penuh dengan lemak tepu tapi fakta berkata sebaliknya. Sebenarnya ada potongan tertentu yang tak ada apa-apa lemak langsung. Iaitu daging batang pinang. Kalau nak selalu makan daging, pastikan hanya makan daging batang pinang sebab daging jenis ini ada kandungan lemak kurang dari 10%.
.
Macamana pulak dengan sosej, tulang rusuk dan organ (hati, paru, jantung, limpa)? Adakah baik untuk kolesterol?
.
Sosej memang sedap sebab semuanya terdiri dari lemak dan garam. Tak ada lansung daging!
.
Untuk rusuk, kita tahu tulang rusuk memang banyak lemak tepu jadi elakkan. Sebab literally, korang sebenarnya makan lebih banyak lemak daripada protein.
.
Macamana pulak dengan organ dalaman?
Ramai yang percaya bahawa organ terutamanya hati bagus untuk badan. Not really true. Satu-satunya organ yang ada manfaat untuk badan hanya hati. Walaupun hati mungkin baik untuk badan tapi ia juga ada lemak dan zat besi, yang jika diambil terlalu banyak tak akan beri hasil yang baik untuk badan kerana ia boleh menjejaskan pengeluaran sel darah merah.
.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart